Browsing by Author "Siti Nor Baya Mat Yacob"
Now showing 1 - 10 of 10
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Pandangan Pakar Mengenai Karakteristik ‘Asabiyyah Ibnu Khaldun: Satu Kajian Awal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Siti Nor Azhani Mohd Tohar ;Siti Nor Baya Mat Yacob ;Latifah Abdul LatiffWan Mohd Fazrul Azdi Wan RazaliMakalah ini membincangkan hasil analisis awal menurut pandangan pakar dalam mengenalpasti perbincangan sarjana Islam unggul, Ibnu Khaldun berkenaan karakteristik ‘asabiyyah yang menjadi faktor utama dalam Teori Kitaran beliau. Usaha ini bagi menangani kelompangan kajian terdahulu untuk merungkai secara sistematik, karakteristik yang ada dalam perbincangan ‘asabiyyah oleh Ibnu Khaldun. Sebagai analisis awal, pengkaji telah menjalankan kajian ke atas tiga orang pakar dalam pengkajian ilmu Ibnu Khaldun yang diperoleh secara temu bual mendalam dan dianalisis secara tematik. Hasil analisis awal mendapati terdapat empat karakteristik utama dalam konsep ‘asabiyyah Ibnu Khaldun, iaitu kekuatan agama, perkongsian tujuan dan nilai, melangkaui pertalian darah, bersifat positif dan berani mengajukan tuntutan. Justeru, kajian ini dapat menjadi sumber rujukan yang lebih sistematik dan tersusun dalam menjelaskan karakteristik ‘asabiyyah Ibnu Khaldun yang menjadi teras utama jatuh bangun sesebuah tamadun. Malahan dapatan kajian ini dapat mengangkat kerelevanan perbincangan yang menjangkau 600 tahun yang lampau untuk diaplikasikan kepada masyarakat heterogen yang unik dan pelbagai dalam peradaban masa kini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Creative Spirituality from the Islamic Perspective: Practices Amongst Students of a Product Development Competition(Penerbit USIM, 2018) ;Anita Ismail ;Farah Laili Muda @ Ismail ;Latifah Abdul Latiff ;Siti Nor Baya Mat Yacob ;Hisham Muhammad Taky Eldin KandilMohd AizuddinAbd AzizThe purpose of this paper is to investigate the state of creative spirituality on product development among students who participated in the Islamic Innovation Student Competition (i-REKA) 2017 at Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). The study employed the quantitative approach through a survey instrument design. Data were collected using questionnaires, and the constructs used were developed from prior research and previously-tested for reliability. A total of 147 questionnaires were analysed from the respondents in this study. Descriptive statistics were used to analyse the characteristics of the respondents, including frequency, percentage, mean, and standard deviation, while the multivariate technique which was employed was regression. The findings revealed that significant relationships exist in the state of creative spirituality among students of the products development competition. These findings may provide a distinctive perspective on the concept of creative spirituality and product development, and its necessity in the Islamic educational system for the contemporary modern era. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Creativity and Innovation: Practices Amongst Students of a Product Development Competition(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Anita Ismail ;Farah Laili Muda @ Ismail ;Latifah Abdul Latiff ;Siti Nor Baya Mat Yacob ;Hisham Muhammad Taky Eldin KandilMohd Aizuddin Abd AzizThe purpose of this paper is to investigate the state of creativity and innovation on product development among students who participated in the Islamic Innovation Student Competition (i-REKA) 2017 at Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). The study employed the quantitative approach through a survey instrument design. Data were collected using questionnaires, and the constructs used were developed from prior research and previously tested for reliability. A total of 147 questionnaires were analyzed from the respondents in this study. Descriptive statistics were used to analyze the characteristics of the respondents including frequency, percentage, mean, and standard deviation, while the multivariate technique that was employed was regression. The findings revealed that significant relationships exist between the state of creativity and innovation among students of products development competition. These findings may provide a distinctive perspective on the concept of creativity and innovation and its necessity in the Islamic educational system for the contemporary modern era. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ethnicity versus National Language: A Study in Malaysian Universities Setting(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-05-31) ;Siti Nor Azhani Mohd Tohar ;Adlina Ab HalimSiti Nor Baya Mat YacobThe national language is an assimilation instrument for fostering racial unity in a multi-ethnic society. Nonetheless, ethnocentrism always plays a crucial role in upholding the national language across ethnic groups in Malaysia. A study in Malaysian higher education institutions (HEI) was conducted on 407 undergraduate students from Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Selangor (UNISEL), and Multimedia University (MMU) using stratified random sampling to determine the differences in upholding the national language based on ethnic groups through three key dimensions, namely, i) fluency in speaking in the national language, ii) recognition of the importance of the national language, and iii) sophistication in the use of the national language. The results showed that there were significant differences in the upholding of the national language among the various ethnic groups. It was found that the Chinese students do not uphold the national language as much as the Malay and Indian students. This indicates that ethnicity plays a major role in determining the future of upholding the national language as the language of Malaysia. As Malaysian citizenship, ethnocentrism toward language should be managed to ensure assimilation of a multi-ethnic society through the most important medium, the Malay language as the national language of Malaysia. Abstrak: Bahasa kebangsaan merupakan instrumen asimilasi dalam memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat multi etnik. Walau bagaimanapun, etnosentrisme menjadi faktor penting yang sering dimainkan dalam isu memartabatkan bahasa kebangsaan oleh kumpulan etnik di Malaysia. Satu kajian di institusi pendidikan tinggi (IPT) telah dilaksanakan ke atas 407 mahasiswa sarjana muda dari Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Multimedia (MMU) menggunakan pensampelan rawak berstrata untuk menentukan perbezaan dalam pemartabatan bahasa kebangsaan berdasarkan kumpulan etnik melalui tiga dimensi utama, iaitu i) kefasihan dalam bertutur bahasa kebangsaan, ii) pengiktirafan berkenaan kepentingan bahasa kebangsaan, dan iii) kecanggihan dalam menggunakan bahasa kebangsaan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan dalam kalangan etnik pelbagai. Dapatan mendapati bahawa mahasiswa Cina kurang memartabatkan bahasa kebangsaan berbanding mahasiswa Melayu dan India. Ini menunjukkan bahawa etnisiti memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan pemartabatan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang menjadi tanda kesetiaan terhadap Malaysia. Sebagai warganegara Malaysia, etnosentrisme terhadap bahasa perlu dihindari bagi memastikan asimilasi masyarakat pelbagai etnik berlaku melalui medium paling penting, iaitu Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Etnosentrisme: Analisis Bibliometrik(Penerbit USIM, 2023) ;Siti Nor Azhani Mohd Tohar ;Siti Nor Baya Mat YacobNur Izzati Nadia Mohd DzolkifliMakalah ini adalah bertujuan untuk meninjau trend literatur berkaitan isu etnosentrisme dari 2019-2025 menggunakan analisis bibliometrik. 802 jurnal artikel berstatus Scopus telah dianalisis menggunakan VOSviewer versi 1.6.19 bagi melihat trend perbincangan isu etnosentrisme ini berlaku secara global. Kriteria pemilihan artikel ialah diterbitkan dalam lima tahun terkini (2019-2023); terhad kepada bidang sains sosial, kesenian dan kemanusiaan serta psikologi; berbahasa Inggeris dan Melayu. Dapatan menunjukkan kata kunci etnosentrisme pengguna (consumer ethnocentrism) dan rasis adalah kata kunci yang terbanyak digunakan dan artikel jurnal tentang isu etnosentrisme banyak berlaku di negara Amerika Syarikat. Malaysia juga antara merupakan negara yang menyumbang kepada perbahasan isu etnosentrisme ini. Justeru, isu ini tidak boleh dipandang enteng terutamanya dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan budaya seperti Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Islamic Perspective on Thinking and Innovative Culture as Exemplified by the Works of Renowned Muslim Scholars(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Anita Ismail ;Latifah Abdul Latiff ;Siti Nor Baya Mat Yacob ;Farah Laili Muda @ IsmailHisham Muhammad Taky Eldin KandilThe objective of this paper is to revisit the concept of thinking and innovation in Islam from the examples shown by Muslim scholars. This article also highlights the significance and the need to apply the Muslim scholars model of Islamic thinking and innovation culture to the present day educational system. The study is descriptive in nature, showcasing the scholarly contributions of great Muslim men from the past, as well as the opinions of contemporary scholars of Islam on thinking and innovation. This preliminary paper may provide a distinctive perspective on the concept of thinking and innovation and its necessity in the contemporary Islamic educational system. It should also be considered as a crucial tool to be mastered by youngsters during the present age in the era of science and technology. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kemahiran Membaris Dan Membaca Kitab Tafsir Al-quran Al-azim Dalam Kalangan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia(Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018) ;Rabiah Abdul Rahman ;Ros Mahwati Ahmad Zakaria ;Siti Nor Baya Mat Yacob ;Siti Nor Azhani Mohd ToharKhadijah Binti MudaKemahiran membaris dan membaca merupakan kemahiran yang penting dalam memahami suatu petikan khususnya memahami kitab turath. Kajian ini bertujuan mengkaji kemahiran membaris dan membaca kitab Tafsir al Quran al Azim dalam kalangan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia. Kajian dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen, pemerhatian, dan soal selidik terhadap pelajar tahun ketiga Sarjana Muda Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa kemahiran membaris dan membaca dengan mengaplikasikan method yang betul amat signifikan dalam memahami teks tafsir al Quran al Azim. Kitab tafsir ini merupakan salah satu kitab kitab tafsir yang dihuraikan secara pertengahan iaitu syara hannya tidak terlalu ringkas dan tidak terlalu panjang. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keutamaan Ilmu Dalam Jaringan Pendidikan Islam di Antara Johor dan Pahang Pada Abad ke 19M(Universiti Malaya, 2017) ;Nurulwahidah Fauzi ;Nor Adina Abd Kadir ;Nurul Asiah Fasehah MuhamadSiti Nor Baya Mat YacobPendidikan Islam adalah wadah yang terbaik dan dinamik bagi pembentukan insan yang kamil dan syamil secara sepadu dan seimbang berteraskan prinsip akidah, syariat dan akhlak bersumberkan al-Quran dan sunah ijmak. Proses yang melibatkan unsur taklim, tarbiah dan ta'dib yang terancang mampu mengembangkan potensi jiwa, intelek, emosi dan jasmani sehingga tercerna jiwa kehambaan yang menjadi asas pelaksanaan tanggungjawab kekhalifahan bagi mencapai hasanah di dunia dan akhirat. Kertas kerja ini berusaha bagi menjawab beberapa objektif utama nya, antaranya i) menilai keutamaan ilmu dan pendidikan menurut perspektif al-Quran dan Sunnah, ii) menelusuri proses kebangkitan ilmu dalam kalangan masyarakat Islam di Nusantara khususnya di Johor dan Pahang pada abad ke 19M. Metodologi kajian yang dijalankan ialah melalui metod kepustakaan dan Analisa kajian yang akan digunakan ialah metod induktif dan metod deduktif. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang erat dari sudut jalinan kerjasama di dalam proses perkembangan ilmu di kedua-dua negeri , di dalam mengangkat martabat agama Islam ke taraf yang tertinggi dalam amalan kehidupan masyarakat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Ilmu Saintifik dalam Trend Gastronomi Semasa(USIM Press, 2022) ;Siti Nor Baya Mat Yacob ;Siti Nor Azhani Mohd ToharKhadijah MudaGastronomi secara mudahnya difahami sebagai suatu bidang yang membicarakan tentang makanan dan pemakanan dalam kehidupan manusia. Tafsiran umum para pengkaji merumuskan gastronomi sebagai “food Knowledge”. Oleh kerana tanggapan umumnya adalah pengetahuan tentang makanan, maka gastronomi sering dikaitkan dengan bidang kulinari atau masakan. Perspektif sejarah merumuskan gastronomi sebagai suatu fenomena sosial yang mendapat perhatian para pemikir, pengamal kulinari dan juga masyarakat umum bermula pada awal abad ke 19. Perspektif akademik mengembangkan pemahaman gastronomi sebagai cabang ilmu yang boleh diteroka melalui penyiasatan secara saintifik. Banyak lagi pandangan dan justifikasi yang berbeza tentang bidang ini. Jean Anthelme Brillat-Savarin (1755-1826) memulakan usaha formal terhadap bidang gastronomi yang kemudian telah membuka jalan untuk kajian seterusnya. Pendekatan pelbagai disiplin ilmu dalam kajian gastronomi yang diperkenalkan oleh beliau telah menyebabkan bidang tersebut semakin mendapat perhatian. Kepentingan bidang tersebut mula dilihat dalam bentuk yang lebih dinamik serta tidak terhad kepada kajian kulinari semata-mata. Kajian kontemporari bidang ini lebih cenderung meneroka ilmu gastronomi dalam perspektif saintifik. Penulisan ringkas ini cuba membawa sorotan perkembangan bidang kajian gastronomi berdasarkan perbincangan dan wacana akademik yang lepas serta berdasarkan perkembangan semasa. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sistem Pendidikan dan Pemartabatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di Malaysia(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Siti Nor Azhani Mohd ToharSiti Nor Baya Mat YacobPemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan di Malaysia masih dilihat agak ampuh walaupun dasar bahasa kebangsaan ini telah wujud dan diperjuangkan seawal kemerdekaan dalam usaha menyatupadukan kepelbagaian kaum. Justeru, makalah ini akan menelusuri sejarah perkembangan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka. Selain itu, cabaran dan masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia turut dibahaskan dalam konteks realiti masa kini. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh diterjemahkan secara berbeza mengikut perbezaan lensa kaum. Dasar bahasa ini perlu seiring pelaksanaan dan pengukuhannya di semua jenis aliran pendidikan di Malaysia agar agenda penting penyatuan kaum dapat tercapai secara alami. Malahan peranan bahasa ini harus dihayati bersama dan bukan dijadikan agenda penghalang kemajuan negara.