Browsing by Author "Syeliza Basri"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Atas Talian Menjadi Norma Baharu Membantu Penggiat Industri Pelancongan Domestik di Malaysia(Penerbit USIM, 2024) ;Syeliza Basri ;Hizral Tazzif HishamRoslee AhmadKajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan transformasi digital dan norma baharu kepada penggiat industri pelancongan dan kebudayaan ketika mendepani cabaran penularan pandemik Covid-19. Kajian ini menggunakan kerangka teori yang digunakan Technology Acceptance Model (TAM) meliputi 206 responden penggiat industri pelancongan domestik di seluruh Malaysia. Responden dari pelbagai latar belakang dan negeri diminta melengkapkan borang soal selidik dan analisis deskriptif serta analisis kebolehpercayaan untuk meneliti sama ada transformasi digital membantu mereka dalam promosi perniagaan pelancongan selepas Covid19. Justeru, survey keratan rentas digunakan untuk mengutip data. Persoalan kajian yang jelas dan khusus dirangka untuk meneliti sekiranya perubahan trend dalam perniagaan dilaksanakan oleh penggiat industri pelancongan, dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan ekonomi atau apakah mereka berputus asa dan mengambil keputusan tidak bernas dalam keadaan yang tidak menentu ketika itu. Penyelidik juga berharap dapat mengenalpasti strategi komunikasi efektif yang mereka gunakan dan sekiranya pendekatan itu dapat membantu memulihkan segera ekonomi negara dan pendapatan mereka. Hasil dapatan data mendapati bahawa penggunaan platform digital terbukti membantu para penggiat industri pelancongan untuk bangkit semula, setelah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dan mereka boleh bergantung kepada platform ini sekiranya berlaku krisis di masa depan. Hasil daripada kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan kepada penggiat industri pelancongan dan pihak Kerajaan juga, dalam mencapai matlamat untuk memulihkan perniagaan masing-masing serta ekonomi negara menerusi sektor pelancongan dan kebudayaan. Secara kesimpulannya, hasil kajian ini boleh menjadi panduan untuk memperbaiki dasar, pendekatan mahupun strategi perniagaan baru dalam norma baharu. Ia juga boleh menjadi rujukan untuk mempersiapkan industri sekiranya berlaku krisis lain di masa hadapan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Transformasi Digital dan Norma Baharu dalam Membantu Penggiat Industri Pelancongan Domestik di Malaysia(Faculty of Leadership & Management, 2024) ;Syeliza Basri ;Hizral Tazzif HishamRoslee AhmadKajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan transformasi digital dan norma baharu kepada penggiat industri pelancongan dan kebudayaan ketika mendepani cabaran penularan pandemic Covid-19. Kajian ini menggunakan kerangka teori yang digunakan Technology Acceptance Model (TAM) meliputi 206 responden penggiat industri pelancongan domestik di seluruh Malaysia. Responden dari pelbagai latar belakang dan negeri diminta melengkapkan borang soal selidik dan analisis deskriptif serta analisis kebolehpercayaan untuk meneliti sama ada transformasi digital membantu mereka dalam promosi perniagaan pelancongan selepas Covid19. Justeru, survey keratan rentas digunakan untuk mengutip data. Persoalan kajian yang jelas dan khusus dirangka untuk meneliti sekiranya perubahan trend dalam perniagaan dilaksanakan oleh penggiat industry pelancongan, dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan ekonomi atau apakah mereka berputus asa dan mengambil keputusan tidak bernas dalam keadaan yang tidak menentu ketika itu. Penyelidik juga berharap dapat mengenalpasti strategi komunikasi efektif yang mereka gunakan dan sekiranya pendekatan itu dapat membantu memulihkan segera ekonomi negara dan pendapatan mereka. Hasil dapatan data mendapati bahawa penggunaan platform digital terbukti membantu para penggiat industry pelancongan untuk bangkit semula, setelah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dan mereka boleh bergantung kepada platform ini sekiranya berlaku krisis di masa depan. Hasil daripada kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan kepada penggiat industri pelancongan dan pihak Kerajaan juga, dalam mencapai matlamat untuk memulihkan perniagaan masing-masing serta ekonomi negara menerusi sektor pelancongan dan kebudayaan. Secara kesimpulannya, hasil kajian ini boleh menjadi panduan untuk memperbaiki dasar, pendekatan mahupun strategi perniagaan baru dalam norma baharu. Ia juga boleh menjadi rujukan untuk mempersiapkan industri sekiranya berlaku krisis lain di masa hadapan.