Browsing by Author "Suraiya binti Osman"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Fatwa Di Malaysia Berkaitan Penggunaan Atribut Islam Dalam Perniagaan(Penerbit USIM, 2022-12) ;Suraiya binti Osman ;Suhaimi Ab Rahman ;Yasmin Hanani Mohd SafianElistina Abu BakarMalaysia merupakan negara berbilang kaum yang mempunyai populasi Muslim sebagai majoriti. Menurut bancian pada tahun 2020, kira-kira 63.5 peratus daripada 32.4 juta populasi rakyat Malaysia adalah beragama Islam. Keadaan ini telah menarik para penggiat industri untuk menghasilkan produk halal yang pelbagai seterusnya meningkatkan persaingan di kalangan mereka. Pelbagai cara pemasaran telah digunakan bagi menarik perhatian pengguna termasuklah dengan menggunakan nama atau atribut Islam di dalam pemasaran produk halal tersebut. Timbul persoalan sama ada unsur-unsur Islam ini bebas digunakan tanpa sebarang kawalan oleh pihak berkuasa agama di Malaysia serta apa perspektif Islam tentang isu ini. Objektif kertas kerja ini adalah meneliti fatwa-fatwa yang sedia ada di Malaysia berkaitan dengan isu tersebut. Bagi menjawab persoalan ini, fatwa -fatwa sedia ada adalah dirujuk memandangkan Institusi Mufti memainkan peranan penting dalam membuat undang-undang berkaitan hal ehwal Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah keperpustakaan dengan meneliti himpunan fatwa-fatwa sedia ada sama ada yang telah digazetkan atau tidak. Terdapat kelompongan dari sudut fatwa yang dapat memberi jawapan khusus mengenai status penggunaan ini serta sejauh mana praktik ini dibenarkan. Oleh yang demikian, berdasarkan kaedah sadd az-zariah, bagi menjaga kesucian agama Islam, satu fatwa atau garis panduan adalah diperlukan bagi mengawal penggunaan atribut Islam dalam pemasaran produk halal.