Browsing by Author "Ros Mahwati Ahmad Zakaria"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Simetri Rekaan Corak Kelarai Anyaman Tikar Di Alam Melayu(Kumpulan Penyelidikan Kebudayaan, Kesenian dan Peradaban Melayu (KKPM), Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia., 2018) ;Ros Mahwati Ahmad Zakaria ;Mohd Rohaizat Abdul Wahab ;Mohammad Anis Abdul SamadSiti Norbaya Mat YacobKertas ini mengetengahkan analisis simetri dalam rekaan corak kelarai pada anyaman tikar di alam Melayu. Kelarai merupakan satu daripada motif hiasan tempatan yang menggunakan konsep geometri. Rekaan ini sangat unik daripada segi penggunaan warna dan susunan. Kelarai digunakan sebagai hiasan anyaman bakul, tikar, tudung saji dan dinding rumah tradisional. Objek anyaman yang asas dianggap sebagai kosong tanpa kelarai. Rekaan corak kelarai pada anyaman tikar memerlukan kreativiti dan kemahiran matematik penganyam bagi memastikan rekaan yang konsisten. Oleh itu analisis simetri digunakan sebagai kaedah bagi melihat peranan simetri dalam membentuk rekaan corak kelarai. Terdapat sepuluh rekaan kelarai yang dipilih dan digunakan dalam analisis ini. Corak kelarai dibahagikan kepada empat kumpulan simetri iaitu, 45°, 90°, 180° dan 360°. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi 'asabiyyah Ibn Khaldun Dan Mekanisme Pengukuhan Semangat Kekitaan Dalam Mendidik Generasi Muda Multi Etnik Malaysia(NUN Gemilang Enterprise, 2020) ;Siti Nor Azhani Bt Mohd Tohar ;Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan RazaliRos Mahwati Ahmad ZakariaIbn Khaldun dalam karangan terkemuka beliau, Muqaddimah menekankan asas penting kekuatan ‘asabiyyah sebagai penentu kepada jatuh bangun sesebuah tamadun. Karakteristik ‘asabiyyah ini berkonotasi positif dan tidak terhad sifatnya kepada semangat seketurunan sebaliknya dapat diadaptasi dalam senario masyarakat multi etnik. ‘Asabiyyah Ibn Khaldun jauh berbeza dengan definisi cauvinisme yang sering disetarakan dengan maksud ‘asabiyyah oleh pandangan umum. Makalah ini membincangkan mekanisme adaptasi ‘asabiyyah Ibn Khaldun dan beberapa mekanisme lain bagi mendidik kekuatan semangat kekitaan dalam kalangan generasi muda multi etnik di Malaysia. Perbincangan ini adalah bersandarkan kepada kajian kepustakaan yang telah dilakukan ke atas bahan-bahan ilmiah yang berkaitan. Hasil penelitian mendapati bahawa wujud isu etnisiti yang menyebabkan kepincangan kekuatan semangat kekitaan dalam kalangan generasi muda. Terdapat mekanisme untuk memperkukuh semangat kekitaan antaranya peranan para penggubal dasar, peranan institusi pengajian tinggi, keprihatinan media massa, peranan institusi kekeluargaan dan peranan generasi muda itu sendiri. Pengadaptasian ‘asabiyyah Ibn Khaldun dilihat penting dalam mendidik generasi muda pelbagai etnik memperkukuhkan semangat kekitaan melalui satu identiti sepunya yang dipegang bersama. Implikasinya, penglibatan semua pihak amat diperlukan bagi menggembleng mekanisme peneguhan semangat kekitaan bagi menangani isu kepincangan antara etnik agar kelangsungan tamadun Malaysia lebih terjamin dengan kepimpinan generasi muda. Ibn Khaldun, in his magnum opus the Muqaddimah, emphasises the importance of ‘asabiyyah as a foundation determining the rise and fall of a civilisation. ‘Asabiyyah’s characteristic here has positive connotations, not limited to a shared ancestry, and could in fact be applied to a multi-ethnic society as well. Ibn Khaldun’s ‘Asabiyyah is more than just the commonly-held attempt to equate it to the concept of chauvinism. This article discusses the mechanism to adapt Ibn Khaldun’s ‘asabiyyah and other mechanisms to educate the younger, multi-ethnic generation of Malaysia on the strength of an esprit de corps among them. This discussion relies on library research on relevant academic materials. The findings show that the ethnicity issue is a stumbling block to form a spirit of solidarity among the younger generation. There are mechanisms in place to strengthen the esprit de corps among them, including efforts by policy makers, the institutions of higher learning, the role of the mass media, the family institution, and initiatives among the youths as well. The adaptation of Ibn Khaldun’s ‘Asabiyyah is important to educate this multi-ethnic younger generation to strengthen their spirit of solidarity through a shared identity. By implication, therefore, all parties must contribute to consolidate the mechanism to strengthen this esprit de corps to overcome the ethnic issue, thus ensuring the continuation of a more secure Malaysian civilisation, under the leadership of the younger generation. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Warisan Ketara Seni Islam Tempatan: Mahkota Atap Masjid Tradisional Melaka(Malay Arts, Culture and Civilization Research Centre, Institute of the Malay World and Civilization, 2018) ;Ros Mahwati Ahmad Zakaria ;Siti Nor Azhani Mohd ToharRabiah Abdul RahmanSeni bina merupakan warisan ketara bagi sesebuah wilayah Islam terutamanya seni bina masjid. Seni bina masjid tradisional Melaka mempunyai identiti tersendiri daripada segi rekaan bentuk bumbungnya. Asas bentuk bumbung som pecah empat yang dihiasi dengan sebuah mahkota dipuncaknya. Kehadiran mahkota atap di atas bumbung masjid tradisional Melaka menjadikan rekaan seni bina masjid itu sendiri unik dan sangat elegan. Namun begitu, mahkota atap ini telah diancam kepupusan kerana ada yang berpendapat bahawa ia bukan seni Islam dan tidak sesuai berada di bangunan masjid. Kenyataan ini sedikit sebanyak telah menjadi ancaman kepada kewujudan mahkota atap masjid tradisional Melaka. Beberapa buah masjid tradisional di daerah Alor Gajah dilihat telah kehilangan mahkota atapnya dan diganti dengan kubah kecil yang mempunyai bentuk bulan dan bintang di bahagian atas. Kefahaman tentang seni Islam dalam kalangan masyarakat Islam adalah sangat penting supaya warisan rekaan dan seni Islam tempatan tidak hilang disebabkan oleh kefahaman seni Islam yang sempit.