Browsing by Author "Mustafa Afifi Abdul Halim"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Isu-Isu Dalam Perlaksanaan Sertu Industri(Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-27) ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mustafa Afifi Abdul Halim ;Sumaiyah Abd AzizHasdhatul Nor Aliah Md SaidPerkembangan industri halal sama ada di peringkat domestik dan global telah secara tidak langsung memacu permintaan terhadap perkhidmatan sertu. Bagi memastikan supaya proses perlaksanaan sertu adalah seragam dan terpandu, maka JAKIM telah mengambil inisiatif memperkenalkan garispanduan sertu sebagai rujukan kepada industri. Namun demikian, jika dilihat kepada realiti amalan sertu oleh syarikat penyedia perkhidmatan sertu, masih ada kekurangan seperti isu ketidakpatuhan terhadap garispanduan yang telah ditetapkan. Artikel ini bertujuan menganalisis isu-isu yang timbul dalam perlaksanaan sertu industri di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, menerusi kaedah pengumpulan data secara analisi dokumen, pemerhatian dan temubual separa berstruktur ke atas lima entiti yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan sertu merangkumi syarikat operator sertu dan jabatan agama. Hasil kajian dirumuskan dalam tujuh kategori isu iaitu isu pematuhan garispanduan dan fatwa, kefahaman dan pengetahuan, peralatan moden sertu, bahan sertu, penambahan kosmetik agama, pengurusan garispanduan, dan kepercayaan industri terhadap kompetensi Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam perlaksanaan sertu. Kajian ini mencadangkan supaya aspek pemantauan sertu diperkemaskan di peringkat JAKIM dan JAIN bagi memastikan agar industri sertu berkembang maju serta mematuhi garispanduan yang telah ditetapkan.