Browsing by Author "Nik Ahmad Farid B Nik Shabery"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor Penglibatan Kesukarelawanan: Analisis Tinjauan Literatur Sistematik(USIM Press, 2023) ;Nik Ahmad Farid B Nik Shabery ;Noornajihan Jaafar ;Nusairah RamliAizan Sofia Binti AminKhidmat kesukarelawananmerupakan suatu usaha berterusan yang menyumbang ke arah pembangunan dan kesejahteraan sesebuah negara. Ia bermula dengan minat yang digerakkan secara individu atau berkumpulan bagi mendepani cabaran sosialmasyarakat.Namun begitu,kajian khidmat sukarelawan dalam bidang Dakwah OKU amat kurang dikaji. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada literatur berkaitan faktor-faktor penglibatan khidmat kesukarelawanan dalam kajian terdahuludan seterusnya ia akan mengintegrasikan penemuan kajian lepas bagi meneroka khidmat kesukarelawanan Dakwah OKU untuk dikaji. Metode kajian kualitatif ini menerapkan reka bentuk analisis dokumen dan berpandukan tinjauan literatur sistematik sebagai landasan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat faktor-faktor tertentu seseorang individu melibatkan diri dalam khidmat kesukarelawanan. Dapatan juga menunjukkan bahawa kajian-kajian lepas lebih menumpukan khidmat sosial masyarakat selain Dakwah OKU. Oleh yang demikian, kajian khidmat kesukarelawanan yang memfokuskan kepada Dakwah OKU wajar diketengahkan seterusnya berupaya mewujudkan anggota masyarakat yang penyayang, bertanggungjawab serta tidak mementingkan diri sendiri bukan hanya kepada golongan tipikal bahkan juga kepada komuniti OKU. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Inspirasi Dakwah Bagi Oku Dari Kisah Ibnu Ummi Maktum: Pengalaman Di Yayasan Faqeh(2022) ;Noornajihan Jaafar ;Norakyairee Mohd Raus ;Nik Ahmad Farid B Nik ShaberyNurutthoilah Mohd NabilDakwah Islam tidak dapat dinafikan kepentingan dan peranannya dalam pembangunan ummah. Ia perlu disampaikan kepada seluruh komuniti masyarakat termasuklah komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU). Komuniti ini berhak mendapat nikmat Islam kerana Islam tidak hanya ekslusif kepada individu yang sempurna pancaindera sahaja. Namun begitu, OKU adalah antara komuniti yang sering dikaitkan dengan isu dan perbahasan berkaitan keperluan mereka dalam pendidikan, terutamanya dalam aspek berkaitan persoalan taklif dalam menerima dan mengamalkan ajaran Islam. Bertitik tolak dari sini, inspirasi dakwah bagi OKU daripada kisah Ibnu Ummi Maktum telah disahut oleh Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) yang mengambil tanggungjawab memberi ruang dan peluang kepada OKU mendekati ilmu Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman Yayasan FAQEH memberikan khidmat berkaitan pendidikan al-Quran bagi OKU dan mengenalpasti faktor penglibatan sukarelawan Yayasan FAQEH dalam usaha memperluaskan akses OKU terhadap pendidikan Islam disamping menangani isu tuntutan beragama dikalangan mereka. Penulisan ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen dan tembual untuk mengumpulkan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa usaha dakwah OKU yang telah dijalankan yang memberi kesan kepada komuniti OKU. Dapatan juga mendapati antara faktor penglibatan seseorang individu dalam khidmat kesukarelawanan ialah pemahaman dan nilai, motivasi kerjaya dan sosial, keikhlasan atau kerelaan, khidmat komuniti, kemahiran kesukarelawanan, dan menyelesaikan kerja kursus. Oleh yang demikian, hasil penulisan ini diharapkan menjadi inspirasi dalam menyampaikan dakwah kepada OKU dengan lebih meluas pada masa akan datang.