Browsing by Author "Nur Aina Mardhiah Che Rahim"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gagasan Malaysia Madani: Mengekstrak Enam Nilai Teras Ketamadunan Menerusi Kisah Zulkarnain Dalam Surah Al-Kahfi(Penerbit USIM, 2023) ;Khairulnazrin Nasir ;Nur Azwani binti Mansor @ Nordin ;Amrina Rasyada binti KamaruzamanNur Aina Mardhiah Che RahimMalaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan agama. Kepelbagaian ini berpotensi menimbulkan konflik, tetapi ia juga boleh menjadi sumber kekuatan. Untuk mencapai Malaysia yang benar-benar bertamadun, kerajaan Malaysia kini telah memperkenalkan gagasan Malaysia Madani bagi mempromosikan nilai-nilai teras yang mampu memacu negara ini ke mercu ketamadunan. Justeru, objektif artikel ini adalah untuk mengeluarkan enam nilai teras daripada kisah Zulkarnain dalam Surah al-Kahfi dan membincangkan implikasi terhadap gagasan Malaysia Madani. Metodologi kajian ini melibatkan pendekatan kualitatif. Data dikumpulkan daripada pelbagai sumber, termasuk al-Quran, hadis dan penulisan ilmiah. Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik, yang melibatkan proses mengenal pasti nilai-nilai teras yang disebut dalam kisah Zulkarnain. Dapatan kajian ini mendedahkan bahawa kisah Zulkarnain mengandungi secara eksplisit dan implisit enam nilai teras Malaysia Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Nilai-nilai ini mampu memberikan refleksi dan kompas moral yang berharga serta signifikan untuk mewujudkan negara Malaysia yang benar-benar bertamadun dan seimbang. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Komparatif Antara Lafaz Qalb, Shadrun Dan Fuad Menurut Perspektif Al-Quran(Penerbit USIM, 2023) ;Amrina Rasyada binti Kamaruzaman ;Nur Aina Mardhiah Che Rahim ;Noor Fatimah Mujahid ;Ahmad Mukhlis MustaffaKhairulnazrin NasirSetiap ayat yang diwahyukan oleh Allah SWT di dalam al-Quran memberikan makna dan tujuan yang tersendiri. Allah SWT menurunkan al-Quran dalam Bahasa Arab supaya manusia (menggunakan akal untuk) memahaminya (QS 12:2). Oleh itu kajian ini akan menunjukkan penggunaan tiga lafaz yang terpilih untuk perbezaannya iaitu lafaz "qalb", "sadr", dan "fuad" yang terdapat dalam al-Quran. Penggunaan tiga lafaz memberikan makna yang hampir kerana merujuk kepada aspek hati, emosi dan kehidupan batiniah manusia. Makna seakan sama akan tetapi wujud perbezaan diantaranya. Dalam kajian ini penulis akan memberikan definisi dan penjelasan terperinci tentang setiap konsep serta membuat perbandingan untuk memahami perbezaannya menurut perspektif al-Quran. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan sorotan literasi bersumberkan Google Scholar dan Attanzil dengan carian subjek "qalb", "sadr", dan "fuad". Kajian ini juga merujuk kepada tafsir Ibn Katsir untuk mengetahui secara terperinci akan huraian-huraian setiap tiga lafaz tersebut. Kajian ini penting untuk dijalankan supaya setiap orang dapat melihat dengan jelas penggunaan lafaz-lafaz itu sesuai mengikut kehendak makna ayat.