Publication: Membangunkan Sistem Pengudaraan Mekanikal Smart Vehicle Ventilation (SVV) Pada Kenderaan Berasaskan IOT
Loading...
Date
2021
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM
Abstract
Pengenalan- Pengguna kenderaan mempunyai risiko terhadap strok haba yang boleh
membunuh jika tidak mempunyai pengudaraan yang baik. Menjadi masalah apabila
pemandu meninggalkan kenderaan mereka yang parkir terus di bawah matahari memberi
potensi besar memerangkap haba yang tinggi.
Objektif – Objektif kajian adalah menghasilkan sistem pengudaraan mekanikal yang
digunakan pada kenderaan dan boleh dikawal menggunakan IoT bagi menyingkirkan haba
yang terperangkap di dalam kenderaan ketika diparkir bawah radiasi matahari.
Methodologi – Pembangunan sistem ini berdasarkan model ADDIE yang mengandungi
lima elemen utama iaitu Analisis (Analysis), Reka Bentuk (Design), Pembangunan
(Development), Perlaksanaan (Implementation), dan Penilaian (Evaluation).
Dapatan – Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan sistem
pengudaraan ini, proses penyingkiran haba di dalam kabin kenderaan dapat ditingkatkan
sehingga maksima 16.7% dan minimum 7.0%. Pemasangan sistem pengudaraan ini
dianggap sebagai kaedah yang menpunyai kos rendah, mesra alam serta cekap tenaga
kerana untuk menyingkirkan haba di dalam kenderaan. Berdasarkan ulasan dan cadangan
pakar, penambahbaikkan terhadap kajian ini adalah menggunakan CFM yang betul
berdasarkan saiz kabin dan reka bentuk produk yang bersesuaian dengan ruang di dalam
kenderaan.
Kepentingan – Pembangunan produk ini dapat mengelakkan pengguna kenderaan
menghidapi strok haba. Ini kerana suhu yang terperangkap dalam kereta boleh melebihi
48℃. Malahan itu juga, suhu badan yang melebihi 40℃ juga memberikan risiko yang
untuk menghidapi strok haba.
Description
Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani
11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian)
Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia
Keywords
IOT, smart vehicle ventilation, ADDIE, Pengudaraan.