Browsing by Author "Nurul Shuhadah Md Yahya"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Masalah Spiritual Remaja Berisiko Dari Sudut Pandang Psikospiritual Islam(Tinta Artikulasi Membina Ummah, 2023) ;Mohd Manawi Mohd Akib ;Nurul Shuhadah Md Yahya ;Hamdi Ishak ;Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi ;Che Zarrina Sa’ari ;Sharifah Basirah Syed MuhsinMohd Sobri ElliasGolongan remaja merupakan aset penting bagi kemajuan dan kelestarian sesebuah masyarakat dan negara. Namun terdapat segelintir remaja yang melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang, peraturan atau norma masyarakat bermula daripada kesalahan ringan seperti ponteng sekolah, merokok, buli dan sebagainya yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada komuniti dan persekitaran. Golongan ini disebut sebagai remaja berisiko dan sekiranya tidak dibendung, perkara ini akan menjadi suatu kebiasaan dan akhirnya akan mencetuskan jenayah yang lebih berat seperti merompak, penyalahgunaan dadah, seks bebas, pornografi dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhi remaja sehingga mereka terjebak dengan anasir luar yang akhirnya menjajah pemikiran dan tindakan mereka. Pemikiran dan tindakan seseorang dipengaruhi oleh spiritualnya yang disebut juga sebagai jiwa. Spiritual yang solid dengan ilmu pengetahuan dan amal soleh mampu menjadi benteng kuat dan menghalang seseorang remaja daripada terjebak dengan perkara yang tidak baik bahkan dapat mendorongnya melahirkan tingkah laku yang positif. Begitu juga sebaliknya, tindakan dan perlakuan yang bermasalah tercetus di kalangan remaja berisiko adalah kerana spiritualnya yang bermasalah. Justeru itu, artikel ini akan mengenalpasti masalah spiritual remaja berisiko dari perspektif psikospiritual Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui penelitian terhadap tinjauan litetaratur atau kajian kepustakaan terhadap kajian-kajian lepas. Hasil kajian mendapati bahawa dari sudut pandang psikospiritual Islam, terdapat beberapa masalah spiritual remaja berisiko seperti al-halu’ (keluh kesah), hubbu aldunya (cinta dunia), hasad dan sebagainya.