Browsing by Author "Uswatun Nurrahmah Binti Noorhassanah"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemupukan STEM Dalam Kalangan Pelajar Luar Bandar(Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM, 2021) ;Sabariah Sharif ;Muralindran Mariappan ;Rosy Talin ;Soon Singh Bikar Singh ;Uswatun Nurrahmah Binti Noorhassanah ;Rachel Ingkee MartinPrescylla Kristyn KiokPengenalan- Perkembangan dunia yang mula berpaksikan Revolusi Industri 4.0 telah banyak memberi impak kepada bidang pendidikan yang turut terpengaruh dalam mengadaptasikan ICT dalam kurikulum. Trend terkini yang semakin kerap dibincangkan dalam pendidikan ialah gamifikasi dalam pendidikan dengan menggunakan elemen robotik. Di Malaysia, terdapat hanya sebilangan kajian yang membincangkan mengenai penggunaan robotik dalam pendidikan dan impaknya kepada pelajar terutamanya pada peringkat sekolah rendah. Adalah sangat penting untuk memahami peranan gamifikasi dengan robotik terhadap sikap dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran kerana penggunaan robotik atau gamifikasi mempunyai potensi untuk memupuk minat pelajar dalam bidang STEM. Objektif – Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan sejauh mana pendedahan teknologi dalam bidang pendidikan dapat memupuk minat STEM dalam kalangan pelajar luar bandar. Methodologi – Kajian ini menfokuskan projek-projek minimalis robotik yang pernah dianjur dan disertai oleh CERA sebagai model dalam menyumbang kearah pembangunan modul berasaskan STEM. Dapatan – Hasil dapatan terbukti bahawa penganjuran program yang berasaskan inovasi dan teknologi mampu memberi kesan yang positif; misalnya dari aspek persepsi pelajar, perkongsian ilmu antara guru-guru dan penggalakkan aktiviti berkolaborasi berasaskan STEM dalam sesebuah komuniti. Kepentingan – Dapatan kajian dalam kertas kerja ini dilihat dapat memberi panduan kepada pihak sekolah dan universiti untuk membuat perancangan program berasaskan STEM yang berkesan di sekolah atau universiti masing-masing untuk memupuk nilai-nilai STEM dalam kalangan pelajar.11 123