Browsing by Author "Nuur Athirah Ramli"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Justifikasi Hukum Syarak Ke Atas Amalan Adat Perpatih Dalam Pewarisan Tanah Adat/Ulayat Di Indonesia Dan Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017-06) ;Mualimin Mochammad Sahid ;Muhammad Aunurrochim Mas’ad Saleh ;Nik Rahim Nik Wajis ;Setiyawan Gunardi ;Mohd Nasir Abdul Majid ;Mariam Saidona TagaranaoNuur Athirah RamliTanah adat/ulayat dalam masyarakat Minangkabau di Indonesia dan Malaysia dikategorikan sebagai harta pusaka tinggi yang merupakan warisan turun-temurun dari leluhur dan dimiliki oleh suatu keluarga atau kaum. Dalam adat perpatih yang diamalkan sehingga ke hari ini, pusaka ini dianggap sebagai harta milik seluruh ahli keluarga yang diwariskan secara turun temurun melalui pihak perempuan (garis keturunan ibu). Berdasarkan kepada hukum warisan Islam (faraidh), amalan adat perpatih dalam pembahagian harta pusaka tinggi (tanah adat/ulayat) ini dilihat bercanggah dengan hukum yang telah ditetapkan dalam Islam. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan pandangan dalam menerima amalan ini di kalangan masyarakat. Ada yang menerimanya sebagai satu amalan yang berdasarkan kepada pendekatan hukum wakaf keluarga (waqaf dzurri) dan ada juga yang menentangnya serta menganggapnya sebagai satu amalan yang bercanggah dengan hukum Islam dalam pembahagian warisan (faraidh). Menerusi kajian literatur dengan menggunakan kaedah perbandingan di antara hukum adat dan hukum syariah, kertas kerja ini akan membentangkan isu-isu berkaitan tanah adat sebagai harta pusaka yang diamalkan dalam adat perpatih. Selanjutnya mencadangkan pendekatan syarak dan jalan keluar (solusi) bagi ketidakjelasan hukum dalam amalan warisan pusaka tinggi (tanah adat/ulayat) disebabkan perbezaan pandangan di antara golongan yang tidak bersepakat adakah ia dilarang ataupun dibenarkan dalam syarak. Hasil kajian mendapati bahawa jalan tengah yang boleh diambil dalam menyelesaikan isu hukum amalan warisan tanah adat ini adalah menerusi pendekatan wakaf keluarga (dzurri) dengan cara menjadikan pihak perempuan yang mewarisi harta tersebut hanya sebagai pemegang amanah. Oleh itu, status tanah tersebut adalah harta wakaf yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak keluarga namun tidak boleh diperjualbelikan.