Browsing by Author "Rahmah Hayati Musa"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Kebolehbacaan Mashaf Al-Quran Braille Malaysia (MQBM)(Penerbit USIM, 2023) ;Rahmah Hayati Musa ;Mohd Nur Adzam RasdiNoornajihan Ja’afarKebolehbacaan ialah satu kaedah dalam mengukur tahap kesukaran sesuatu teks bahan bacaan seperti buku teks dan lain-lain. Seiring dengan perkembangan keperluan penggunaan al-Quran Braille oleh komuniti OKU Penglihatan di Malaysia, JAKIM telah menerbitkan al-Quran versi Braille yang dijenamakan sebagai Mashaf Al-Quran Braille Malaysia (MQBM) pada April 2022. Mashaf ini adalah versi penambahbaikan kepada al-Quran Braille terbitan PERTIS yang telah diterbitkan sejak 1999. Oleh kerana mashaf baharu ini membawa beberapa perubahan daripada sudut teks, maka ia perlu dikaji dari sudut kebolehbacaannya secara akademik. Kajian ini perlu dimulakan dengan kefahaman mengenai konsep kebolehbacaan Mashaf al-Quran Braille Malaysia dari konteks penggunanya sendiri iaitu OKU Penglihatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis dokumen. Diharapkan kajian kebolehbacaan ini dapat membantu memberikan pendedahan dan kefahaman yang luas terhadap para penyelidik terutamanya dalam bidang penulisan Braille. Hal ini dapat membuktikan bahawa kajian kebolehbacaan bukanlah tertumpu untuk teks bercetak sahaja malah ia juga dapat diaplikasikan ke atas teks Braille. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tinjauan Buku Modul Pengajaran Mashaf Al-quran Braille Malaysia(PIMM EXPERT, 2023) ;Rahmah Hayati Musa ;Noornajihan Jaafar ;Mohd Nur Adzam RasdiAnisah RazaliSebahagian negara-negara Islam khususnya mempunyai al-Quran versi Braille yang tersendiri. Pada 26 April 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun menerbitkan sebuah Mashaf Al-Quran Braille Malaysia (MQBM) dan telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Idris Ahmad. Penulisan MQBM ini telah ditambah baik dengan menggunakan kaedah penulisan Rasm Uthmani berpandukan Mashaf Madinah Mujamma’ Malik Fahd, Arab Saudi. Maka, sebuah modul pengajaran berkenaan MQBM yang bertajuk Modul Pengajaran Mashaf Al-Quran Braille Malaysia (MPQBM) telah dibangunkan. Dalam masa yang sama masih belum ada modul yang membahaskan berkenaan MQBM ini. Justeru, kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendedahkan perkara-perkara yang dibincangkan dalam modul ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis dokumen. Modul ini membahaskan secara terperinci sistem penulisan MQBM yang terkini dari sudut Rasm dan Dabt berasaskan pendekatan Rasm Uthmani. Ia juga turut membahaskan mengenai kaedah umum bagi penggunaan modul Al-Quran Braille. Kupasan modul ini diharap dapat memberikan penjelasan yang optimum berkaitan penggunaan MPQBM. Di samping itu, ia dapat membantu memberi pendedahan kepada para penyelidik dan juga guru al-Quran dalam bidang Al-Quran Braille dengan adanya modul yang membahaskan berkenaan MQBM yang baharu ini.