Browsing by Author "Rasmina Hasbullah"
Now showing 1 - 5 of 5
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Keperluan Pembinaan Rekabentuk Model Bahasa Arab untuk Perundangan Islam Melalui Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli(Penerbit USIM, 2023) ;Ummu-Hani Abas ;Azlan Shaiful Baharum ;Abdul Manan Ismail ;Mohammad Najib Jaffar ;Ahmad Asyraf Mat AliRasmina HasbullahKajian ini bertujuan menganalisis keperluan pembinaan rekabentuk Model Bahasa Arab untuk Perundangan Islam Melalui Integrasi Ilmu Naqli Dan Aqli. Pada zaman ini, masalah yang sedang kita hadapi adalah perhatian kita terlalu sedikit dan singkat untuk mengetahui kaedah-kaedah bahasa Arab dan mengetahui kepentingannya dalam memahami sesuatu nas dan tujuan-tujuannya dengan melihat kepada operasi, konseptual, eksplisit, metafora, tafsiran umum dan khusus di mana semua ini memerlukan pengetahuan bahasa yang lengkap. Oleh itu, pemahaman terhadap fungsi Dalalah Nahwiyyah dan Balaghiyyah dalam pembinaan hukum perlu diambil perhatian dengan cara pengukuhan ciri-ciri unit modul akademik tersebut. Kajian ini menggunakan model analisis keperluan Hutchinson and Waters, 1987 yang terdiri daripada Kekurangan, Keperluan dan Kehendak untuk mengumpul data utama. Manakala data sokongan diperolehi daripada analisis dokumen-dokumen yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden sudah memahami kebanyakkan tajuk-tajuk berkaitan ilmu Nahu dan dalalahnya dengan baik walapun terdapat sebahagian mereka yang masih belum menguasainya. Dari sudut ilmu Balaghah pula, majoriti responden menunjukkan ketidakpastian dengan tahap pemahaman dan penguasaan mereka terhadap ilmu Balaghah dan dalalahnya. Oleh itu, kita dapati majoriti responden sangat bersetuju untuk mempelajari ilmu Nahu, Balaghah dan dalalahnya di samping memahami fungsi-fungsinya dalam mengistinbat hukum. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Fuzzy Delphi: Rekabentuk Model Bahasa Arab Untuk Perundangan Islam Melalui Integrasi Ilmu Naqli Dan Aqli(USIM Press, 2024) ;Ummu-Hani Abas ;Mohammad Najib Jaffar ;Abdul Manan Ismail ;Azlan Shaiful Baharum ;Ahmad Asyraf Mat AliRasmina HasbullahKajian ini bertujuan untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap kandungan yang diperlukan bagi mereka bentuk pembangunan Model Bahasa Arab Untuk Perundangan Islam Melalui Integrasi Ilmu Naqli Dan Aqli. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kaedah Fuzzy Delphi dengan soal selidik tujuh skala likert. Pengkaji mendapatkan konsensus 1 orang pakar dari bidang bahasa Arab dan 2 orang pakar dari bidang Syariah dan Undang- Undang. Borang selidik mengandungi tiga elemen; (i) Kesepakatan pakar secara umum berkenaan tahap pengetahuan bahasa Arab yang diperlukan oleh pelajar Jurusan Syariah & Undang-Undang, (ii) Kesepakatan pakar mengenai keperluan penguasaan pelajar terhadap tajuk-tajuk Nahu dan Fungsi Dalalah Nahwiyyah dalam pembinaan Hukum, (iii) Kesepakatan pakar mengenai keperluan penguasaan pelajar terhadap tajuk-tajuk Balaghah dan Fungsi Dalalah Balaghiyyah dalam pembinaan Hukum. Dapatan kajian berdasarkan konsensus pakar terhadap hampir kesemua item adalah diterima dengan dan melepasi 3 syarat kriteria Fuzzy Delphi iaitu nilai threshold (d) tidak melebihi atau sama dengan 0.2, peratus kesepakatan pakar melebihi atau sama dengan 75% dan nilai Defuzzication (alpha cut) melebihi atau sama dengan 0.5. Namun terdapat 2 item ditolak kerana mencatat nilai Defuzzication kurang dari 0.5. Kajian ini diharap dapat memberi idea baharu kepada institusi pendidikan dalam melahirkan pelajar yang menguasai bahasa Arab dan fungsinya dalam memahami hukum syarak. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Need Analysis of Arabic Language Model Design for Islamic Law(Human Resource Management Academic Research Society, 2023) ;Ummu Hani Abas ;Mohammad Najib Jaffar ;Azlan Shaiful Baharum ;Abdul Manan Ismail ;Ahmad Asyraf Mat AliRasmina HasbullahThis study aims to analyze the construction need of the Arabic Language Model For Islamic law. Nowadays, the problem we are facing is our lack of attention to know the methods of the Arabic language and its function in understanding a text and its purposes by looking at operational, conceptual, explicit, metaphorical, general, and specific interpretations in where all this requires a complete knowledge of the language. Therefore, the understanding of the function of Grammatical and Rhetorical Connotations (Dalalat Nahwiyyah and Balaghiyyah) in the construction of law needs to be taken into account through strengthening the features of the academic module unit. This study uses the needs analysis model of Hutchinson and Waters, 1987 which consists of Lacks, Needs, and Wants to collect primary data. While the supporting data is obtained from the analysis of relevant documents. The findings of the study show that the majority of respondents already understand most of the topics related to Arabic Grammar and that they do so well even though some of them still have not mastered it. In term of Arabic Rhetoric, the majority of respondents showed uncertainty with their level of understanding and mastery of this knowledge. Therefore, we found that the majority of respondents strongly agreed to study Arabic Grammar and Rhetoric and its Connotations(Dalalat) with understanding their function in constructing the Syariah law. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerapan Naqli Dan Aqli : Kajian Terhadap Kurikulum Program Tamhidi Syariah Dan Undang-undang(GAE-Global Academic Excellent, 2017) ;Rasmina Hasbullah ;Azniwati Abdul Aziz ;Wan Amir Nudin Wan Ishak ;Sanusi Shariff ;Mohamed Akhiruddin IbrahimIrwan Mohd SubriKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penerapan ilmu naqli dan aqli dalam kurikulum Al-Mabadi’ Al-Fiqhiyyah sebagai salah satu kursus utama yang ditawarkan bagi Program Tamhidi Syariah dan Undang-Undang di Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kajian ini amat signifikan dalam usaha ahli akademik menyediakan kurikulum unik menepati acuan USIM untuk menjayakan pelan strategik universiti sebagai Pusat Rujukan Ilmu Naqli dan Aqli menjelang 2025. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan temubual pakar dalam bidang kajian dan kaji selidik maklumbalas pelajar yang terlibat secara langsung dengan kurikulum Al-Mabadi’ Al-Fiqhiyyah. Penyelidik menyediakan dua bentuk persoalan kajian berbeza berdasarkan kesesuaian responden untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan objektif penyelidikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kurikulum Program Tamhidi Syariah dan Undang-Undang dalam kursus Al-Mabadi’ Al-Fiqhiyyah mengandungi elemen naqli dan aqli. Hasil kajian juga menyatakan bahawa penerapan naqli dan aqli dalam kurikulum Al-Mabadi’ Al-Fiqhiyyah menepati falsafah USIM. Kajian ini boleh menjadi panduan kepada pihak jabatan dan USIM sebagai pencerahan kepada pelajar, pensyarah serta masyarakat mengenai impak integrasi ilmu naqli dan ilmu aqli yang amat signifikan dalam pembentukan perwatakan dan sahsiah pelajar. Sekaligus memperkasa pembangunan diri, masyarakat dan negara. Kajian ini juga boleh dijadikan panduan untuk kajian lanjutan - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Pelajar Tamhidi Syariah Dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia Terhadap Kursus Al-Mabadi’ Al-Fiqhiyyah: Satu Kajian Awal(Usuli Faqih Research Centre PLT, 2017) ;Wan Amir Nudin Wan Ishak ;Sanusi Shariff ;Azniwati Abdul Aziz ;Rasmina Hasbullah ;Mohamed Akhiruddin Ibrahim ;Irwan Mohd SubriFakhtah Farashah SuhaimiThis article aims to look at the perception of students of Tamhidi Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) of Al-Mabadi’ al-Fiqhiyyah course enrolled by students in the first semester. Students who have finished their studies at this stage, will continue their studies either in the Bachelor of Syariah and Law (MSU) or Bachelor of Fiqh and Fatwa (FIFA) at the Faculty of Shariah & Law USIM. The study discussed on students’ evaluation at the end of semester on the teaching and learning methods. The methodology used in this study was a quantitative method (questionnaire) through a Pilot Study as 30 Tamhidi students were the respondents. The study found that in general, the students can understand and relate the current issues to this course as it related to the main areas of Fiqh, Usul Fiqh and Qawaid Fiqhiyyah. The course also provided basic knowledge of Islamic law and Fiqh as well as skills needed in Islamic jurisprudence. The study found that the integration of knowledge among educational, institutional and faculty as well as to expand the scope of the studies have been intrigued students. As a result, this study can be used as a benchmark for Tamhidi to continue and enhance the teaching and learning process based on naqli and aqli knowledge i for this course. Keywords: Naqli, aqli, curriculum, tamhidi, perception.