Browsing by Author "Sity Daud"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Implikasi Kemasukan Pekerja Asing Di Malaysia: Suatu Tinjauan Awal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Intan Suria HamzahSity DaudMalaysia mengalami jumlah kemasukan warga asing yang besar di dunia, terutamanya sebagai buruh berkemahiran rendah. Malaysia telah mengalami masalah kekurangan buruh dalam sektor-sektor utama negara seperti pembinaan, perladangan, perindustrian dan perkhidmatan. Pekerja asing atau buruh asing merupakan pekerja yang berasal dari negara luar yang datang bekerja di Malaysia bagi sesuatu tempoh tertentu, ianya juga dikenali sebagai buruh ekonomi. Hasil kajian, mendapati pekerja asing telah membawa manfaat dalam proses pembangunan negara Malaysia dalam pelbagai sektor namun begitu dengan jumlah mereka yang semakin meningkat dan mencecah jutaan orang telah mengganggu-gugat ekonomi dan masyarakat tempatan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Migrasi Rentas Sempadan Etnik Rohingya dan Implikasi Terhadap Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Intan Suria Hamzah ;Sity Daud ;Nor Azizan IdrisMuhammad Shamshinor Abdul AzzisLanskap keselamatan negara telah mengalami dinamika yang inklusif melalui ancaman daripada proses migrasi rentas sempadan. Kajian ini bermatlamat membincangkan faktor migrasi etnik Rohingya ke Malaysia. Analisis bentuk ancaman bukan tradisional yang menginterpretasi cabaran keselamatan dalaman terhadap rakyat Malaysia merupakan elemen diskusi utama dalam kajian ini. Melalui rekabentuk kajian kualitatif dengan validasi ketepatan maklumat berprosedur, kajian ini menghujah tiga ancaman bukan tradisional iaitu pemerdagangan manusia, pembentukan koloni setempat dan rentas sempadan secara haram sebagai impak yang mendasari migrasi dalam kalangan etnik Rohingya. Selain itu, tekanan tanggungjawab sosial atas faktor kemanusiaan turut menyumbang kekangan pelaksanaan polisi berasaskan citra keselamatan negara Malaysia. Demikian itu, beberapa cadangan turut dibincangkan bagi memberi sumbangan kepada pembuat dasar berkenaan migrasi rentas sempadan di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Potensi Ancaman Kebangkitan Kuasa Ekonomi Dan Ketenteraan China Dalam Rantau Asia Pasifik(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Intan Suria HamzahSity DaudSejak dahulu lagi para sarjana antarabangsa telah meramalkan China akan bangkit sebagai salah satu kuasa besar dalam ekonomi politik antarabangsa. Berdasarkan potensi China untuk bangkit sebagai kuasa nombor dua dunia, kertas kerja ini akan membincangkan bentuk-bentuk potensi ancaman China melalui ekonomi dan ketenteraan yang boleh mengancam keselamatan rantau Asia Pasifik. Objektif utama kajian ini ialah mengkaji faktor-faktor kebangkitan China sebagai kuasa baru ekonomi dunia dan mengenalpasti potensi ancaman ketenteraan China terhadap keselamatan rantau Asia Pasifik. Kajian ini menggunakan konsep keselamatan insan dan dilema keselamatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa China sememangnya telah berjaya menjadi kuasa besar dalam ekonomi dunia selepas menganggotai WTO. Namun begitu, dalam perkembangan ekonomi politik antarabangsa masa kini menunjukkan China tidak menggugat sepenuhnya order antarabangsa yang sedia ada melalui ketenteraannya. China dilihat telah berusaha gigih menjalinkan kerjasama berteraskan semangat kejiranan dan hubungan ekonomi yang mapan dengan negara rantau Asia Pasifik dan Amerika Syarikat.