Browsing by Author "Nurhafizah Mohd Shukor"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Memahami Aspek Penghinaan Terhadap Agama Islam Di Malaysia(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-26) ;Roslizawati Mohd Ramly ;Marina Munira Abd Mutalib ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Mohd Razali ;Nurhafizah Mohd Shukor ;Mohd Rosmizi Abd Rahman ;Eizan Azira Mat Sharif ;Muhamad Zaki MustafaIzzudin Mohd HarisIsu penghinaan agama Islam di Malaysia terutamanya di media sosial masih tidak dapat ditangani dengan sebaiknya melalui sistem perundangan sedia ada. Sehingga ke hari ini masih berlaku perbuatan mencerca, menghina dan merendahkan martabat agama Islam di negara ini. Melihat kepada situasi semasa maka satu langkah pencegahan perlu diambil bagi menangani isu ini. Untuk tujuan tersebut kajian ini telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menyebakkan berlakunya penghinaan agama Islam di Malaysia. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif, di mana data diperolehi melalui analsis teks (textual analysis) dan temu bual mendalam (in-depth interview). Para informan dipilih dari kalangan individu yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan untuk menjelaskan isu dan permasalahan kajian ini. Data temu bual telah ditranskip dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai aspek dan konteks berlakunya penghinaan agama yang secara asasnya saling berkait rapat. Oleh itu, pendekatan pencegahan perlu dimulakan daripada aspek pendidikan dan da’wah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Pemimpin Terhadap Punca Penghinaan Agama Islam di Media Sosial dan Langkah Pencegahannya(Penerbit USIM, 2022) ;Roslizawati Mohd Ramly ;Marina Munira Abdul Mutalib ;Mohd Rosmizi Abd Rahman ;Nurhafizah Mohd Shukor ;Eizan Azira Mat Sharif ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Mohd RazaliMuhamad Zaki MustafaIsu penghinaan terhadap Agama Islam di media sosial merupakan isu yang masih tidak menemui jalan penyelesaian yang tuntas sehinga ke hari ini. Penghinaan yang paling kerap dilakukan adalah menghina Rasul umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW. Rentetan daripada itu, menyebabkan segelintir umat Islam mengambil tindakan menyerang individu yang bukan sahaja menghina agama Islam malahan membuat provokasi kepada umat Islam. Isu ini mendapat perhatian yang serius daripada pihak pemimpin kerana boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian negara. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti isu ini berdasarkan persepsi pemimpin di Malaysia. Bagi tujuan tersebut kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif berdasarkan analisis kandungan. Data-data dikumpul melalui analisis dokumen daripada laporan-laporan akhbar di Malaysia. Enam akhbar atas talian berbahasa Melayu telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Mstar, AstroAwani dan Sinar Harian. Data-data diambil daripada laman web rasmi akhbar-akhbar tersebut. Analisis dilakukan dengan memfokuskan kepada dua aspek iaitu punca-punca berlaku penghinaan, dan kaedah membanteras isu ini. Hasil kajian mendapati bahawa punca berlaku penghinaan agama dikaitkan dengan Gerakan yang mendokong fahaman Liberalisme, Pluralisme, ketagihan dadah, gangguan mental, kejahilan, dan ekstremisme. Justeru kaedahyang disarankan untuk mencegah penghinaan agama perlu melalui pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang.