Browsing by Author "Nursyahirah Wahidah Masrom"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Perisian Interaktif Audio Buku Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan (I-Talk Pismen): Satu Kajian Keperluan Bagi Murid Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan(Zes Rokman Resources, 2018) ;Nurutthoilah Mohd Nabil ;Noornajihan Jaafar ;Norakyairee Mohd RausNursyahirah Wahidah MasromKekangan akses pendidikan terhadap golongan orang kurang upaya penglihatan OKU dalam mendapatkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk sistem pendidikan negara adalah suatu isu yang tidak asing lagi di negara ini. Terutamanya dalam akses BBM Islami, termasuklah mata pelajaran wajib bagi murid-murid yang beragama Islam di negara ini iaitu Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, Kajian keperluan ini adalah untuk meninjau keperluan pembangunan Perisian Interaktif Audio Buku Pendidikan Islam Sekolah menengah Kebangsaan (i-TALK PISMEN) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK MaL) Masalah Penglihatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual terhadap dua orang OKU penglihatan dan seorang guru sekolah pendidikan khas. Selain itu, kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif dengan pengedaran borang kaji selidik kepada kumpulan murid Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Terengganu. Oleh itu, kajian mendapati bahawa pembangunan audio buku Pendidikan Islam sangat bermanfaat dan membantu murid berkeperluan khas masalah penglihatan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pembangunan i-TALK PISMEN adalah sangat diperlukan bagi membantu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran Pendidikan Islam KSSM bagi MBK MaL. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Perisian Interaktif Buku Audio Pendidikan Islam Sekolah Menegah Kebangsaan (i- Talk Pismen): Satu Kajian Keperluan Bagi Murid Bekeperluan Khas Masalah Pengihatan.(Zes Rokman Resources, 2018) ;Nurutthoilah Mohd Nabil ;Noornajihan Jaafar ;Norakyairee Mohd RausNursyahirah Wahidah MasromKekangan akses pendidikan terhadap golongan orang kurang upaya penglihatan OKU dalam mendapatkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk sistem pendidikan negara adalah suatu isu yang tidak asing lagi di negara ini. Terutamanya dalam akses BBM Islami, termasuklah mata pelajaran wajib bagi murid-murid yang beragama Islam di negara ini iaitu Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, Kajian keperluan ini adalah untuk meninjau keperluan pembangunan Perisian Interaktif Audio Buku Pendidikan Islam Sekolah menengah Kebangsaan (i-TALK PISMEN) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK MaL) Masalah Penglihatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual terhadap dua orang OKU penglihatan dan seorang guru sekolah pendidikan khas. Selain itu, kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif dengan pengedaran borang kaji selidik kepada kumpulan murid Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Terengganu. Oleh itu, kajian mendapati bahawa pembangunan audio buku Pendidikan Islam sangat bermanfaat dan membantu murid berkeperluan khas masalah penglihatan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pembangunan i-TALK PISMEN adalah sangat diperlukan bagi membantu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran Pendidikan Islam KSSM bagi MBK MaL. Kata kunci: i-TALK PISMEN, Pendidikan Islam, MBK MaL - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembersihan Hati Dalam Tafsir Sufi Isharī Bagi Melahirkan Keperibadian Mulia(Penerbit USIM, 2023) ;Mahyuddin Hashim ;Abdul Rahim Zumrah ;Mazlan Ibrahim ;Zamrie Ibrahim @ Musa ;Ahmad Yussuf ;Noorhayati HashimNursyahirah Wahidah MasromUlama Sufi bersepakat bahawa tujuan dan pengakhiran perjalanan Tasawuf tidak akan sah kecuali dengan permulaan yang betul. Mereka mempertegaskan sejak daripada awal lagi bahawa kebanyakan halangan perjalanan Tasawuf adalah kerana permulaan yang silap. Mengenali hakikat hati adalah permulaan bagi perjalanan Tasawuf. Namun begitu, permulaan ini tidak dititik beratkan sehingga akhirnya hasrat untuk melahirkan individu berkeperibadian mulia tidak dapat dicapai. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti aspek pembersihan hati dalam tafsir Sufi Isharī. Kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian teks yang menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis). Secara umumnya, para ahli tafsir Isharī sangat menekankan tentang pembersihan hati. Ini kerana jika ia dikuasai oleh hawa nafsu maka ia adalah hati yang rosak dan sangat sukar untuk diubati. Ia akan menatijahkan seseorang memiliki keperibadian yang buruk. Selain itu, pembersihan dan penjagaan hati memerlukan proses berterusan. Walaupun hati seseorang itu suci, ia masih boleh dirosakkan oleh hawa nafsu. Justeru, hati yang suci perlu sentiasa dijauhkan daripada hawa nafsu yang boleh mengotorkannya agar keperibadian mulia dapat dilahirkan