Browsing by Author "Ros Aiza binti Mohd Mokhtar"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pandemik Covid-19: Meninjau Pengalaman Pelajar Latihan Industri Usim.(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Ros Aiza binti Mohd Mokhtar ;Abd Hakim bin MohadLatifah Abdul LatiffTahun 2020 tercatat dalam sejarah sebagai tarikh yang sangat signifikan dalam kehidupan manusia kerana pandemik COVID-19. Sejak awal tahun hinga kini, kita disajikan dengan berita tentang penularan wabak ini, bersama dengan data jumlah jangkitan dan kematian yang berlaku di seluruh dunia. Sehingga hari ini (30/5/2020) seramai 6,047,421 orang telah dijangkiti, dengan 367,149 kematian. Hampir semua negara membuat lock-down atau kawalan pergerakan untuk memutuskan rangkaian wabak ini sebagaimana yang dicadangkan WHO. Malaysia juga tidak terkecuali, di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diisytiharkan bermula 18 Mac 2020 hingga 9 Jun 2020. Kesannya kepada masyarakat dapat dirasai dalam semua aspek kehidupan. Makalah ini membincangkan pengalaman pelajar Latihan Industri, USIM berhadapan dengan pandemik COVID-19. Ia adalah hasil kajian yang dibuat menggunakan kaedah kualitatif. Data yang diperoleh daripada soalan (open-ended) yang diedarkan secara atas talian. Data dianalisis secara deskriptif. Kajian mendapati walaupun pelajar Latihan Indutri USIM terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda, namun mereka telah belajar tentang perkara baru yang bermanfaat dalam kehidupan mereka. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Awal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia Terhadap Kursus Falsafah Dan Isu Semasa.(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Ros Aiza binti Mohd Mokhtar ;Siti Nor Baya binti Mat Yacob ;Siti Nor Azhani binti Mohd ToharAbd Hakim bin MohadKusrus Falsafah dan Isu Semasa merupakan salah satu kursus wajib universiti yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia bermula September 2019. Kursus ini telah mula diambil oleh pelajar Universiti Sains Islam Malaysia bermula semester II, 2019/2020. Pada dasarnya, kursus ini dibangunkan untuk pelajar sebagai pendedahan kepada Ilmu Falsafah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara yang menjadi tunjang kepada Malaysia. Selain itu, perbincangan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek Falsafah dan Isu Semasa diharapkan dapat melahirkan pelajar yang lebih kritis dalam menangani permasalahan dalam kehidupan mereka dan dalam masa yang sama berupaya menjadikan falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya. Oleh itu, makalah ini bertujuan meneroka persepsi awal pelajar USIM terhadap kursus ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif di mana sekumpulan pelajar telah diminta menjawab beberapa soalan pada hari pertama mereka menghadiri kuliah bagi kursus ini iaitu sepuluh minit sebelum kelas tamat. Data kemudiannya dianalisis secara deskriptif interpretatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa, walaupun pelajar mengganggap kursus ini sebagai kursus yang berat, namun, mereka sedar tentang kepentingan kursus ini serta mengharapkan kursus ini menjadikan mereka lebih berfikiran rasional, kritis serta berupaya mencari jawapan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka. Kajian ini penting sebagai input awal kepada tenaga pengajar kursus ini di USIM khususnya dan di IPT amnya sebagai persediaan dan penambahkaian dalam perlaksanaan kursus ini pada semester-semester yang akan datang