Browsing by Author "Suhailiza Md. Hamdani"
Now showing 1 - 7 of 7
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Education as Moderator to Knowledge Consumers in Creating Awareness of Halal Food Consumption(Univ Utara Malaysia Press, 2018) ;Khatijah Othman ;Suhailiza Md. Hamdani ;Mashitah Sulaiman ;Roslizawati Mohd RamlyMarina Munira Abdul MutalibIt is imperative for the Muslim to observe the consumption according to Islamic teaching based on the Quran and Sunnah and according to the Islamic Fiqh. Education in terms of basic Islamic rules in regards to the Muslim food is very important especially to create awareness in determine the Halalness of the food consumed. Hence this study focusses on education as moderator towards knowledge and awareness of the Muslim consumers over their consumption of Halal food product. Data were collected from 162 respondents on a random sampling basis. Quantitative analysis was conducted using SEM AMOS version 22 in determining education as moderator to knowledge and awareness of Muslim consumers. The finding shows that the level of the education plays a significant role as moderator in strengthening the knowledge of Muslim consumer in utilizing Halal food product. It indicates that knowledge is positively significant related to awareness. However, the relationship of understanding related to awareness is not significant maybe due to the attitude and practices of the Muslim consumer themselves. The study shows that consumers' education moderates the relationship between knowledge and awareness. Hence the emphasis of relevance government sector and other Islamic institution to educate the society at large and Muslim consumers in specific is crucial as for them to get the benefit of education in increasing knowledge and awareness that comply with Shariah in food consumption. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Guest Editors: Dakwah, Islamic Management And Contemporary Issues(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Mohd Rosmizi Abd Rahman ;Abdul Rahim Zumrah ;Suhailiza Md. HamdaniKhadijah MudaThis special issue brings together thirteen selected articles of which nine of them were presented at International Conference on Da'wah and Islamic Management (IC-DAIM 2017) which was held on 31 October to 1 November 2017. The conference was organized by Dakwah and Islamic Management Program, Faculty of Leadership and Management, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Modul Integrasi Akidah dan Tazkiyyah Al-Nafs kepada Mualaf(Penerbit USIM, 2023) ;Suhailiza Md. Hamdani ;Khairi Mahyuddin ;Mashitah Sulaiman ;Nik Suhaida Nik Abd Majid ;Dini Farhana Baharudin ;Mohd Faridh Hafez Mhd OmarNur Kareelawati Abd KarimUsaha pengukuhan pendidikan Islam kepada mualaf giat dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang bertanggungjawab dalam hal kebajikan mualaf samaada di peringkat agensi kerajaan atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Berdasarkan kajian terdahulu, antara aspek yang perlu ditambahbaik dalam proses pengukuhan kefahaman agama Islam adalah pengukuhan dan penghayatan akidah. Oleh itu, modul ini dibangunkan untuk membantu pembimbing mualaf menerapkan kefahaman akidah yang sebenar dengan menyerapkan elemen penyucian jiwa(Tazkiyyah al-nafs). Modul ini bukan sahaja sesuai dijadikan panduan oleh para pembimbing mualaf, malah boleh dimanfaatkan oleh para pendakwah dan pengajar di dalam kelas-kelas pengajian agama Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Tazkiyyah Al-nafs Dalam Pengukuhan Akidah Mualaf(Universiti Sains Islam Malaysia, 2023) ;Suhailiza Md. Hamdani ;Khairi Mahyuddin ;Mashitah Sulaiman ;Nik Suhaida ;Dini Farhana Baharudin ;Faridh Hafiz OmarNur Kareelawati Abd. KarimPendidikan akidah yang komprehensif dapat membantu mengukuhkan kefahaman dan kepatuhan kepada agama Islam. Penghayatan kepada ajaran Islam secara keseluruhannya terhasil melalui keteguhan iman yang merupakan tunjang utama di dalam agama. Pengukuhan akidah melalui pelbagai pendekatan perlu diterap sedari awal kepada setiap muslim apatah lagi kepada mualaf bagi membendung penyelewengan akidah. Dalam pembinaan modul pengajaran akidah mualaf sedia ada, selain daripadamengetengahkan tajuk-tajuk yang bersangkutpaut denganketuhanan,kenabian, rukun-rukun Iman yang enam, masih kurang penekanan diberikan kepada elemen tazkiyyah al-nafs atau penyucian jiwa sedangkan ianya adalah sangat penting dalam proses pengukuhan akidah seorang muslim. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan tentang hubungan tazkiyyah al-nafs dan akidah. Selain itu, proses pengukuhan akidah melalui pendekatan tazkiyyah turut menjadi fokus perbincangan. Metodologi kajian adalah secara kepustakaan dengan merujuk kepada bahan-bahan penulisan para ulama’ dan cendiakawan Islam yang menekankan kepentingan dan peranan tazkiyyah al-nafs dan akidah. Kajian mendapati bahawa kaedah tazkiyyah al-nafs melalui amalan zikir dan doa yang khusus dan istiqamah sangat penting dan dapat membantu mengukuhkan pegangan akidah setiap muslim. Amalan zikir yang istiqamah akan melahirkan kekuatan spiritual yang menolak perkara-perkara maksiat dan mungkar serta mendorong jiwa sentiasa ke arah kebaikan dan ketaatan kepada Allah SWT. Kaedah pengajaran yang menerapkan elemen tazkiyyah al-nafs amat membantu menguatkan spiritual golongan mualaf supaya terus istiqamah dalam meneruskan ketaatan sebagai seorang muslim - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengamalan Komunikasi Dakwah kepada Orang Asli di Negeri Selangor(USIM Press, 2023) ;Abu Sofi Hasbullah ;Suhailiza Md. HamdaniEizan Azira Mat SharifBerdakwah kepada Orang Asli bukanlah sesuatu yang baru untuk para pendakwah di Malaysia. Pelbagai cara yang digunakan untuk memastikan ajaran Islam sampai kepada Orang Asli. Terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi oleh pendakwah seperti sukar menguasai bahasa Orang Asli dan kelemahan yang ditunjukkan oleh pendakwah itu sendiri. Maka kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti komunikasi dakwah yang digunakan oleh pendakwah kepada Orang Asli dan juga mengenalpasti halangan dan cabaran dakwah komunikasi yang dihadapi oleh pendakwah ketika berdakwah kepada Orang Asli. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Data diperolehi melalui temubual separa struktur dengan melibatkan seramai sembilan orang Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) di Negeri Selangor sebagai peserta kajian. Data disusun dan dikodkan mengikut tema dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan terdapat dua jenis komunikasi dakwah yang digunakan oleh pendakwah iaitu secara lisan dan bukan lisan. Pendekatan dakwah bil-hal mendapat respon yang baik dalam kalangan Orang Asli. Namun begitu, dakwah bil-qolam dan dakwah bil-lisan masih lagi relevan untuk digunakan kepada Orang Asli. Pendakwah lebih gemar gemar menggunakan dakwah bil-hal ketika berdakwah kepada Orang Asli seperti ziarah rumah Orang Asli dan membantu Orang Asli yang dalam kesukaran. Selain itu terdapat juga cabaran dan halangan yang dihadapi oleh para pendakwah seperti disihir oleh Orang Asli ketika berdakwah. Terdapat juga Orang Asli yang menggunakan rumah mereka untuk dijadikan gereja bagi menyebarkan fahaman Kristian kepada penduduk kampung. Namun, dengan adanya pelbagai bentuk metodologi dakwah, ia dilihat mampu melembutkan hati Orang Asli. Oleh itu, usaha dan kemahiran para pendakwah perlu diperkemaskan dari pelbagai aspek bagi memastikan kejayaan misi dakwah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengukuhan Pengajaran Aqidah Melalui Pendekatan Tazkiyyah al-Nafs dalam Kalangan Mualaf(Penerbit USIM, 2022) ;Suhailiza Md. Hamdani ;Khairi Mahyuddin ;Mashitah Sulaiman ;Nik Suhaida ;Dini Farhana Baharudin ;Faridh Hafiz OmarNur Kareelawati Abd. KarimPengajaran aqidah yang sistematik dapat membantu keberkesanan kefahaman mualaf dalam subjek aqidah. Kefahaman aqidah akan melahirkan kefahaman ibadah di mana rohani seseorang mualaf itu sudah lebih kukuh dalam menghayati Islam secara menyeluruh. Banyak usaha ke arah pemantapan aqidah mualaf yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mualaf, Namun tahap kefahaman aqidah dalam kalangan mereka masih belum memuaskan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji kandungan aqidah yang sesuai terhadap mualaf dan melihat kepentingan pendekatan tazkiyyah al-nafs dalam pembelajaran aqidah mualaf. Kajian mendapati bahawa kandungan aqidah perlu memenuhi kefahaman terhadap rukun Iman. Manakala pendekatan tazkiyyah al-nafs dalam pengajian aqidah melalui amalan zikir yang dicadangkan dapat mendidik dan mengawal tingkatan nafs dalam jiwa seorang muslim. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication A Philosophy Of Maqasid Shariah Underpinned Muslim Food Consumption And The Halalan Toyyiban Concept(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Khatijah Othman ;Suhailiza Md. Hamdani ;Mashitah Sulaiman ;Marina Munira MutalibRoslizawati RamlyReferring to the Halal product and consumption, there are three essential elements involved which are consumers, producers, and products. In food consumption, the concept of Halalan Toyyiban is specifically design for the Muslim through the revelation of the Quran and the practices of the Sunnah of the Prophet Muhammad SAW which took into account all three parties mentioned. While the Maqasid Shariah is to ensure the betterment of welfare of humankind and to protect from any harms that may occur. In this relation, no doubt the underlying philosophy of Maqasid Shariah underpinned the whole concept of Halalan Toyyiban for the advantage of the Ummah and to develop and portray the complete way of life in Islam. This conceptual paper intends to discuss on the philosophical underlie within the Maqasid Shariah that underpinned Muslim food consumption and the Halalan Toyyiban concept in Islam. The literature reviews were conducted through the library and website research. Scholars’ opinions had been analyzed based on the content analysis. Thus, Maqasid Shariah inhibits a great philosophy in the wholesomeness of protecting the welfare of human being thus strongly underpinned the Islamic consumerism and Halalan Toyyiban concept with focusing for the maslahah ‘ammah.