Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Browse by Author

Browsing by Author "Norma binti Jusof"

Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Penerimaan Dokumen ‘Diwan Al-Qadhi’ Dalam Kes Pengakuan Status Anak Tak Sah Taraf Menurut Undang-Undang Keterangan Islam
    (Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-11-18)
    Wan Abdul Fattah Wan Ismail 
    ;
    Ahmad Syukran Baharuddin 
    ;
    Lukman Abdul Mutalib 
    ;
    Mualimin Mochammad Sahid orcid-logo
    ;
    Setiyawan bin Gunardi
    ;
    Norma binti Jusof
    Dokumen sebagai kaedah pembuktian sememangnya telah diterima sejak sekian lama sebagai salah satu kaedah pembuktian sama ada di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil. Sekalipun pada awal Islam penerimaan dokumen terhad untuk kes-kes tertentu sahaja berbanding ikrar, syahadah dan sumpah, namun kini suasana tersebut telah pun berubah. Kini dokumen menjadi kaedah pembuktian terpenting sama ada ia melibat kes mal atau jenayah. Dokumen dipecahkan kepada dua bahagian iaitu dokumen awam (rasmi) dan dokumen persendirian. Manakala dokumen rasmi menurut perundangan Islam pula terdapat beberapa bentuk antaranya ‘Diwan al-Qadhi’ yang menjadi topik perbincangan dalam kertas kerja ini. Para ulamak silam sehingga ke hari ini, menjadikan ‘Diwan al-Qadhi’ antara rujukan penting dalam penghakiman. Bahkan kekuatannya dalam pembuktian telah diterima oleh kebanyakan para ulamak dan pengamalpengamal undang-undang termasuklah kes pengakuan secara bertulis yang telah dibuat oleh seseorang berkaitan status sah taraf seseorang anak dengan dirinya. Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada konsep dokumen ‘Diwan al-Qadhi’ serta kekuatannya dalam pembuktian menurut perspektif perundangan Islam. Sejauh manakah penerimaan ikrar bertulis dalam ‘Diwan al-Qadhi’ yang telah dibuat oleh seseorang berkaitan dengan anak tak sah taraf dapat dijadikan bukti dalam penghakiman. Hasil perbincangan ini akan menzahirkan bahawa dokumen ‘Diwan al-Qadhi’ mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam membantu hakim membuat keputusan yang adil dan saksama.
      5  55
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Sikap Guru Terhadap Pengajaran Berpusatkan Murid Di Kalangan Guru Pendidikan Islam Dalam Mata Pelajaran Al-Quran Di Sekolah Kebangsaan: Satu Tinjauan
    (Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06)
    Norma binti Jusof
    Sikap guru memainkan peranan yang penting bagi menentukan keberkesanan pengajaran dan pencapaian murid. Sikap guru mempunyai perkaitan rapat dengan amalan guru semasa dalam kelas. Sikap guru yang positif akan menentukan keberkesanan dalam amalan pengajaran seharian dan sebaliknya sikap guru yang negatif akan menjejaskan pembelajaran murid. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan pengalaman mengajar. Seramai 500 orang guru Pendidikan Islam daripada seluruh Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS versi 22.Ujian t tidak bersandar dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berdasarkan jantina dan lokasi sekolah dan Ujian Anova satu hala dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berdasarkan pengalaman mengajar. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berdasarkan jantina serta didapati terdapat perbezaan sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berdasarkan lokasi sekolah dan pengalaman mengajar. Dapatan ini diharap dapat dijadikan panduan terutamanya kepada guru Pendidikan Islam, pihak sekolah, penggubal dasar, institusi pendidikan guru dan universiti serta kepada teori yang mendasarinya dan amalan pedagogi terutamanya pedagogi Pendidikan Islam.
      375  36
Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia