Browsing by Author "Syaza Azhari,"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Mekanisma Pembersihan Air Mutanajjis Menurut Fiqah Dan Aplikasinya Dalam Rawatan Air Kumbahan Oleh Indah Water Konsortium: Ke Arah Mencapai Kelestarian Sumber Air(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, ;Yasmin Hanani Mohd. Safian ;Syaza Azhari, ;Hussein Azemi Abdullah Thaidi,Muhammad Abdul Rahman SevanathanAir mutanajjis merujuk kepada gabungan di antara komponen air mutlaq dan najis yang menyebabkan perubahan pada sifat-sifat asal air iaitu; warna, bau dan rasa. Dalam konteks semasa, air sisa kumbahan yang terdapat di Loji Rawatan Kumbahan [LRK] boleh dikategorikan sebagai mutanajjis disebabkan ia bercampur dengan najis seperti tinja dan air kencing manusia. Permasalahan kajian adalah mengenai status air kumbahan yang telah dirawat dengan teknologi moden sama ada boleh dikategorikan sebagai air mutlaq atau tidak. Kajian ini bertujuan mengenalpasti mekanisma pembersihan air mutanajjis menurut fiqah dan menganalisa secara perbandingan dengan amalan rawatan air kumbahan yang terdapat di LRK milik Indah Water Konsortium [IWK]. Selain itu, menilai efluen terawat dan kesannya terhadap hukum taharah dalam Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, dengan teknik kutipan data secara analisis dokumen dan pemerhatian di Loji Rawatan Kumbahan Serantau KL-Titiwangsa 2. Hasil kajian mendapati bahawa teknologi rawatan air kumbahan yang terdapat di LRK IWK telah mengaplikasi kesemua teknik pembersihan air mutanajjis yang disyorkan oleh fuqaha iaitu mukatsarah, nazh dan taghyir. Teknik-teknik tersebut mampu menukar status air daripada mutanajjis kepada mutlaq setelah ia memenuhi semua kriteria air mutlaq yang ditetapkan oleh fuqaha. Efluen terawat ini telah menyokong Matlamat ke-6 dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu air bersih dan sanitasi. Kata kunci: Air mutanajjis, taharah, air kumbahan, Indah Water Konsortium, Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)