Browsing by Author "Ramli, M. A."
Now showing 1 - 9 of 9
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Jallalah : Konsep dan Fatwa Semasa di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2014) ;Jamaludin, M. A. ;Ramli, M. A.Ab. Rahman, S.Perkembangan moden industri penternakan dan pertanian telah menghasilkan produk hasil tani yang lebih pantas, ekonomik lagi menguntungkan. Dewasa ini, timbul polemik dalam industri penternakan berhubung dengan status kesucian haiwan yang diberi makanan kotoran dan najis, yang boleh dianggap sebagai al-Jallalah, sama ada haiwan tersebut halal untuk dimakan atau haram. Kajian ini memfokuskan konsep al-Jallalah menurut perspektif fiqh. Penelitian akan dilakukan berasaskan sumber perundangan Islam termasuk fatwa semasa di Malaysia. Hasil kajian mendapati, terdapat beberapa isu semasa seperti ikan dan tumbuhan yang dibesarkan dalam persekitaran najis yang boleh dikiaskan dengan haiwan al-Jallalah. Sebagai penyelesaiannya, instrumen al-Istibra' dapat dijadikan medium penyucian al-Jallalah sehingga hilang bau, rasa dan warna. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Pengurusan Uri (Plasenta) Pasca Kelahiran Dalam Masyarakat Melayu Menurut Perspektif Hukum Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Ramli, M. A. ;Kamaruddin, N. K.Abdul Wahab, R.Menguruskan uri merupakan salah satu adat menyambut kelahiran bayi yang diamalkan dalam masyarakat Melayu sejak zaman-berzaman. Sebahagian amalan dan tatacara dalam menguruskan uri tersebut melibatkan unsur kepercayaan tertentu. Sehubungan dengan itu, kajian ini memfokuskan tentang analisis amalan pengurusan uri dalam masyarakat Melayu menurut perspektif hukum Islam. Untuk mencapai objektif tersebut, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan temu bual bidan kampung yang terlibat dalam proses menyambut kelahiran bayi. Data-data yang dikumpulkan dianalisis kandungannya secara induktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian daripada amalan pengurusan uri dalam tradisi masyarakat adalah selari dengan syariat Islam, manakala sebahagian yang lain pula bercanggah dengan Syarak. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlulah berhati-hati dalam mengamalkan sebarang adat tradisi dan kepercayaan agar tidak terjerumus ke kancah khurafat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kearifan Tempatan dalam Adat Kematian Masyarakat Melayu dari perspektif Uruf(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020) ;Yusof @ Salleh, M. Y.Ramli, M. A.Setiap masyarakat punyai adat dan tradisi. Adat dan tradisi diwarnai oleh golongan cerdik pandai dalam masyarakat. Adat dan tradisi pada dasarnya ialah sesuatu kebiasaan yang dipraktikkan secara meluas dalam masyarakat. Ia menjadi pedoman dan rujukan dalam kehidupan seharian masyarakat lingkungan. Dalam amalan adat dan tradisi, terkandung unsur kearifan tempatan hasil corak pemikiran yang dicerakinkan daripada gabungan keilmuan dan pengamalan generasi terdahulu. Kearifan tempatan adalah serangkaian maklumat, petunjuk, dan kebijaksanaan yang diwariskan daripada generasi ke generasi sebagai satu strategi kehidupan yang melambangkan kemajuan pemikiran dan keilmuan dalam masyarakat. Dalam teori Usul fiqh, perbincangan berkaitan adat dan tradisi adalah termasuk dalam perbincangan Uruf. Uruf adalah sekumpulan adat dan tradisi yang dipraktikkan, diketahui dan diiktiraf oleh syara’. Kearifan tempatan adalah produk keintelektualan hasil daripada gabungan amalan adat, tradisi dan panduan daripada wahyu. Gabungan ini menghasilkan kearifan tempatan yang mencorakkan uruf sahih dan uruf fasid. Uruf sahih adalah uruf yang diterima, manakala uruf fasid adalah uruf yang ditolak daripada Islam. Sehubungan dengan itu, kajian ini memfokuskan kedudukan kearifan tempatan daripada perspektif uruf dan syarat-syarat pengambilkiraan kearifan tempatan dalam uruf yang diterima oleh syara’. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini mengaplikasi kajian kepustakaan sepenuhnya dengan merujuk kepada literatur berkaitan kearifan tempatan dan uruf. Data kualitatif yang dikumpulkan akan dianalisis kandungannya secara deduktif bagi merumuskan kedudukan kearifan tempatan daripada perspektif uruf. Hasil dapatan kajian ialah menunjukkan kearifan tempatan yang berasaskan uruf sahih diterima dan sebaliknya, kearifan tempatan yang berasaskan uruf fasid adalah tidak diterima dalam penfatwaan hukum syara’ - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Mengubah Ciptaan Allah Swt: Analisis Hukum Pengkulturan Daging(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Hamdan, M. N.Ramli, M. A.Pada hari ini, pelbagai inovasi baru berkembang selari dengan kemajuan teknologi, sama ada dalam aspek perhubungan, komunikasi, pengangkutan, perubatan dan pemprosesan makanan. Kesannya, pelbagai alat dan produk baru yang dihasilkan. Sebahagian daripadanya telah mengubah tabiat semulajadi sesuatu perkara sebagaimana yang telah diciptakan oleh Allah SWT. Namun, jika dilihat dalam al-Qur'an, Allah SWT telah melarang perbuatan yang mengubah ciptaanNya. Nabi SAW juga telah melarang beberapa perkara kerana ia termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah SWT. Menurut mufassirin, pengubahan ciptaan ini merangkumi aspek fizikal dan spiritual. Namun, pengubahan yang memberi manfaat dibenarkan oleh syara'. Muhaddithin dan fuqaqa' pula membahagikan pengubahan itu kepada dua, pengubahan yang kekal dan tidak kekal. Pengubahan tidak kekal dibenarkan jika mempunyai tujuan yang baik seperti isteri yang memakai inai kerana berhias untuk suami. Namun, jika ia mempunyai tujuan yang tidak baik seperti perempuan yang berhias untuk bukan mahram, maka ia diharamkan. Pengubahan kekal dengan tujuan yang tidak baik seperti memakai tatu adalah diharamkan. Manakala pengubahan kekal untuk tujuan yang baik, ia dibenarkan seperti pemindahan organ atas tujuan rawatan. Dalam bidang pemprosesan makanan, para saintis sudah berjaya menghasilkan daging kultur yang bersifat mesra alam di samping mampu menjimatkan kos dan masa. Daging kultur adalah daging yang dihasilkan secara ex vivo, sama ada di dalam makmal atau reaktor. Ia telah mengubah metode konvensional penghasilan sama sekali. Dari segi hukum penghasilannya secara umum, ia boleh diletakkan dalam ketegori pengubahan kekal yang mempunyai tujuan yang baik. Namun, hukumnya masih bergantung kepada implikasi. Jika implikasinya positif, maka hukumnya harus. Jika sebaliknya, hukumnya haram kerana ia memudaratkan manusia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemindahan Organ Reproduktif daripada Perspektif Fatwa Semasa(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Hamdan, M. N. ;Ramli, M. A. ;Abdul Rahman, N. N.Zulbahri, A. A. I.Perkembangan teknologi perubatan pada hari ini telah memberikan sinar kepada pelbagai penyakit yang sukar untuk dirawat. Dalam rawatan kesuburan misalnya, teknologi terkini sudah mampu menawarkan pelbagai jenis pembedahan seperti pembedahan organ reproduktif. Penulisan ini akan membincangkan tentang jenis pemindahan organ reproduktif dan hukum-hukumnya dengan melihat kepada fatwa-fatwa yang telah diberikan oleh ulama kontemporari dan badan fatwa berautoriti di seluruh dunia. Terdapat dua jenis organ reproduktif, iaitu organ yang memindahkan maklumat genetik seperti testis dan ovari, dan organ yang tidak membawa sebarang maklumat genetik seperti rahim, tiub fallopio, faraj dan zakar. Majoriti ulama mengharamkan pemindahan dari jenis pertama kerana ia termasuk di bawah hukum mengubah ciptaan allah swt yang dilarang olehnya, di samping larangan nabi saw dari melakukan amalan mengkasi. Manakala pemindahan dari jenis kedua, majoriti mereka mengharuskannya dalam keadaan darurah dengan pengecualian aurat mughallazah, iaitu faraj dan zakar dengan alasan ia tidak melibatkan sebarang pemindahan genetik. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengambilkiraan ‘Urf dan Adat Dalam Fatwa Semasa: Analisis Terhadap Adat Kematian Bajau di Sabah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Marinsah, S. A. ;Ramli, M. A. ;Meerangani, K. A.Sabdan, M. S.Dalam disiplin ilmu Usul al-Fiqh, ‘urf dan adat mempunyai signifikan yang tersendiri dalam proses pembinaan hukum Islam. Pengambilkiraan ‘urf dan adat ini sangat penting kerana ia mampu mempengaruhi pembinaan hukum Islam dan fatwa yang berlatarkan realiti masyarakat setempat. Pengambilkiraan suatu adat atau ‘urf itu perlu berasaskan world-view sesuatu masyarakat. Hal ini bermakna, kegagalan memahami ‘urf dan adat sesuatu masyarakat akan menyebabkan sesuatu hukum atau fatwa tidak relevan untuk diaplikasikan dalam masyarakat. Pengabaian kepada pengambilkiraan ‘urf dan adat dalam berfatwa pasti mengundang kesulitan dan kepayahan kepada sesuatu masyarakat. Justeru, objektif kajian ini cuba mengemukakan bahawa adat dan ‘urf masyarakat Bajau di Sabah boleh diambilkira dalam proses istinbath hukum atau berfatwa khususnya dalam adat kematian masyarakat Bajau. Ini perlu bagi memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum adat kematian dalam Islam dengan realiti perlaksanaannya di dalam masyarakat Bajau. Sehubungan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, dalam adat kematian Bajau di Sabah, terdapat banyak tokok tambah hasil daripada pengalaman dan local wisdom masyarakat Bajau. Unsur tokok tambah ini perlu dianalisis sama ada ia termasuk dalam ‘urf fasid kerana adanya unsur bid’ah ataupun ia termasuk dalam ‘urf sahih kerana pengambilkiraan ‘urf tersebut tidak menjejaskan proses pembinaan hukum Islam atau fatwa. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Mazhab Selain Syafi'i dalam Fatwa Negara Brunei Darussalam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Aminnuddin, A. Q.Ramli, M. A.Negara Brunei Darussalam dikenali dengan negara yang berpegang kuat dengan mazhab Syafi'i sama ada dalam amalan seharian masyarakat Islamnya mahupun dalam keputusan-keputusan fatwa yang dikeluarkan. Justeru kajian ini bertujuan untuk memperlihatkan kewujudan pendapat mazhab selain Syafi'iI dalam hujah-hujah Mufti Kerajaan Brunei bagi mengeluarkan fatwa. Kaedah perpustakaan dijalankan untuk mengumpul fatwa yang dikaji dan kaedah analisis kandungan digunakan untuk mengenal pasti fatwa yang terdapat di dalamnya pendapat dari luar mazhab Syafi'i. Hasil kajian mendapati pendapat-pendapat mazhab selain Syafi'i yang dikemukakan dalam fatwa-fatwa tersebut adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu bagi menunjukkan persamaan dan perbezaan pendapat, bagi memenuhi permintaan orang yang bertanya dan apabila Mufti Kerajaan Brunei mengemukakan irsyad di hujung teks fatwanya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Sel Stem dalam Pengkulturan Daging: Analisis Menurut Perspektif Hukum Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Hamdan, M. N. ;Ramli, M. A.Ab Rahman, A.Daging kultur adalah salah satu inovasi terbaru dalam penghasilan produk makanan yang bersifat mesra alam selain menerima permintaan tinggi serta memenuhi keperluan pasaran. Daging ini tidak lagi dihasilkan secara alami melalui penternakan di ladang, sebaliknya dihasilkan di makmal dan kilang. Bahkan daging kultur boleh mendatangkan manfaat yang banyak kepada pengguna. Kajian ini akan membincangkan konsep dan sejarah daging kultur, faktor penghasilan dan teknik yang digunakan dalam menghasilkan daging kultur. Di samping itu, analisis hukum dijalankan dengan menilai fatwa semasa berkaitan status daging kultur. Kajian menggunakan metode kualitatif dengan merujuk kepada jurnal, buku dan fatwa semasa bagi melengkapkan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa daging kultur yang dihasilkan bersumberkan lembu yang disembelih adalah Halal dimakan manakala daging kultur yang menggunakan sumber sel stem dari lembu yang masih belum disembelih adalah tidak Halal dimakan. Proses pengkulturan daging juga berhubungkait dengan hukum pengubahan ciptaan Allah SWT di samping sumber stem sel akan menentukan hukum memakan daging kultur. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tafsir Feminis: Antara Rekonstruksi Tafsiran Mesra-Gender atau Huraian Pseudo-Ilmiah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Ramli, M. A. ;Rosele, M. I. ;Md Ariffin, M. F.Zulkepli, M. I. S.Tafsir feminis satu aliran tafsir yang sedang berkembang dalam disiplin ilmu semasa. Ia menawarkan tafsiran bentuk baharu, iaitu mendekonstruksi tafsiran mufassir klasik yang dianggap sebagai misoginis (anti wanita) dan dalam masa yang sama menawarkan serta merekonstruksi tafsiran yang mesra gender. Kajian ini bertujuan melakukan sorotan terhadap pentafsiran golongan feminis terhadap al-Quran dan perbandingannya dengan pentafsiran pseudo-ilmiah serta menganalisis isu yang timbul dari pentafsiran tersebut. Untuk mencapai objektif tersebut, beberapa pendapat mufassirsama ada dari mufassirzaman pertengahan mahupun kontemporari, dari aliran tafsir tradisional dan feminis terhadap isu pewarisan wanita dianalisis secara komparatif. Hasil kajian mendapati, wujudnya perbezaan antara kedua-dua aliran tersebut disebabkan metodologi pentafsiran yang berbeza. Walaupun aliran feminis mengutarakan tafsir yang berorientasikan kesetaraan gender, namun metodologi mereka adalah tidak mengambilkira disiplin tafsir yang sahih.