Browsing by Author "Suhailiza Md. Hamdani"
Now showing 1 - 8 of 8
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cadangan Model Integrasi Dalam Sesi Kaunseling Untuk Pasangan Beragama Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Dini Farhana Baharudin ;Marina Munira Abdul Mutalib ;Mohd. Zaliridzal Zakaria ;Suhailiza Md. Hamdani ;Melati SumariZuria MahmudSelaras dengan polisi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020 yang menumpukan kepada aspek ekonomi dan sosial,institusi perkahwinan dan keluarga perlu diperkukuhkan. Proses pembangunan yang pantas memberi tekanan dan cabaran kepada institusi kekeluargaan. Walaupun banyak usaha telah dilaksanakan bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan, masih kurang bukti yang menunjukkan keberkesanan usaha sedia ada. Kertas kerja ini bertujuan untuk menerangkan satu model yang berasaskan integrasi kaunseling konvensional dan pendekatan Islam untuk membantu pasangan Islam dalam kaunseling. Kajian ini akan melibatkan analisis teks Qut al Qulb karangan Abu Talib al-Makki dan kajian lepas tentang bahan-bahan daripada kedua-dua kaunseling konvensional dan Islam. Model ini menekankan tentang kepentingan intervensi kaunseling yang menggabungkan kedua dua elemen naqli dan aqli bagi menyokong klien orang Islam. Model ini berpotensi untuk menjadi panduan apabila berhadapan dengan pasangan beragama Islam. Adalah diharapkan kajian ini meningkatkan kesedaran untuk menambahbaik perkhidmatan kaunseling kepada pasangan Islam. Selain daripada itu, kajian ini juga diharap dapat meningkatkan kesejahteraan institusi kekeluargaan dan masyarakat amnya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hubungan Diplomatik Malaysia Dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Suhailiza Md. Hamdani ;Zulkiple Abd Ghani ;Khairunneezam Mohd.NoorMuhammad Khairi MahyuddinDiplomasi dan hubungan strategik adalah sebahagian daripada elemen yang signifikan dalam pengurusan Hal Ehwal Islam demi membantu meningkatkan fungsi sesuatu organisasi. Malaysia melalui JAKIM berperanan untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan negara-negara luar. Oleh itu, kertas kerja ini akan mengupas pengalaman pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia dalam memperkukuhkan hubungan diplomatik dengan negara majoriti dan minoriti muslim melalui pertubuhan-pertubuhan Islam di peringkat antarabangsa. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan menerusi analisis bahan sekunder, seperti artikel jurnal, buku dan kajian ilmiah bagi mendapatkan maklumat tentang diplomatik dan pengalaman JAKIM dalam melaksanakan hubungan diplomatik antarabangsa. Kajian mendapati bahawa hasil jalinan diplomasi Malaysia dengan pertubuhan-pertubuhan Islam di peringkat Antarabangsa telah membuahkan banyak manfaat dari pelbagai aspek yang mencakupi aspek kesihatan, kebajikan, keadilan, keselamatan dan kesejahteraan ummah sejagat. Kata kunci: Pengurusan, diplomasi, Hal Ehwal Islam, JAKIM - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kecerdasan Kerohanian Menurut Imam Said Hawwa Sebagai Pemangkin Kekuatan Jiwa Manusia Mengharungi Musibah Covid-19(Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM, 2020-11-04) ;Marina Munira Abdul Mutalib ;Yuseri Ahmad ;Dini Farhana BaharuddinSuhailiza Md. HamdaniPada awal tahun ini, dunia telah dilanda dengan satu wabak yang bersifat pandemik yang mengorbankan ratusan ribu umat manusia akibat dijangkiti virus COVID-19. Dalam kegawatan penyelidik mencari vaksin untuk virus ini, ramai sarjana tampil memperihalkan tentang bagaimana seharusnya umat Islam berhadapan dengan virus ini. Segenap manusia di seluruh dunia terkesan dengan wabak ini dan ia bukan hanya virus yang mendiami fizikal badan manusia tetapi ia juga melumpuhkan banyak sistem kehidupan manusia termasuklah aspek sosial, ekonomi, kekeluargaan, kerohanian dan sebagainya. Kajian ini akan mengupas sudut pandang kerohanian (spiritual) terutamanya dalam menghadapi musibah atau khususnya wabak COVID-19 bagi individu Islam yang beriman dengan ketentuan Allah iaitu Qada’ dan Qadar-Nya. Metod kajian ini menggunapakai kaedah analisis kandungan karya Sheikh Sa’id Hawwa iaitu Tarbiyatuna al-Ruhiyyah sebagai sampel kajian. Hasil kajian ini mendapati bahawa tingkah laku manusia sangat bersifat dinamik dan saling berkait rapat dengan nilai agama atau kerohanian seseorang. Niat seseorang dalam tingkah laku boleh diramalkan daripada sikap terhadap tingkah laku, norma-norma yang bersifat subjektif dan kawalan tingkah laku seseorang. Ia sangat membantu individu dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah semasa menghadapi pandemik COVID-19. Said Hawwa juga menjelaskan tentang domain kerohanian iaitu berpusat di hati dan domain-domain yang lain yang menyumbang kepada kecerdasan kerohanian yang mampu menjadi pertahanan bagi mereka yang menghadapi musibah terutama musibah COVID-19. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kefahaman Beragama Dan Proses Transformasi Hubungan Pasangan Dalam Perkahwinan(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2018) ;Dini Farhana Baharudin ;Suhailiza Md. Hamdani ;Marina Munira Abdul MutalibMohd Zaliridzal ZakariaKajian lepas menunjukkan perkaitan yang kuat antara aspek-aspek keagamaan dengan kesejahteraan dalam hubungan pasangan berkahwin. Walau bagaimanapun, masih kurang kajian yang meneroka tentang perkara ini dalam konteks Malaysia, khususnya dalam kalangan orang Islam. Kertas ini akan meneroka tentang kefahaman agama dengan proses transformasi dalam perkahwinan. Kefahaman agama dalam kajian ini mencakupi kepercayaan dan amalan keagamaan. Manakala, proses transformasi dalam perkahwinan pula merujuk kepada proses-proses yang berlaku dalam hubungan perkahwinan yang tidak memerlukan intervensi secara professional daripada luar, khususnya apabila berlakunya isu atau konflik dalam perkahwinan. Metodologi kajian adalah menggunakan pendekatan kualitatif. Sampel bermatlamat melibatkan lima pasangan Melayu beragama Islam yang usia perkahwinan mereka melebihi sepuluh tahun. Temubual berstruktur telah dijalankan dan dapatan menunjukkan kefahaman beragama iaitu kepercayaan dan amalan Islam adalah berkait dengan pengekalan hubungan sesuatu pasangan dalam perkahwinan. Dapatan ini menunjukkan kepentingan untuk menggunakan intervensi kaunseling perkahwinan yang mengintegrasikan ilmu naqli dan �aqli yang dapat membantu menyokong keperluan klien. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Media Sosial Baharu dan Impaknya Terhadap Dakwah Era Digital di Malaysia(Penerbit USIM, 2022) ;Mashitah Binti Sulaiman ;Mohd Nazir Bin Ahmad ;Anita IsmailSuhailiza Md. HamdaniPerkembangan pesat media baharu di Malaysia bermula dengan pengenalan internet, penubuhan Institut Sistem Microelectronics Malaysia atau Malaysian Institute of Microelectronics Systems (MIMOS) dikuti dengan pengenalan Koridoraya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (the High-Speed Broadband). Kemunculan media baharu pada masa kini dilihat sebagai satu wadah penting untuk berdakwah dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebanjiran media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter telah mewujudkan peluang baru dalam kalangan pendakwah disebabkan sifat kepantasannya dalam penyampaian maklumat. Di sebalik peluang yang luas menggunakan medium baharu ini, terdapat juga cabaran dalam penggunaan media baharu dalam konteks da’wah era digital. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengetahuan Dan Kefahaman Agama Dalam Kalangan Belia Melayu Di Lembah Kelang(Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor, 2018) ;Mashitah Sulaiman ;Mohd Azmir Mohd Nizah ;Mohd Nazir Ahmad ;Marina Munira Abdul Mutalib ;Roslizawati Mohd Ramly ;Khatijah OthmanSuhailiza Md. HamdaniPengetahuan dalam aspek keagamaan atau kerohanian (spiritual) merupakan elemen asas yang menentukan kefahaman dan komitmen seseorang terhadap agama. Hubungan antara agama dan kesejahteraan hidup juga telah dibuktikan memberi implikasi yang positif dalam kehidupan manusia berdasarkan beberapa kajian yang lepas. Kertas kerja ini bertujuan menganalisis pengetahuan asas agama Islam dalam kalangan belia Melayu bandar di Lembah Kelang sebagai pusat perkembangan Kebangkitan Semula Islam. Perbincangan turut menganalisis kefahaman agama yang membentuk pemikiran golongan generasi muda ini terhadap agama dan kehidupan kerohanian. Seramai 470 responden belia terlibat dalam kaji selidik ini yang diedarkan secara rawak mudah di sekitar Lembah Kelang meliputi Kuala Lumpur dan enam daerah di Selangor. Belia Melayu dikategorikan mengikut tiga kohot utama, iaitu 15-20 tahun, 21-25 tahun dan 26-40 tahun. Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan dan kefahaman golongan belia di kawasan bandar yang berada pada tahap tinggi pada sesetengah dimensi yang melambangkan manifestasi aspek pemikiran agama (religious thought) dan kepercayaan (religious belief) dalam keagamaan Islam (Islamic religiosity) mereka. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara tahap pendidikan dan pemikiran keagamaan Islam. Hal yang demikian menunjukkan bahawa tahap pendidikan dan pendedahan kepada aktiviti agama memberi kesan terhadap pemikiran keagamaan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Regulasi Emosi Mengikut Perspektif Islam: Kajian Berdasarkan Hadith Rasulullah S.A.W(Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM, 2020-11-04) ;Suhailiza Md. Hamdani ;Mashitah SulaimanRezeki Perdani SawaiRegulasi emosi adalah strategi yang dilakukan semasa sedar atau tidak untuk mempertahankan, menguat atau mengurangi satu atau lebih aspek dari respon emosi iaitu pengalaman emosi dan perilaku. Pelbagai bentuk emosi positif dan negatif timbul dalam setiap individu. Emosi memiliki bentuk yang berbeza yang terdiri daripada emosi berbentuk suka, sedih, marah, malu, takut dan sebagainya. Namun persoalannya bagaimana emosi tersebut perlu dikendalikan dan dikawal sepenuhnya supaya ia tidak memberi implikasi yang negatif kepada diri dan orang lain. Oleh itu, Kertas kerja ini akan membincangkan strategi regulasi emosi marah dan takut dari perspektif Islam melalui kupasan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah analisis kandungan teks hadith Rasulullah S.A.W. Data yang dikumpulkan akan dianalisis menggunakan analisis tematik iaitu yang berdasarkan tema tertentu yang dibina dalam kajian ini. Hasil kajian ini diharap dapat menjadi panduan dalam pengurusan emosi melalui pendekatan Islam dan bersesuaian dengan tuntutan syariat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Unearthing The Psycho-Spiritual Values Within The Training Module for Disaster Workers(USIM Press, 2020-12) ;Khatijah Othman ;Nik Nadian Nisa Nik Nazli ;Muhammad Khairi Mahyuddin ;Mashitah Sulaiman ;Suhailiza Md. Hamdani ;Yuseri Ahmad ;Marina Munira Abdul Mutalib ;Nurhafizah Mohd Sukor ;Zulfadhli HamzahNor Adila Syahira JusohGenerally, the training module for disaster workers has been built based on technical skills as to affirm that the disaster workers capable of responding to any situation that occurs. However, in particular situation the psycho-spirituality skill is needed to deal with an unexpected scenario. The importance to understand the value of psycho-spirituality is vital, especially to the trainer of the disaster module. This study has been conducted to the trainers of one of the disaster agencies in Malaysia. The interview has been conducted to six trainers whereby nine structured questions regarding the necessary skills taught to the disaster workers and the needs of psycho-spirituality skills to respond during the disaster. The finding shows that the trainers have a consensus agreement that the technical skills form as prior knowledge for the disaster workers. By having the psycho spiritual content in the training module, they can balance their emotional, internal spiritual and physical well-being while maintaining resilient. Thus, this study suggests that psycho-spiritual content is very much important to be included in the training module for disaster workers as to enhance the training content comprehensively both in technical and spiritual aspects.