Browsing by Author "Nizamuddin Razali"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Membangunkan Sistem Pengudaraan Mekanikal Smart Vehicle Ventilation (SVV) Pada Kenderaan Berasaskan IOT(Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM, 2021) ;Mohd Bekri Rahim ;Wan Mohd Akmal Jayati ;Faizal Amin Nur Yunus ;Khairul Anuar Abdul Rahman ;Nizamuddin RazaliKhairul Fahmi AliPengenalan- Pengguna kenderaan mempunyai risiko terhadap strok haba yang boleh membunuh jika tidak mempunyai pengudaraan yang baik. Menjadi masalah apabila pemandu meninggalkan kenderaan mereka yang parkir terus di bawah matahari memberi potensi besar memerangkap haba yang tinggi. Objektif – Objektif kajian adalah menghasilkan sistem pengudaraan mekanikal yang digunakan pada kenderaan dan boleh dikawal menggunakan IoT bagi menyingkirkan haba yang terperangkap di dalam kenderaan ketika diparkir bawah radiasi matahari. Methodologi – Pembangunan sistem ini berdasarkan model ADDIE yang mengandungi lima elemen utama iaitu Analisis (Analysis), Reka Bentuk (Design), Pembangunan (Development), Perlaksanaan (Implementation), dan Penilaian (Evaluation). Dapatan – Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan sistem pengudaraan ini, proses penyingkiran haba di dalam kabin kenderaan dapat ditingkatkan sehingga maksima 16.7% dan minimum 7.0%. Pemasangan sistem pengudaraan ini dianggap sebagai kaedah yang menpunyai kos rendah, mesra alam serta cekap tenaga kerana untuk menyingkirkan haba di dalam kenderaan. Berdasarkan ulasan dan cadangan pakar, penambahbaikkan terhadap kajian ini adalah menggunakan CFM yang betul berdasarkan saiz kabin dan reka bentuk produk yang bersesuaian dengan ruang di dalam kenderaan. Kepentingan – Pembangunan produk ini dapat mengelakkan pengguna kenderaan menghidapi strok haba. Ini kerana suhu yang terperangkap dalam kereta boleh melebihi 48℃. Malahan itu juga, suhu badan yang melebihi 40℃ juga memberikan risiko yang untuk menghidapi strok haba. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tinjauan Ke Atas Hubungan Di Antara Motivasi Dengan Transformasi Budaya Kehidupan Dalam Kalangan Pelajar Baharu Di Institut Pengajian Tinggi (IPT)(Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM, 2021) ;Khairul Anuar Abdul Rahman ;Muhammad Syarif Arshad ;Mohd Bekri Rahim ;Faizal Amin Nur Yunus ;Suhaizal HashimNizamuddin RazaliPengenalan- Pelajar-pelajar peringkat universiti khususnya pelajar tahun pertama yang baru menyambung pengajian di universiti cenderung untuk mempunyai masalah dalam menjalani kehidupan baharu mereka. Hal ini mempunyai perkaitan dengan tahap motivasi pelajar yang berkait dengan perubahan dalam gaya kehidupan seharian mereka. Objektif – Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan pelajar di peringkat universiti. Methodologi – Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan yang melibatkan analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi. Seramai 194 orang pelajar tahun pertama yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional, FPTV, UTHM dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Satu set soal selidik telah diedar bagi mendapatkan data dalam kajian yang dijalankan ini. Data yang dikumpul daripada soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science School (SPSS) versi 24 secara deskriptif yang melibatkan pengiraan kekerapan, peratusan, dan min bagi mengenal pasti tahap faktor diri dan ibu bapa dan masyarakat yang mendorong motivasi serta faktor sosial dan masyarakat yang mendorong transformasi budaya kehidupan pelajar. Dapatan – Data deskriptif yang diperoleh menunjukkan nilai min bagi pembolehubah motivasi sebanyak 4.05 iaitu pada tahap tinggi dan pembolehubah transformasi budaya kehidupan sebanyak 3.74 yang juga pada tahap tinggi. Seterusnya, dapatan ini digunakan bagi menjalankan analisis statistik inferensi bagi tujuan mengenal pasti hubungan di antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan pelajar. Pengkaji telah menggunakan ujian Spearman’s Rank Correlation bagi tujuan ini. Berdasarkan ujian, nilai korelasi adalah sebanyak 0.55 bermakna kedua-dua pembolehubah mempunyai korelasi positif yang kuat. Kepentingan – Dapatan ini penting kepada ibu bapa dan keluarga, masyarakat dan komuniti serta pihak universiti dalam menyedari cabaran yang pelajar baharu hadapi sebagai pelajar di universiti - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tinjauan terhadap Motivasi dan Transformasi Budaya Kehidupan dalam kalangan Pelajar Baharu di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM(USIM Press, 2021-06) ;Khairul Anuar Abdul Rahman ;Muhammad Syarif Arshad ;Mohd Bekri Rahim ;Faizal Amin Nur Yunus ;Suhaizal HashimNizamuddin RazaliPelajar peringkat universiti khususnya pelajar tahun pertama yang menyambung pengajian di universiti cenderung untuk mengalami masalah dalam menjalani kehidupan baharu mereka. Hal ini berkait dengan tahap motivasi pelajar terhadap perubahan gaya kehidupan seharian mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan pelajar di peringkat universiti. Seramai 194 orang pelajar tahun pertama yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional, FPTV, UTHM dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan yang melibatkan analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi. Satu set soal selidik telah diedar bagi mendapatkan data dalam kajian yang dijalankan ini. Data yang dikumpul daripada soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science School (SPSS) versi 24 secara deskriptif yang melibatkan pengiraan kekerapan, peratusan, dan min bagi mengenal pasti tahap faktor diri, ibu bapa dan masyarakat yang mendorong motivasi serta faktor sosial dan masyarakat yang mendorong transformasi budaya kehidupan pelajar. Data deskriptif yang diperoleh menunjukkan nilai min bagi pembolehubah motivasi berada pada tahap tinggi dan pembolehubah transformasi budaya kehidupan juga pada tahap tinggi. Seterusnya, analisis statistik inferensi telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan pelajar dengan merujuk kepada ujian Spearman’s Rank Correlation. Hasil dapatan menunjukkan nilai korelasi berada pada nilai positif yang kuat. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan tahap motivasi pelajar tahun pertama di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM mempunyai hubungan yang kuat dengan transformasi budaya kehidupan mereka.