Browsing by Author "Mujahid Ahmad Lutfi"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Muqri’ Dalam Talaqqi Al-Quran Menurut Al-Imām Al-Nuwayri Dalam Muqaddimah Sharḥ Ṭoyyibah Al-Nashr Fī Al-Qiraat Al-‘Ashr(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Mujahid Ahmad LutfiKhairul Anuar MohamadKertas kerja ini akan membincangkan syarat-syarat yang diletakkan oleh ulamak dalam bidang qiraat berkaitan seseorang yang mempunyai gelaran muqri’ atau pun seorang yang mengajar al-Quran. Ini adalah berdasarkan apa yang dinyatakan oleh al-Imām al-Nuwayrī (m.857H) di dalam kitab beliau yang bertajuk Syarḥ Ṭoyyibah al-Nashr Fī al-Qirāāt al-‘Ashr. Pemahaman berkaitan syarat muqri’ ini penting kerana ia berkait rapat dengan kaedah pengajian al-Quran berasaskan talaqqi dan pengijazahan sanad yang diamalkan secara semakin meluas di kalangan umat Islam mutakhir ini. Amalan talaqqi al-Quran merupakan satu Sunnah yang amat mulia dan perlu dijaga keaslian dan keabsahannya setanding dengan apa yang diwariskan oleh Nabi Muḥammad SAW dan para ulamak sejak zaman berzaman hingga ke hari ini. Keistimewaan umat Islam terserlah di dalam amalan talaqqi berguru dan bersandarkan kepada sanad yang merupakan susur galur berterusan sehingga kepada Nabi Muhammad SAW. Ini merupakan usaha murni bagi memastikan apa yang diriwayatkan sahih dan benar, serta tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak terutamanya musuh-musuh Islam. Oleh itu, setiap penuntut ilmu al-Quran hendaklah memastikan diri mereka mematuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh para ulamak dalam memastikan tidak berlaku kesilapan dalam proses pengajian dan pengajaran al-Quran. Justeru, kajian ini mendapati bahawa seorang muqri’ perlu menjaga hal-hal khusus berkenaan keahliannya sebagai muqri’ dari segenap sudut seperti akhlak, penampilan, ilmu, dan adab-adab dalam halaqah pengajian. Selanjutnya, beliau perlu jelas akan kepakaran dalam bahagian ilmu al-Quran yang layak diajar olehnya selari dengan apa yang dipelajari daripada gurunya. Bahkan, kajian ini juga menjelaskan secara ringkas hukum mengajar al-Quran di jalanan dan hukum mengambil upah mengajar al-Quran di sisi Fuqaha’. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Periwayatan Imam Ḥasan Al-Baṣrī Dalam Qira’at Shadhah: Analisis Terhadap Surah Al-Waqi‘ah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Mohamad Redha Mohamad ;Muhammad Zaid Shamshul KamarMujahid Ahmad LutfiSalah satu cabang ilmu al-Quran ialah ilmu qiraat. Pengajiannya popular di negara-negara Arab terutamanya di Mesir. Salah satu ilmu qiraat yang dipelajari adalah qirā’āt shādhah. Artikel ini akan memfokuskan kepada salah seorang imam bagi qirā’āt shādhah iaitu Imam Ḥasan al-Baṣrī. Umum lebih mengenali beliau sebagai seorang tokoh sufi. Oleh kerana kemasyhuran beliau dalam bidang sufi, maka telah menjadikan beliau kurang dikenali sebagai imam bidang qiraat. Oleh yang demikian, artikel ini akan membentangkan berkenaan latar belakang beliau sekaligus menganalisis riwayat bacaan al-Quran beliau terhadap surah al-Wāqi‘ah. Data-data kajian dikumpul menggunakan metode kepustakaan, manakala analisis data pula dilakukan secara deskriptif. Dapatan menunjukkan terdapat bacaan Imam Ḥasan al-Baṣrī yang bertepatan dengan bacaan qirā’āt mutawātirah. Ini bermaksud sebahagian bacaan beliau adalah bersamaan dengan qurrā’ ‘asharah. Setiap pemilihan bacaan yang diriwayatkan ada sebab-sebab yang tersendiri terutamanya dari aspek bahasa. Diharapkan artikel ini memberi manfaat dan sumbangan dalam bidang ilmu al-Quran dan al-Qiraatt sekaligus memperkenalkan Imam Ḥasan al-Baṣrī sebagai salah seorang qurrā’ qirā’āt shādhah.