Browsing by Author "Normala Othman"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerimaan Pelajar Terhadap Aplikasi MOOC TITAS Versi 2.0 di Universiti Awam Malaysia(USIM Press, 2020-05) ;Adlina Ab. Halim ;Ahmad Nasir Mohd Yusoff ;Arfah Ab Majid ;Normala Othman ;Norasyikin AzriNasrina M. SamirMassive Open Online Courses (MOOC) is one example of a learning platform implemented in public and private universities in Malaysia. The platform uses a virtual learning method where interactions and discussions are conducted online. The MOOC TITAS Version 2.0 application is one of the most widely used teachingsand learning resources in public universities (UA), which incorporates more effective and interactive models, methods,and approaches as the Industrial Revolution 4.0 progresses. Therefore, this paper aims to examine the acceptance of UA students in the application of MOOC TITAS 2.0. This study uses a quantitative approach using survey techniques through the distribution of questionnaires on the google form. A total of 1373 Semester 1 student, the 2018/2019 session from five zones covering 19 UAs were involved in the study respondents. The sampling design is clustered and randomly simple. The Cronbach'salpha reliability score for the student acceptance section was 0.947. Data were analyzed using SPSS 25.0 software for descriptive analysis. The findings show that students' acceptance of the MOOC TITAS 2.0 application was in good condition with a mean of 4.04. Studies have found that the MOOC TITAS 2.0 content has elements of user-friendliness, usability, convenience, systematic,and user satisfaction. The study concludes that the MOOC TITAS 2.0 platform is one of the best examples of e-learning implementation as an active, informative,and interactive teaching and learning resource. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerimaan Pelajar Terhadap Aplikasi MOOC TITAS Versi 2.0 di Universiti Awam Malaysia(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Adlina Ab. Halim ;Ahmad Nasir Mohd Yusoff ;Arfah Ab. Majid ;Normala Othman ;Norasyikin AzriNasrina M SamirMassive Open Online Courses (MOOC) merupakan salah satu contoh platform pembelajaran yang telah dilaksanakan di universiti awam dan swasta di Malaysia. Platform ini menggunakan kaedah pembelajaran secara maya di mana interaksi serta perbincangan dilakukan di dalam atas talian. Aplikasi MOOC TITAS Versi 2.0 merupakan salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran di universiti awam (UA) yang merangkumi model, metod dan pendekatan yang lebih efektif dan interaktif seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Justeru, makalah ini bertujuan untuk meneliti penerimaan pelajar UA terhadap aplikasi MOOC TITAS 2.0. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan teknik survei melalui pengedaran instrumen soal selidik secara google form. Seramai 1373 orang pelajar Semester 1, sesi 2018/2019 daripada lima zon yang merangkumi 19 UA terlibat sebagai responden kajian. Persampelan kajian adalah secara berkelompok dan rawak mudah. Nilai kebolehpercayaan cronbach alfa bagi bahagian penerimaan pelajar ialah 0.947. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 25.0 bagi mendapatkan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan pelajar terhadap aplikasi MOOC TITAS 2.0 berada pada tahap yang baik dengan min 4.04. Kajian mendapati kandungan MOOC TITAS 2.0 mempunyai elemen kemudahgunaan, kebolehgunaan, bersesuaian, sistematik dan memuaskan hati para penggunanya. Kajian merumuskan bahawa platform MOOC TITAS 2.0 merupakan salah satu contoh terbaik pelaksanaan e-learning sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran aktif, informatif dan interaktif. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perbezaan Teori Kitaran Ibn Khaldun dan Malek Bennabi dalam Aspek Intelektual(Penerbit USIM, 2024) ;Abdul Qayuum Abdul Razak ;Adlina Ab. Halim ;Zaid AhmadNormala OthmanArtikel ini bertitik tolak dari kenyataan Fawzia Bariun dan Abdelaziz Berghout yang menyebut bahawa kedua-dua teori kitaran Ibn Khaldun dan Malek Bennabi mempunyai persamaan. Abdelaziz Berghout menyatakan persamaan yang dimaksudkan ialah dalam dari sudut pendekatan dan analisis ‘psikologi’ masyarakat. Namun artikel ini mengambil pendekatan sebaliknya iaitu untuk menganalisis perbezaan teori kedua-dua tokoh dalam aspek intelektual. Oleh itu, pengkaji menggunakan metodologi meta-teori Mu Ritzer untuk menganalisis aspek aspek intelektual ini dengan lebih mendalam. Perbezaan boleh dilihat dalam aspek falsafah, kerangka dan pendekatan, konsep dan alat analisis yang digunakan kedua-dua tokoh. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Mahasiswa UPMTerhadap Peranan Dan Keberkesanan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat Dan Endowmen (WAZAN)(USIM Press, 2023) ;Siti Wan Sita HakimNormala OthmanWAZAN merupakan singkatan kepada Pusat PengurusanWakaf, Zakat dan Endowment Universiti Putra Malaysia. Di bawah WAZAN terdapat Tabung Amanah Zakat UPM yang bertanggungjawab mengutip dan mengagih kutipan zakat serta membangunkan asnaf. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti peranan dan keberkesanan WAZAN dalam mempastikan kesejahteraan dan kebajikan mahasiswa UPM yang memerlukan bantuan terjamin. Isu berkaitan pengagihan zakat sering dikaitkan dengan prosedur permohonan yang sukar, masalah kaedah pengagihan dan persoalan kelayakan pemohon. Oleh itu, kertas kerja ini akan meninjau persepsi mahasiswa mengenai prosedur permohonan serta keberkesanan bantuan zakat yang mereka terima. Bagi tujuan tersebut, temubual telah dijalankan ke atas empat orang mahasiswa yang pernah menerima bantuan daripada WAZAN. Pemilihan informan adalah menerusi kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) dan persampelan bola salji (snowball); iaitu informan yang memenuhi ciri tertentu sahaja akan dipilih sebagai informan kajian dan seterusnya diminta mencadangkan informan lain yang mempunyai ciri sesuai. Kajian ini mendapati bahawa informan yang terlibat adalah mereka yang berasal daripada keluarga yang kurang bernasib baik dan memenuhi ciri golongan yang layak menerima bantuan. Permohonan yang boleh dilakukan secara online didapati memudahkan proses permohonan dilakukan. Bantuan yang diterima digunakan sebaiknya bagi menampung keperluan mereka di kampus seperti keperluan amali, mencetak tugasan, membeli buku serta keperluan harian seperti membeli makanan. Kesimpulannya, dengan bantuan yang diberikan WAZAN, beban yang ditanggung oleh mahasiswa dapat dikurangkan bagi kesejahteraan dan kualiti hidup dalam meningkatkan lagi kecemerlangan akademik mereka.