Browsing by Author "Norzulaily Mohd Ghazali"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran Pembinaan Pangkalan Data Hadis Lengkap Dalam Bahasa Melayu Untuk Data Raya (Big Data) Yang Dihadapi Oleh Kumpulan I-Status Hadis: Satu Kajian Kes(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Helimy Aris ;Norzulaily Mohd Ghazali ;Mohd Fadzli Marhusin ;Norhidayah AzmanNurul Fathihin Mohd Noor ShahLedakan teknologi maklumat telah merancakkan lagi perkembangan ilmu, aplikasi dan pemprosesan maklumat. Data-data yang diperolehi sama ada daripada sumber maya atau konvensional didigitalkan, disusun dan dianalisa menggunaan mesin penyusun dan penganalisa. Data-data tersebut kemudiannya digunakan untuk pelbagai tujuan. Selain menggunakan mesin penyusun dan penganalisa data, penggunaan mesin pembuat keputusan juga dapat membantu menghasilkan output yang lebih baik dan tepat. Dalam bidang hadis, banyak pihak telah membangunkan pelbagai aplikasi digital berkaitan hadis menggunakan teknik yang ringkas mahupun yang lebih kompleks mencakupi kemampuan janaan dan paparan dapatan yang hebat dan penggunaan teknologi berasaskan awan. Tujuannya untuk memudahkan orang ramai mencapai data-data hadis Nabi SAW. Data dalam aplikasi-aplikasi tersebut biasanya dicapai daripada pangkalan data yang telah disiapkan. Namun, tidak banyak aplikasi atau pangkalan data berkaian hadis yang bercirikan maklumat dan paparan yang hebat yang dibina dalam bahasa Melayu. Kebanyakan yang amat bagus hanya terdapat dalam bahasa asing. Ketiadaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya ketiadaan dana, sumber manusia, kepakaran dan pelbagai lagi. Kertas kerja ini akan cuba membincangkan cabaran yang dihadapi oleh kumpulan i-Status Hadis, USIM dalam membina pangkalan data hadis lengkap untuk tujuan data raya. Kajian kes ini akan cuba mengkaji permasalahan yang mereka hadapi serta melihat solusi kepada penyelesaiannya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Pengajian Hadith Di IPTA: Satu Kajian Perbandingan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2005) ;Mohd Zohdi Mohd Amin ;Muhamed Abdullahi Nur ;Norzulaily Mohd Ghazali ;Iehsan Musa HassanMohd Fauzi Mohd AminThe Sciences of Hadis Studies has emerged from the beginning of the teaching of Islam and is spreading out until today: the information and communications technology (ICT) era. It is found that from the history and its chronology, the preservation of the sacred teaching of Islam has been the main factor of the spreading of the Prophetic Hadis Studies. It is noted that when the studies has first been offered to the Public Institutions of Higher Education (IPTA) since 46 years ago, no particular research has been done to analyze its effectiveness towards facing this challenging era. The aims of this paper are first: to do comparative research on four chosen old and new Public Institutions of Higher Education (IPTA) which offer Sciences of Hadis studies. Perhaps various experience and new concepts could be suggested in such studies and its methodology. Secondly, to identify the strength and weakness of the educational system implemented at the, Public Institutions of Higher Education (IPTA). It is hoped that such identification could contribute new ideas in order to improve the way of teaching of such studies in the future. Competition in job opportunities nowadays has become one of the educational agenda being discussed. Furthermore, the Sciences of Hadis Studies is also included as to identify its capability of offering job opportunities. As a result, issues such as time limitation, restriction of duration of studies and less Hadis courses being offered have emerged. Moreover, inner self-weakness found in a graduate could also contribute to the failure of Prophetic Hadis Studies teaching style. It is hoped that by merging the ICT with the Sciences of Hadis Studies teaching, it could help upgrading the quality of such studies today and in the future. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penilaian Status Hadith di Era Digital(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Helimy Aris ;Amran Abdul Halim ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid ;Zulhilmi Mohamed Nor ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Norzulaily Mohd Ghazali ;Mohd Fadzli Marhusin ;Norhidayah AzmanNurul Fathihin Mohd Noor ShahPenilaian status hadith sangat penting sebagai satu langkah berinteraksi dengan sunnah yang merupakan sumber kedua perundangan Islam. Tulisan ini bertujuan menjelaskan melalui kajian perpustakaan tentang kaedah penilaian status hadith di sisi sarjana hadith dan kewajarannya di era ICT dan digital. Kajian mengenai hal ini jarang dilakukan khasnya dalam bahasa melayu. Hasil kajian mendapati penilaian status hadith sama ada secara naqli, dirā`ī atau kombinasi kedu-duanya masih relavan dilakukan pada zaman digital dan ia semakin mudah dengan bantuan aplikasi digital hadith yang menjadi faktor proses penilaian dapat dilakukan dengan lancar dan cepat