Browsing by Author "Nur Amirah Nadiah Mustapa Kamal"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Strategi Pembelajaran Kognitif (SPK) Terhadap Literasi Bahasa Sepanyol(Penerbit USIM, 2024) ;Haryantie Gopoit ;Nur Amirah Nadiah Mustapa Kamal ;Noorafini KassimFlorina JumilStrategi Pembelajaran Bahasa merupakan langkah untuk memudahkan proses pemerolehan, penyimpanan, dan penggunaan maklumat sehingga menjadikan pembelajaran lebih mudah, menyeronokkan dan lebih bermakna. Ia melibatkan penggunaan koginitif untuk mempertingkatkan penguasaan sesuatu Bahasa. Strategi penglibatan kognitif merupakan suatu strategi yang paling dekat dengan pemprosesan maklumat yang membolehkan pelajar memahami dan menghasilkan makna. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh strategi pembelajaran kognitif (SPK) terhadap literasi Bahasa Sepanyol dalam kalangan pelajar prasiswazah. Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif, seramai 130 orang pelajar yang mengambil kursus bahasa Sepanyol telah dipilih sebagai sampel kajian. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan skala likert dari skala 1 hingga skala 5. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 25.0. Kajian ini memberikan implikasi kepada amalan pengajaran pensyarah dari segi penyediaan dan penyusunan kurikulum yang lebih berkesan dalam menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna dan meningkatkan penguasaan bahasa Sepanyol yang lebih berkesan dalam kalangan pelajar prasiswazah.1 1 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Literasi Membaca Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Bukan Muslim di Institusi Pengajian Tinggi(Penerbit USIM, 2024) ;Noorafini Kassim ;Nor Ain Manap ;Siti Nurul Aishah Abdul Hamid ;Rosmah Derak ;Saidatul Nornis Mahali ;Haryantie Gopoit ;Florina JumilNur Amirah Nadiah Mustapa KamalLiterasi membaca adalah komponen kritikal dalam penguasaan bahasa, terutamanya bagi pelajar yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa asing. Pelajar bukan Muslim menghadapi cabaran yang lebih besar kerana bahasa Arab memiliki struktur tatabahasa, sintaksis, dan fonologi yang sangat berbeza daripada bahasa harian mereka, menjadikannya sukar untuk dikuasai. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap literasi membaca dan kesannya terhadap kecekapan berbasa Arab dalam kalangan pelajar bukan Muslim di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Kajian ini melibatkan 150 pelajar bukan Muslim yang dipilih melalui kaedah rawak mudah. Mereka dinilai berdasarkan tiga dimensi literasi membaca: Sikap dan Tabiat, Pengetahuan dan Kemahiran, serta Budaya dan Strategi. Soal selidik diedarkan secara dalam talian pada akhir semester 2 sesi akademik 2023/2024, dan data dianalisis menggunakan perisian statistik untuk mengira skor min, sisihan piawai, serta nilai R² dan koefisien laluan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap literasi membaca pelajar bukan Muslim adalah tinggi hingga sangat tinggi, dengan purata skor min melebihi 4.00 dalam kebanyakan item. Analisis mendalam menunjukkan literasi membaca mempunyai pengaruh signifikan terhadap kecekapan berbahasa, di mana dimensi Sikap dan Tabiat mencatatkan koefisien laluan tertinggi (β = 0.3054), diikuti oleh Pengetahuan dan Kemahiran (β = 0.294) dan Budaya dan Strategi (β = 0.248). Nilai R² sebanyak 0.532 menunjukkan bahawa 53.2% variasi kecekapan bahasa dapat dijelaskan oleh literasi membaca. Dapatan ini memberikan implikasi penting dalam penyediaan bahan pembelajaran yang lebih sesuai dan efektif untuk meningkatkan literasi membaca dalam kalangan pelajar bukan Muslim yang mempelajari Bahasa Arab di IPTA.2 7 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Motivasi Pelajar Bahasa Asing Terhadap Pembelajaran Bahasa Sepanyol(Penerbit USIM, 2024) ;Nur Amirah Nadiah Mustapa Kamal ;Noorafini KassimHaryantie GopoitTahap motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa asing merupakan faktor penting yang mempengaruhi keberhasilan penguasaan bahasa, termasuk bahasa Sepanyol. Motivasi yang tinggi dapat memudahkan proses pembelajaran, meningkatkan minat, dan menjadikan pengalaman belajar lebih menyeronokkan dan bermakna. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap motivasi pelajar bahasa asing terhadap pembelajaran bahasa Sepanyol di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah serta mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi tersebut. Menggunakan pendekatan kuantitatif, seramai 100 daripada 150 orang pelajar prasiswazah yang mengambil kursus bahasa Sepanyol telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan skala Likert 1 hingga 5. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar secara keseluruhan adalah sangat tinggi, dengan min melebihi 4.00 bagi kebanyakan item soal selidik. Pelajar menunjukkan motivasi yang signifikan terhadap pembelajaran bahasa Sepanyol, terutama kerana keyakinan bahawa penguasaan bahasa ini akan memberi manfaat kepada kerjaya dan perjalanan ke luar negara, dengan min tertinggi dicatatkan pada 4.66. Walau bagaimanapun, pelajar lebih cenderung kepada pembelajaran bersemuka di dalam kelas, dengan min 4.29, manakala keyakinan terhadap pembelajaran dalam talian adalah sederhana dengan bacaan min 3.19. Dapatan ini mencerminkan bahawa pelajar masih memerlukan sokongan pembelajaran berstruktur melalui kaedah tradisional untuk mengekalkan tahap motivasi yang tinggi. Kajian ini memberikan pandangan penting untuk menyusun strategi pengajaran yang lebih efektif bagi meningkatkan motivasi dan penguasaan bahasa Sepanyol di kalangan pelajar.3 3