Browsing by Author "Muhammad Shamshinor Abdul Azzis"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Comics in Reading Comprehension Enhancement to Disseminate Nationhood and Patriotism(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Ajurun Begum AhamedMuhammad Shamshinor Abdul AzzisInstilling the knowledge and value of nationhood has been conducted most of the time using linear form of writing in the National Language. The National Language is utilized because it is a language to be mastered by all the citizens of Malaysia. However there should be a diversity in the types of materials in dispersing nationhood and patriotism among the young generation. Nationhood and patriotism values should also be imparted through materials such as the comics. Materials regarding nationhood of Malaysia are also present in abundance in English. Hence the second language should also be used to inculcate nationhood and patriotism. It would contribute greater to the knowledge in history of Malaysia. The incapability in comprehending the materials read on nationhood and patriotism would hinder the students from obtaining knowledge and values of nationhood. The study focused on enhancing reading comprehension among the secondary school students in the notion of enabling them to read and understand nationhood reading materials regardless of types of text and language used. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Migrasi Rentas Sempadan Etnik Rohingya dan Implikasi Terhadap Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Intan Suria Hamzah ;Sity Daud ;Nor Azizan IdrisMuhammad Shamshinor Abdul AzzisLanskap keselamatan negara telah mengalami dinamika yang inklusif melalui ancaman daripada proses migrasi rentas sempadan. Kajian ini bermatlamat membincangkan faktor migrasi etnik Rohingya ke Malaysia. Analisis bentuk ancaman bukan tradisional yang menginterpretasi cabaran keselamatan dalaman terhadap rakyat Malaysia merupakan elemen diskusi utama dalam kajian ini. Melalui rekabentuk kajian kualitatif dengan validasi ketepatan maklumat berprosedur, kajian ini menghujah tiga ancaman bukan tradisional iaitu pemerdagangan manusia, pembentukan koloni setempat dan rentas sempadan secara haram sebagai impak yang mendasari migrasi dalam kalangan etnik Rohingya. Selain itu, tekanan tanggungjawab sosial atas faktor kemanusiaan turut menyumbang kekangan pelaksanaan polisi berasaskan citra keselamatan negara Malaysia. Demikian itu, beberapa cadangan turut dibincangkan bagi memberi sumbangan kepada pembuat dasar berkenaan migrasi rentas sempadan di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pelaksanaan dan Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Falsafah dan Isu Semasa dalam Kalangan Pelajar di Universiti Malaya(USIM Press, 2023) ;Faezah Kassim ;Noor Ain Mat Noor ;Muhammad Shamshinor Abdul Azzis ;Irene Yong Seok Ching ;Mohd. Rahimi RamliFatimi HanafiKursus Falsafah dan Isu Semasa merupakan kursus wajib universiti di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang mula diperkenalkan pada tahun 2020. Kursus ini merupakan kursus yang dibangunkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang Ilmu falsafah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Pelaksanaan kursus yang berpandukan kepada Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) juga diaplikasi di dalam kursus ini. Namun begitu, penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan kepada pelaksanaan HIEPs kerana terdapat pengajaran dan pembelajaran (PdP) tertentu seperti aktiviti bersemuka dan kerja lapangan terpaksa dihentikan dan digantikan dengan PdP dalam talian. Bagi meninjau keberkesanan kaedah PdP dalam talian, kajian telah dijalankan terhadap pelajar Universiti Malaya (UM) yang telah mengambil kursus FIS. Tujuan kajian ini dilakukan untuk menjelaskan pelaksanaan PdP secara dalam talian serta mengenal pasti keberkesanan kursus FIS di Universiti Malaya melalui kaedah PdP tersebut. Pendekatan kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini melalui edaran borang soal selidik kepada responden. Kaedah persampelan mudah telah digunakan dalam menentukan sampel kajian. Seramai 1371 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Data yang diperoleh daripada borang soal selidik dianalisis secara deskriptif bagi menentukan keberkesanan PdP secara dalam talian. Hasil dapatan kajian menunjukkan PdP dalam talian yang menggunakan pelbagai aplikasi dapat diterima serta proses PdP tersebut berkesan terhadap pelajar. Walau bagaimanapun, pelajar lebih menyukai PdP yang dilakukan secara bersemuka. Oleh itu, PdP secara bersemuka perlu disegerakan supaya keberkesanan PdP dapat ditingkatkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sikap Politik Urban Melayu(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Mohd Azmir Mohd Nizah ;Muhammad Shamshinor Abdul Azzis ;Afi Roshezry Abu BakarHairol Anuar Mak DinKajian perbandingan mengenai sikap politik antara masyarakat urban dan luar bandar telah menjadi fokus dalam kalangan sarjana, terutama selepas keputusan pilihan raya umum ke 13.Namun begitu, literasi kajian mengenai sikap politik yang tertumpu pada etnik yang spesifik masih lagi kurang. Artikel ini berhasrat mengenalpasti sikap politik urban Melayu, terutamanya dalam konteks toleransi politik. Kajian ini membincangkan mengenai sikap politik urban Melayu melalui rekabentuk kajian kuantitatif dengan instrumen soalselidik di tiga kawasan urban iaitu Johor Bahru, Shah Alam dan Bukit Bendera. Dapatan kajian merumuskan bahawa pengundi Melayu di kawasan urban terbuka dalam menerima perbezaan parti politik malah ukuran etnik bukanlah kriteria terhadap pencalonan dalam pilihan raya. Kajian ini menghujahkan kecenderungan pola sokongan parti politik kumpulan urban Melayu juga bersifat longgar dengan melepasi sempadan parti bersifat agama, etnik mahupun liberal. Analisa lanjut dan cadangan dibincangkan dalam artikel ini.