Browsing by Author "Sharipah Zainah Abdul Rahman"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembelajaran Tilawah Al-Quran Braille: Pengalaman Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (Ummi) USIM(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Noornajihan Jaafar ;Norakyairee Mohd Raus ;Mahyuddin Hashim ;Nur Amalina Azhar ;Muhammad Shahril Azrie Zainudin ;Zakaria Yahya ;Sharipah Zainah Abdul RahmanAnisah RazaliTerdapat beberapa pendekatan yang popular dalam pendidikan tilawah al-Quran, antaranya adalah yang dimulai dengan penerapan kemahiran literasi. Pendekatan yang sama juga diaplikasikan dalam pengajaran asas tilawah al-Quran kepada komuniti OKU Penglihatan yang menggunakan medium tulisan Braille. Uniknya, di dalam mashaf al-Quran versi Braille, susunan penulisannya tidak sama seperti teks al-Quran tipikal, sebaliknya setiap huruf dan penandaan ditranskripsi ke dalam bentuk kod Braille dan disusun bersesuaian dengan keunikan cara OKU Penglihatan membacanya. Dari aspek pengajarannya pula, ia memerlukan kaedah serta teknik pengajaran yang berbeza daripada yang biasa dilaksanakan ke atas golongan tipikal. Fokus penulisan ini adalah untuk mengenengahkan dokumentasi ringkas ke atas beberapa kaedah dan modul pengajaran tilawah al-Quran bagi OKU Penglihatan di samping pengalaman dan usaha Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) dalam mengkaji keunikan yang terdapat dalam proses pengajaran asas tilawah al-Quran Braille pada modul-modul yang sedia ada ini. Dengan berasaskan metodologi kualitatif, dokumen-dokumen yang berkaitan dikumpul dan dianalisis secara deskriptif kemudian dibentangkan sebagai dapatan. Hasil daripada pemerhatian ke atas dokumen-dokumen ini, didapati bahawa terdapat keunikan yang perlu diterapkan pada kaedah yang digunakan bagi meraikan sensitiviti dan cara pembelajaran OKU Penglihatan membaca al-Quran, terutamanya pada sudut penerangan dan susunan bahan. Melalui maklumat yang diperolehi dari kajian ini, asas kaedah pembelajaran tilawah bagi OKU Penglihatan dapat dikenal pasti, seterusnya membawa kepada usaha pembangunan modul yang lebih komprehensif sebagai sumbangan yang terkini dalam bidang tilawah al-Quran khususnya bagi OKU Penglihatan.