Browsing by Author "NorFatihah Amlin Ab Ghani"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Aplikasi Permainan Mudah Alih Global Zakat Game (GZG) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Azman Ab Rahman ;NorFatihah Amlin Ab Ghani ;Mohamad Anwar Zakaria ;Hussein Azeemi Abdullah ThaidiMuhamad Firdaus Ab RahmanSistem teknologi yang semakin canggih telah membawa masyarakat ke satu zaman baharu yang menjadikan semua perkara memerlukan kepada teknologi. Pelbagai aplikasi permainan mudah alih telah muncul dewasa ini disebabkan perkembangan teknologi sama ada digunakan dalam konteks hiburan atau pendidikan. Penggunaan aplikasi mudah alih dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat mampu meningkatkan kefahaman pelajar dalam memahami sesuatu subjek. Justeru, objektif kajian adalah untuk membincangkan penggunaan aplikasi permainan mudah alih dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga akan mencadangkan satu aplikasi permainan mudah alih Global Zakat Game (GZG) yang boleh digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang meliputi kaedah dokumentasi dan temubual . �Hasil kajian mendapati aplikasi GZG boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam kalangan guru dan pelajar. Kajian lanjutan keberkesanan penggunaan aplikasi permainan mudah alih GZG terhadap pelajar boleh dilaksanakan bagi mempertingkatkan lagi ciri-ciri aplikasi yang telah dibangunkan.