Browsing by Author "Muhammad Lukman Ibrahim"
Now showing 1 - 16 of 16
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Domain Diri dalam Adab Guru Menurut Imam Abu Hanifah : Kajian Ke Arah Membentuk Etika Profesion Perguruan Islam(Fakulti Pendidikan, UNIDA, 2018) ;Mohd Anuar Mamat ;Muhammad Lukman Ibrahim ;Che Zarrina Sa'ari ;Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul ;Wan Suhaimi Wan AbdullahChe' Razi JusohThe rules of conduct for teachers is one of the important elements in Islamic education. It is closely associated with the effort to the realization of a quality education and an effective teaching. This article presents the personal domain in this topic as elaborated by Imam Abū Ḥanīfah in his educational treatises, namely al-‘Ālim wa al-Muta‘allim, Waṣiyyah Abī Ḥanīfah li Abī Yūsuf, Waṣiyyah Abū Ḥanīfah li Ibnihi Ḥammād, and Waṣiyyah Abū Ḥanīfah ilā Tilmīdhihi Yūsuf bin Khālid al-Samtī al-Baṣrī. The authors found that there are seven elements in personal domain suggested by Abū Ḥanīfah in his educational treatises. These elements namely, sincerely in learning and teaching; pay attention in improving the deeds of taqwa, worship, fasting and reciting al-Quran; plan wisely in managing time, avoiding less important matters, optimizing learning, and self-esteem; being aware of God's attention, feeling the sufficiency of His gift, living in khauf (fear) and rajā '(hopefully) and kind thoughts about Him; keeping dignity and acting as a teacher by doing good things and be modest in every business; avoid bad and vain actions and always be enthusiastic in performing a job as a teacher. These elements are very important in teachers’ profession. This study is also intended to reveal this topic based on Islamic scholar thought in order to formulate the professional code of ethics for Islamic teachers and to solve ethical problems nowadays. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ghunyah Al-Talabah Bi Sharh Al-Tayyibah Karangan Al-Tarmasiy: Suatu Pengenalan Ringkas(USIM PRESS, 2018) ;Hayati Hussin ;Abdul Rahim Ahmad ;Norullisza KhosimMuhammad Lukman IbrahimKertas kerja ini merupakan kajian terhadap manuskrip Ghunyah al-Talabah Bi Sharh al-Tayyibah karangan Muhammad Mahfuz al-Tarmasiy, seorang tokoh Nusantara yang pernah menjadi tumpuan para pencinta ilmu di dunia Arab serta pemilik tiang al-Masjid al-Haram berhampiran Bab al-Safa. Al-Tarmasiy telah mewariskan ensiklopedia ilmu-ilmu Islam yang pelbagai. Antaranya ialah ilmu serta kitab dan nukilan qiraat. Objektif kajian ini ialah untuk memperkenalkan karya al-Tarmasiy iaitu Ghunyah Al-Talabah Bi Sharh Al-Tayyibah. Metodologi kajian yang digunakan menjurus ke arah kajian kualitatif yang berbentuk analisis dokumen dengan bersumberkan maklumat dan data daripada dua naskhah salinan manuskrip asal beliau yang belum dinilai dan dihasilkan. Hasil kajian mendapati al-Tarmasiy telah membahagikan manuskrip ini kepada Bab al-Usul dan Bab al-Farsh. Keunikan yang ditampilkan di dalam kitab Ghunyah ialah isinya yang mengandungi qiraat imam sepuluh berpandukan manuskrip Tayyibah al-Nashr fi al-Qira’at Al-cAshr karangan Ibn al-Jazariy. Susunannya juga menggunakan bahasa arab fusha yang baik serta mengikut tatacara penulisan kitab mengikut tradisi semasa di zamannya. Selain daripada itu al-Tarmasiy juga menukilkan hadith di dalam manuskripnya ini pada tempat-tempat yang bersesuaian. Al-Tarmasiy mengambil berat terhadap sumber kedua di dalam perundangan Islam ini dengan membawa beberapa hadith di dalam manuskrip yang membincangkan berkaitan dengan qiraat. Walaupun perbahasannya menjurus kepada ilmu qiraat, beliau turut membawa dalil bersumberkan Sunnah Nabi s.a.w. dengan perbahasan yang mendalam. Usaha al-Tarmasiy dalam hal ini menempatkan kitab beliau setara dengan rujukan-rujukan qiraat yang lain. Implikasi kajian ini adalah membuka jalan kepada usaha tahkik manuskrip ini bagi dimanfaatkan secara optimum oleh para muqri’. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Pengantin Lelaki Memakai Inai di Jari: Analisis Berdasarkan Mazhab Syafii dan Fatwa di Malaysia(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail, 2023) ;Mohd Azhar Abdullah ;Irwan Mohd SubriMuhammad Lukman IbrahimBudaya pengantin lelaki memakai inai di jari sempena perkahwinan masih diamalkan dalam masyarakat Malaysia, khususnya Melayu dan India. Kekhilafan mazhab empat, khususnya mazhab Syafii dalam isu ini turut mempengaruhi ketidakselarasan fatwa negeri-negeri di Malaysia. Kajian-kajian ilmiah lebih tertumpu kepada manfaat penggunaan inai menurut perspektif Islam, sains dan perubatan. Manakala kajian berkaitan asas fiqh berkaitan keharusan pengantin lelaki memakai inai tidak diperincikan. Hal ini menyebabkan berlaku kekeliruan antara larangan lelaki berinai di tangan kerana tashabbuh(keserupaan) dengan kaum wanita dengan keperluan meraikan uruf(kelaziman) setempat. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisa kandungan yang mengkaji pandangan fiqh mazhab Syafii selaras dengan urufdi Malaysia sebagaimana difatwakan di negeri-negeri. Ia bertujuan mengharmonikan umat Islam menurut acuan negara Malaysia. Kajian mendapati di Malaysia, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia telah memutuskan harus berinai bagi pengantin lelaki dengan syarat tertentu. Manakala di peringkat negeri, ada fatwa negeri yang mengharamkan berinai bagi pengantin lelaki dan ada fatwa negeri yang mengharuskannya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Justifikasi Qiraat Di Dalam Manuskrip Ta'mim Al Manafi' Bi Qiraat Al Imam Nafi' Karangan Al Tarmasi(Research Centre for al-Quran and al-Sunnah, Faculty of Islamic Studies, UKM, 2016) ;Hayati Hussin ;Abdul Rahim Ahmad ;Zainora DaudMuhammad Lukman IbrahimIlmu Qiraat merupakan suatu ilmu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk membaca al Quran dengan satu bentuk atau pelbagai bentuk bacaan yang berbeza. Bacaan tersebut seterusnya disandarkan kepada imam dan perawi yang menaqalkan riwayat bacaan itu. Kertas kerja ini merupakan suatu usaha untuk menilai justifikasi Qiraat yang terdapat di dalam manuskrip Ta'mim al Manafi' bi Qira'at al Imam Nafi'. Ia adalah sebuah manuskrip hasil karangan al Tarmasiy, seorang ulama Nusantara terbilang di zamannya, di dalam pelbagai bidang. Metodologi kajian yang digunakan menjurus ke arah kajian kualitatif dengan mencakupi sumber maklumat daripada manuskrip Ta'mim kitab kitab Qiraat serta laman sesawang. Hasil kajian mendapati terdapat dua justifikasi yang terdapat di dalam manuskrip ini, iaitu bersifat individu dan kolektif. Selain daripada itu Qiraat Qiraat di dalam manuskrip Ta'mim ini merupakan Qiraat yang sah lagi mutawatir. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Qiraat di USIM(USIM PRESS, 2019) ;Zainora Binti DaudMuhammad Lukman IbrahimPengajian qiraat telah bermula sejak Rasulullah SAW bertalaqqi dengan malaikat Jibril AS sehingga berterusan diaplikasikan di kalangan para sahabat dan berkembang sehingga ke generasi umat Islam hari ini. Ketekunan para sahabat mempelajari qiraat terbukti dengan kelahiran pakar-pakar qiraat seperti Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin Abi Talib, Abd ar-Rahman al-Sulami dan lain-lain sehingga melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti latarbelakang responden dan mengkaji persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran qiraat Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kaedah kuantitatif dengan menggunakan metode soal selidik. Soal selidik dalam bentuk skala likert -5 telah digunakan untuk mendapatkan maklumat responden berkaitan persepsi pengajaran dan pembelajaran qiraat. Sebanyak 146 responden telah menjawab soal selidik yang diedarkan kalangan responden tahun dua yang terlibat dengan program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian, USIM mengikut persampelan-Proportionate Stratified Random Sampling. Dapatan hasil kajian menunjukkan persepsi para pelajar terhadap pengajian qiraat berada tahap baik dengan minat serta kesedaran yang tinggi bahawa pengajian qiraat juga memainkan peranan penting dalam pendidikan Islam. Namun masih perlu penambahbaikan dari aspek bahan-bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan efektif selari dengan perkembangan multimedia terkini agar mampu memartabatkan pendidikan qiraat di peringkat lebih tinggi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ketokohan Imam Alsyatibi Dan Imam Ibn Aljazari Serta Perbezaan Keduanya Dalam Riwayat Hafs Dari ‘Asim(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29)Muhammad Lukman IbrahimImam al-Syatibi dan Imam ibn al-Jazari adalah 2 orang tokoh ulama ulung dalam ilmu qiraat. Mereka berdua membahaskan qiraat al-Sab’ dan qiraat al’Asyr dalam kitab masing-masing Hirz al-Amani Wa Wajh al-Tahani dan Tayyibah al-Nasyr. Kajian mereka membawa sedikit perbezaan khususnya dalam bacaan riwayat Hafs dari ‘Asim yang menjadi amalan diseluruh dunia Islam. kajian ini menelusuri ketokohan mereka berdua dan perbezaan bacaan masing-masing dalam riwayat Hafs dari ‘Asim. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Malaysia Sebagai Negara Yang Bermazhab: Satu Diskusi Awal(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 2022) ;Mohd Azhar Abdullah ;Irwan Mohd Subri ;Muhammad Lukman IbrahimMuhammad Amiri Abdul GhaniMalaysia sebuah negara Islam rasmi beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diperteguhkan dengan mazhab fiqh al-Shafi’i dan akidah al-Asha‘irah. Tidak menghairankan, perbincangan-perbincangan akademik dan sudut pandangan umum negara ini mempunyai mazhab sebagaimana diperuntukkan dalam enakmen negerinegeri. Namun, penekanan dalam kajian-kajian sebelum ini kurang ditumpukan kepada bagaimana negara Malaysia bermazhab sebagaimana manusia juga bermazhab. Kelompangan ini menyebabkan negara Malaysia tidak dizahirkan roh dan kehidupan mazhabnya, sedangkan Malaysia konsisten bermazhab. Mazhab (almadhhab) dan bermazhab (al-madhhabiyyah) dua istilah kompetorari yang mempunyai konseptual yang berbeza. tetapi saling berkaitan. Sehubungan itu, penulisan kualititatif ini berusaha membahaskan bagaimana sebuah negara, khususnya Malaysia layak diiktiraf dan dimasyhur sebagai bermazhab. Tujuan utama adalah untuk menghidupkan roh mazhab dalam kehidupan Malaysia, sekaligus memberi imej Ahli Sunnah Wala Jamaah bagi memperkukuh amalan mazhab yang menjadi teras Islam di Malaysia. Dalam keadaan yang sama mematahkan gerakan aliran anti mazhab (allamadhhabiyyah) yang cuba menggugat kesejahteraan Malaysia. Penulisan ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisa bahan tertulis. Penulis meneliti dan menganalisis pendapat-pendapat fuqaha silam dan kontemporari bagi mendapat gambaran yang jelas berkaitan konseptual mazhab dan bermazhab, khususnya dalam wacana usul fiqh semasa. Dapatan kajian mendapati, negara juga boleh dinisbahkan dengan istilah bermazhab bagi memperkukuhkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam pentadbiran perundangan kefatwaan di negara ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metodologi Dalam Persembahan Maqamat Suatu Perbahasan Awal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06)Muhammad Lukman IbrahimAlQuran adalah kitab luar biasa yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad saw. Bahkan ia merupakan mukjizat tertinggi yang mengatasi semua kitab sepanjang umur dunia ini. Keistimewaannya amat jelas iaitu tilawah setiap patah perkataannya, bahkan hurufnya sahaja sudah diganjari pahala tertentu dan termasuk amal ibadat yang amat dituntut. Justeru, rentetan bacaan yang baik dan mempunyai sifat tahsin adalah sebahagian dari tuntutan tersebut. Tambahan pula, gaya bacaan yang baik memerlukan kaedah yang tuntas disebut sebagai metodologi dalam ilmu tarannum atau maqamat. Dengan itu, artikel ini membahaskan tentang kaedah metodologi yang betul dalam ilmu tarannum alQuran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metodologi Ilmu Tarannum Ragh?b Mu??af? Ghalwasy: Suatu Tinjauan Awa(Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2020)Muhammad Lukman IbrahimMembacaal-Qur’anadalah suatu ibadat yang amat dituntut dalam Islam.Lebih dari itu adalah bacaan secara tarannum dan memperindahkan seni suara. Ini akan menyerlahkan lagi sinar mukjizat tersebut kepada umat. Artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan tokoh qari tersohor negara Mesir Raghīb MuṣṭafāGhalwasy. Artikel ini juga melihat sejauh mana metodologiyang digunapakai oleh beliau dalam mempersembahkan bacaan beliau. Disampingmelihat secara perbandingan dengan metodologi tokoh utama qari Mesir yang lain seperti Muṣṭafā Ismā‘īl dan ‘Abdal-Basīṭ‘Abdal-Ṣamad yang menjadi ikutan utama dalam pengajian ilmu tarannum di Malaysia secara khusus. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metodologi Ilmu Tarannum Syaikh Raghib Mustafa Ghalwasy : Suatu Tinjauan Awal(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Muhammad Lukman IbrahimZainora Binti DaudAl-Quran merupakan mukjizat Nabi muhammad saw yang paling utama. Membaca, memahami dan beramal dengannya adalah termasuk dalam ibadat yang amat dituntut dalam agama Islam. Justeru, bacaan secara tarannum dan memperindahkan seni suara terhadapnya adalah tidak terkeluar dari dalam kontek ini. Ini akan menyerlahkan lagi sinar mukjizat tersebut kepada ummat. Artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan tokoh qari tersohor negara Mesir syaikh Raghib Mustafa Ghalwasy. Artikel ini juga melihat sejauh mana metodologi yang digunapakai oleh beliau dalam mempersembahkan bacaan beliau. Disamping melihat secara perbandingan dengan metodologi tokoh utama qari Mesir yang lain seperti Mustafa Ismail Dan Abdul Basit Abdul Samad yang menjadi ikutan utama dalam pengajian ilmu tarannum di Malaysia secara khusus - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendalilan Ilmu Tarannum Al-Quran: Suatu Sorotan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15)Muhammad Lukman IbrahimTarannum Al-Quran adalah suatu amalan turun temurun dalam pembacaan Al-Quran. Artikel ini membincangkan perbahasan ulama tentang ilmu ini, adakah ia disokong oleh dalil-dalil yang sahih atau ia hanyalah adat yang dipindah bergenerasi tanpa asas yang kukuh. Ini adalah fokus utama kajian ini.Pandangan ulama di dalam ilmu ini terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu antara pandangan menyokong dan sebaliknya. Justeru, artikel ini akan menyelami alasan-alasan ilmiah dengan mengetengahkan hujahan kedua-dua belah pihak serta menganalisa dan memberi kesimpulan rajih menurut disiplin ilmu. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penulisan Karya Seni Lagu Al-quran Di Malaysia Dan Indonesia(Usuli Faqih Research Centre, 2015) ;Mohd Zaini Zakaria ;Mohd Yusuf Ismail ;Muhammad Lukman IbrahimSidek AriffinQuranic art song is a knowledge that applies the method of singing tone, tempo and rhythm in reading the Quran. The development of this knowledge, particularly in Malay archipelago, was based on the central role of the qari and qariah and production of scientific papers in these disciplines which constitute civilizational heritage of Muslims. This article will focus on some books related to the art song of the Quran, especially in Malaysia and Indonesia based on the writing style of the books. This article applies qualitative method through analysis of documents to the works of Quranic art song in Malaysia and Indonesia. The results showed that the works of Quranic art song have helped lovers of the Quran to find out more about this knowledge. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Syaikh Mustafa Ismail Dan Asas Persembahan Tarannum Alquran Suatu Perbincangan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06)Muhammad Lukman IbrahimAl-Quran merupakan mukjizat Nabi muhammad saw yang paling utama. Membaca, memahami dan beramal dengannya adalah termasuk dalam ibadat yang amat dituntut dalam agama Islam. Justeru, bacaan secara tarannum dan memperindahkan seni suara terhadapnya adalah tidak terkeluar dari dalam konteks ini. Ini akan menyerlahkan lagi sinar mukjizat tersebut kepada ummat. Artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan tokoh qari tersohor negara Mesir Syaikh Mustafa Ismail. Artikel ini juga melihat sejauh mana metodologi yang digunapakai oleh beliau dalam mempersembahkan bacaan yang menjadi ikutan para qari seluruh dunia khususnya di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tan Sri Dato' Haji Hassan Azhari: Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Ilmu Taranum Al-quran(Universiti Malaya, 2016) ;Khalid Isa ;Muhammad Lukman IbrahimMahyudin DaudKepakaran dan keilmuan Tan Sri Dato' Hj. Hassan Azhari dalam pengajian al-Quran amat meluas terutama dalam ilmu tajwid dan taranum. Ketokohan beliau dalam bidang ini bukan sahaja menyebabkan seluruh masyarakat Malaysia mengkagumi dan menyanjungi beliau bahkan menarik perhatian ulama semasa. Beliau mempunyai metode yang tersendiri dan istimewa dalam teknik pengajaran dan pembelajaran ilmu taranum al-Quran yang tidak sama dengan tokoh-tokoh yang lain. Namun sehingga hari ini, metode tersebut belum pernah didokumentasikan untuk didedahkan kepada masyarakat umum. Hal tersebut agak merugikan kerana ditakuti keistimewaan metode pengajaran dan pembelajaran ilmu taranum beliau akan hilang begitu sahaja sesudah peninggalannya. Kajian berbentuk kualitatif ini mengumpul data daripada sorotan dokumentasi dan kajian lapangan. Oleh kerana Tan Sri Dato' Hj. Hassan Azhari masih hidup dan pendokumentasian bersabit riwayat hidup beliau amat sedikit, pengkaji lebih banyak bersandarkan kepada data-data lapangan melalui metode temubual dengan beliau sendiri. Hasil kajian mendapati, riwayat hidup beliau sangat menarik dan metode pengajaran serta pembelajaran ilmu taranum beliau sangat istimewa dan berbeza. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tarannum Di Dalam Tilawah Al-quran: Sorotan Dan Pandangan Ulama(Akademi Pengajian Islam, Nilam Puri, UM, 2013) ;Muhammad Lukman Ibrahim ;Ahmad Najib Abdullah ;Mohd Anuar MamatMohd Azhar Abdullah - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Variasi Metodologi Ilmu Tarannum: Suatu Perbincangan Kritis(USIM Press, 2021-12) ;Muhammad Lukman Ibrahim ;Anuar Hasin ;Zainora DaudMohd Azhar AbdullahAl-Quran is the highest miracle of the Prophet Muhammad saw, which includes various disciplines of knowledge including the knowledge of Qiraat, tafsir and tarannum. In accordance with its meaning, this discipline of tarannum emphasizes the processing of sound and beautifying the sound according to the process of certain tones, beats and rhythms. Although it is generally understood that knowledge in this discipline is applied to appreciate the uslub of al-Quran, but wihin the public society, they are not clear about the differences in the variation of knowledge methodology in this field. Therefore, this article aims to analyze some methodologies of tarannum science that should be followed by every reciter of the Qur'an. This study applies qualitative research methods with inductive and deductive methodologies, to identify the best methodological variations available in the science of tarannum. The results of the study found that there is a great importance in the implementation and use of the right methodology in the science of tarannum, this is because without it, it will inhibit the method of proper reading presentation. Even these methods must be diversified without running away from the methods that are imposed on the limits of recitation advocated by the Qurra.