Browsing by Author "Siti Rahmah Ahmad Razuan"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Inovasi Pembelajaran Quran Dalam Kalangan OKU Pekak Berdasarkan Hadis Keutamaan Membaca Quran(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Norakyairee Mohd Raus ;Siti Ramna KhamaruddinSiti Rahmah Ahmad RazuanInisiatif kelab khidmat mahasiswa cakna OKU, Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF USIM) di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM dalam penganjuran online Tadarus Tanpa Suara (TTS) merupakan usaha ke arah memperkasa masyarakat dan mengupaya komuniti OKU dalam berinteraksi bersama Quran. Online TTS berlangsung setiap hari sepanjang bulan Ramadhan 1441H bermula jam 10.00 pagi menggunakan aplikasi Google Meet. Usaha ini secara tidak langsung memberi pendedahan dan kesedaran kepada mahasiswa khususnya dan masyarakat terhadap hadis keutamaan membaca Quran yang perlu diterokai pendekatannya berdasarkan kekuatan dan kelainan upaya belajar komuniti OKU. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat peranan SaF USIM dalam usaha santunan mahasiswa USIM terhadap komuniti OKU dan impak dalam penganjuran program Online TTS terhadap komuniti OKU Pekak di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana protokol pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen merupakan kaedah pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan keperluan terhadap penerokaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Quran terhadap komuniti OKU Pekak khususnya dalam memperkasa peranan mahasiswa cakna OKU. Ia turut memberi definisi baharu dalam pembelajaran Quran dalam kalangan komuniti istimewa ini di mana kaedah pembacaan Quran bukan hanya tertumpu kepada pembacaan terjemahan Quran sahaja. Jika komuniti tipikal membaca Quran bersuara, bertajwid dan bertarannum, maka komuniti OKU Pekak membaca Quran tanpa suara dengan mengisyaratkan kod tangan hijaiyyah pada setiap huruf-huruf Quran sesuai dengan aspirasi Hadis Nabi SAW berkaitan keutamaan membaca Quran melalui konsep ‘Alif’ satu huruf, ‘Lam’ satu huruf dan ‘Mim’ satu huruf. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendidikan Al-Quran Bagi OKU: Pengalaman Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Siti Rahmah Ahmad Razuan ;Norakyairee Mohd Raus ;Mahyuddin Hashim ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Adnan Mohamed Yusoff ;Noornajihan Ja’afarNurul Asiah Fasehah MuhamadOrang Kurang Upaya (OKU) adalah antara golongan yang sering dikaitkan dengan isu dan perbahasan berkaitan keperluan mereka dalam pendidikan, terutamanya dalam aspek berkaitan persoalan taklif dalam menerima dan mengamalkan ajaran Islam. Bertitik tolak dari sini, inisiatif untuk menilai semula keperluan spiritual dalam kalangan OKU telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) di bawah Institut Sains Islam (ISI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di samping memberi kefahaman kepada masyarakat terhadap konsep taklif dalam kalangan OKU. Objektif kajian ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman UMMI mengenalpasti isu-isu berkaitan pendidikan al-Quran bagi OKU dan menjelaskan peranan UMMI dalam usaha memperluaskan akses OKU terhadap pendidikan al-Quran disamping menangani isu tuntutan beragama dikalangan mereka. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dengan menjadikan protokol analisis dokuman dan protokol temu bual untuk mengumpulkan data. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujud keperluan yang tinggi terutamanya bagi Universiti Awam (UA) ke arah solidariti dan aksesibiliti OKU untuk menghayati kemukjizatan al-Quran dan konsep indahnya hidup beragama. Usaha murni ini jugu dilihat bertepatan dengan hasrat USIM sebagai ‘kampus barakah’ dan pusat rujukan global bagi Integrasi llmu Naqli dan ‘Aqli menjelang tahun 2025.