Browsing by Author "Nik Farhan Mustapha"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Perisian Atlas.ti 8 Dan Maktabah Syamilah Dalam Kajian Kualitatif Bahasa Arab(PIMM Experts Sdn Bhd, 2019) ;Khairul Asyraf Mohd Nathir ;Mohd Sukki Othman ;Nik Farhan MustaphaWan Muhammad Wan SulongPenggunaan perisian yang melibatkan data berbentuk dokumen dan teks dalam bahasa Arab adalah terhad. Permasalahan ini timbul akibat kurangnya pendedahan selain dari kesukaran untuk mencari pakar yang dapat membantu secara langsung dalam pemilihan perisian yang khusus dengan reka bentuk dan bidang kajian. Dalam artikel ini, penulis akan memperkenalkan satu bentuk gabungan dua perisian iaitu ATLAS.ti 8 dan Maktabah Syamilah yang dapat membantu para pengguna menganalisis data berbentuk teks atau sumber menerusi medium bahasa Arab dalam bidang pengajian Islam. Penelitian ini dibuat berdasarkan banyak kajian berbentuk analisis kandungan yang dilakukan dengan menggunakan sistem coding secara tradisional dan manual. Hasil yang dikeluarkan dari artikel ini adalah satu bentuk proses penggunaan perisian ATLAS.ti 8 dan Maktabah Syamilah melalui kajian menerusi medium bahasa Arab. Dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa, perisian ATLAS.ti 8 dapat menyokong dokumen dan teks dalam bahasa Arab dengan tepat, namun terdapat kesukaran untuk mengeluarkan dapatan berbentuk laporan disebabkan perisian tersebut tidak dapat membaca susun atur huruf hija’iyyah dengan tepat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pola Kajian Hari Kiamat: Sorotan 30 Tahun Literatur Secara Sistematik (1988-2018)(Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 2020) ;Khairul Asyraf Mohd Nathir ;Mohd Sukki Othman ;Nik Farhan MustaphaWan Muhammad Wan SulongKajian hari kiamat merupakan satu bentuk perkembangan ilmu tauhīdmengenai keimanan dan kepercayaan terhadap kewujudan hari kiamat. Dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini (1988-2018), terdapat 23 kajian yang telah dilakukan dalam dimensi yang berbeza dengan menfokuskan kepada tanda dan rahsia hari kiamat. Kajian tersebut dihasilkan sama ada berbentuk pengumpulan bahan, perbahasan dalam karya berbentuk kitab, kajian bagi memenuhi syarat memperoleh ijazah akademik dan artikel yang diterbitkan dalam jurnal atau kertas kerja seminar. Tujuan kajian ini adalah untuk menyoroti perkembangan kajian hari kiamat menerusi beberapa dimensi yang berbeza. Justeru itu, kajian kualitatif ini akan meninjau literatur kajian hari kiamat dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan berpandukan jadual matrik ‘Systematic Literature Review(SLR)’ dengan bantuan program Atlas.ti 8. Analisis sistematik ini menfokuskan kepada latar belakang kajian, objektif kajian, reka bentuk yang digunakan dan dapatan hasil kajian tersebut. Dapatanyang diperolehi mendapati, kajian hari kiamat ini telah dipecahkan kepada tiga bentuk tema utama iaitu kajian berdasarkan al-Qur’an dan hadith, kajian melalui tatabahasa Arab dan kajian berbentuk penerokaan yang baharu iaitu melihat dari sudut pemahaman pelajar berkaitan hari kiamat. Daripada tiga tema tersebut, terdapat 12 sub-tema yang telah dikeluarkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Variasi Perkataan Hari Kiamat Dalam Al Qur’an: Satu Tinjauan Umum(Global Academic Excellence, 2019) ;Khairul Asyraf Mohd Nathir ;Mohd Sukki Othman ;Wan Muhammad Wan SulongNik Farhan MustaphaVariasi perkataan al-Qur’an merupakan salah satu bentuk kemukjizatan yang tiada tolak bandingnya. Setiap variasi perkataan mempunyai perbezaan walaupun secara literalnya mempunyai makna yang sama, salah satunya adalah perkataan hari kiamat. Justeru itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat pola variasi perkataan kiamat dalam al-Qur’an dengan membentuk kategori berdasarkan kekerapan penggunaan dalam al-Qur’an. Kajian kualitatif berbentuk analisis teks al-Qur’an ini akan menggunakan perisian ATLAS.ti 8 bagi memperolehi pola kekerapan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan, sebanyak 27 variasi perkataan hari kiamat ditemui dengan pecahan tiga kategori utama iaitu kekerapan tinggi, sederhana dan rendah manakala dari sudut pecahan pola pula, terdapat pola berulang dan pola statik yang merangkumi keseluruhan al-Qur’an.