Publication:
Pembersihan Hati Dalam Tafsir Sufi Isharī Bagi Melahirkan Keperibadian Mulia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Ulama Sufi bersepakat bahawa tujuan dan pengakhiran perjalanan Tasawuf tidak akan sah kecuali dengan permulaan yang betul. Mereka mempertegaskan sejak daripada awal lagi bahawa kebanyakan halangan perjalanan Tasawuf adalah kerana permulaan yang silap. Mengenali hakikat hati adalah permulaan bagi perjalanan Tasawuf. Namun begitu, permulaan ini tidak dititik beratkan sehingga akhirnya hasrat untuk melahirkan individu berkeperibadian mulia tidak dapat dicapai. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti aspek pembersihan hati dalam tafsir Sufi Isharī. Kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian teks yang menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis). Secara umumnya, para ahli tafsir Isharī sangat menekankan tentang pembersihan hati. Ini kerana jika ia dikuasai oleh hawa nafsu maka ia adalah hati yang rosak dan sangat sukar untuk diubati. Ia akan menatijahkan seseorang memiliki keperibadian yang buruk. Selain itu, pembersihan dan penjagaan hati memerlukan proses berterusan. Walaupun hati seseorang itu suci, ia masih boleh dirosakkan oleh hawa nafsu. Justeru, hati yang suci perlu sentiasa dijauhkan daripada hawa nafsu yang boleh mengotorkannya agar keperibadian mulia dapat dilahirkan

Description

PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah Studies

Keywords

Pembersihan Hati, Tafsir Sufi Isharī, Keperibadian Mulia.

Citation

Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.

Collections