Browsing by Author "Nor Hamizah bt Ab Razak"
Now showing 1 - 5 of 5
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Pendekatan Terapi Bermain Terhadap Isu Sosial Dan Emosi Pelajar Pintar Berbakat(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-22) ;Nor Hamizah bt Ab Razak; Nadziroh bt Mohd Zubir - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hubungan antara Kemahiran Membuat Keputusan dan Daya Tahan dalam kalangan Pelajar Pintar Berbakat(Secholian Publication, 2020) ;Nor Hamizah bt Ab Razak ;Abdul Rashid Aziz@ DorashidNurhafizah Mohd Sukorsu sosial dan emosi dan pelajar pintar berbakat (PPB) tidak dapat dipisahkan. Bimbingan bagi menguruskan isu sosial dan emosi dalam kalangan PPB sangat penting untuk membantu perkembangan pelajar secara optimum serta merangsang kecemerlangan negara. Kajian ini adalah bertujuan untuk mendedahkan mengenai keperluan meningkatkan kemahiran membuat keputusan dan daya tahan dalam kalangan PPB yang juga merupakan pendekatan yang berstrategik bagi membantu golongan ini menguruskan isu sosial dan emosi. Dalam pada itu, kaunselor merupakan agen yang tepat dan perlu memainkan peranan penting dalam membantu PPB meningkatkan kemahiran dan kebolehan tersebut seterusnya membantu mereka menangani isu sosial dan emosi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penglibatan Ibubapa dalam Penggunaan Teknologi Digital dan Internet Kanak-Kanak dan Remaja(Penerbit USIM, 2023) ;Nor Hamizah bt Ab Razak ;Norhafisah Abd RahmanAmnah Zanariah Abd RazakPerkembangan teknologi digital dan internet menyediakan faedah dan juga cabaran yang hebat bukan sahaja kepada kanak-kanak dan remaja, malah juga kepada ibubapa. Sungguhpun kemudahan teknologi ini menyumbang kepada kemajuan diri, namun pada masa yang sama menjejaskan perkembangan asas kanak-kanak dan remaja. Perkara ini memberi tekanan dan cabaran kepada ibubapa dalam mendidik anak-anak apatah lagi ibubapa dilahirkan dalam zaman yang berbeza dengan anak-anak mereka. Melihat kepada peranan ibubapa sebagai agen perubahan yang paling hampir dengan anak-anak, maka kajian konseptual ini memfokuskan perbincangan mengenai peranan yang perlu difahami dan dipraktikkan oleh ibubapa. Antaranya adalah gaya keibubapaan yang sesuai, mediasi ibubapa, penerapan resiliens, literasi digital serta penerapan nilai agama. Implikasi kajian dan cadangan turut dibincangkan - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengurusan Emosi Ibu Bapa Masa Kini(AID ACADEMY, 2023)Nor Hamizah bt Ab RazakIbu bapa merupakan suri tauladan yang terbaik untuk anak-anak. Menjadi ibu bapa yang cemerlang adalah satu proses yang memerlukan usaha dan pengorbanan. Di era yang mencabar ini telah menyediakan seribu satu tekanan kepada ibu bapa terutamanya dalam pengasuhan anak-anak. Dalam situasi yang tertekan menyebabkan kebanyakan ibu bapa cenderung untuk menggunakan corak asuhan yang tidak sesuai dengan anak-anak yang akhirnya mengganggu proses perkembangan asas anak-anak. Justeru, ibu bapa memerlukan strategi pengurusan emosi sebagai usaha membantu ibu bapa untuk berada dalam situasi sedar dan terkawal. Perbincangan kajian ini memfokuskan kepada cabaran ibu bapa masa kini yang menyumbang kepada corak asuhan dan juga strategi dalam pengurusan emosi. Cadangan dan implikasi kajian daripada kajian ini turut dibincangkan - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Terapi Bermain Menurut Pendekatan Islam(Pejabat Karang Mengarang (UPSI Press), 2021) ;Nor Hamizah bt Ab Razak ;Siti Nubailah Mohd YusofNurhafizah Mohd SukorAgama Islam adalah agama yang syumul yang sesuai bagi setiap lapisan masyarakat bagi sepanjang zaman. Agama Islam juga menitik beratkan kesejahteraan semua lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak. Dalam aspek pembangunan manusia pula, terdapat panduan-panduan yang telah ditetapkan bertepatan dengan tahap perkembangan masing-masing. Begitu juga bagi kanak-kanak, agama Islam memberi penekanan yang jitu terhadap tahap perkembangan kanak-kanak dengan meraikan fitrah semula jadi mereka yang suka bermain. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji pandangan perspektif Islam terhadap pendekatan terapi bermain yang umumnya dipelopori oleh barat. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif menerusi kajian perpustakaan untuk mencari maklumat primer yang berkaitan dengan pendekatan terapi bermain menurut pandangan Islam. Maklumat-maklumat yang diperoleh adalah daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal, hadis dan Al-Quran serta artikel. Maklumat ini dikumpulkan dan disaring serta dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan. Analisis yang telah dijalankan menjelaskan pendekatan terapi bermain yang diperkenalkan oleh barat sebenarnya telah menjadi amalan gaya asuhan yang diajarkan oleh agama Islam dan juga telah dipraktiskan oleh Rasulullah SAW. Antara pendekatan terapi bermain yang diketengahkan dalam kajian ini adalah pendekatan menggunakan modaliti pergerakan, modaliti muzik dan modaliti boneka. Justeru, dengan aplikasi pendekatan terapi bermain dan diintegrasikan dengan elemen agama dapat membantu perkembangan kanak-kanak secara holistik merangkumi sosial, emosi, fizikal dan juga spiritual.