Browsing by Author "Syed Najihuddin bin Syed Hassan3"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran di Era Pra dan Pasca Endemik di Sekitar Selangor(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Ain Syazwani binti Mohd Akdi ;Nurulhusna binti SuhaimiSyed Najihuddin bin Syed Hassan3Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Tujuan kajian ini adalah untuk menerangkan sejarah pengajaran al-Quran di zaman Rasulullah serta titik perkembangan dakwah para sahabat. Di samping itu, menjelaskan beberapa isu berkait yang timbul di era pra dan pasca endemik. Seperti yang sedia maklum, tempoh pandemik telah memberi peluang dan menjadi asbab kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang dengan begitu pesat bagi melancarkan urusan kerja pengguna termasuklah orang awam, pelajar sekolah serta mahasiswa universiti di serata dunia. Sebagai contoh, aplikasi Microsoft Teams, Zoom, Google Meet dan sebagainya. Kaedah yang digunakan ialah kajian perpustakaan dan temu bual. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat penting bagi pembelajaran dan pengajaran di era endemik ini. Secara tuntas, pengunaan ict sangat membantu khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Oleh hal yang demikian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) haruslah digunakan secara maksima terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran di era pra dan pasca endemik.