Browsing by Author "Wahid, H."
Now showing 1 - 12 of 12
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Faktor Penentu Kualiti Pengurusan Zakat: Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (Lzs) di Sepang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Abd Rashid, M. ;Wahid, H.Ahmad, S.Kualiti perkhidmatan adalah satu elemen penting dalam menilai keupayaan institusi untuk memenuhi matlamatnya. Objektif kertas ini adalah untuk melihat faktor yang dijangka mempengaruhi kualiti perkhidmatan institusi zakat khususnya di daerah Sepang dengan menggunakan model SERVQUAL yang mempunyai lima faktor iaitu kebolehpercayaan, bertindak balas, jaminan, empati dan kewujudan. Sejumlah 103 responden yang terdiri daripada usahawan muslim telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan beberapa ujian termasuklah analisis tinjauan faktor (EFA) dan analisis regresi logistik. Dapatan kajian menunjukkan faktor empati dan kewujudan adalah signifikan dan mempengaruhi kualiti perkhidmatan LZS dalam model yang dikaji. Beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Konsep Wakalah dalam Pembayaran Zakat Simpanan: Kajian di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Sharif, N.Wahid, H.Zakat telah memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan sosio ekonomi umat Islam untuk memastikan kesaksamaan serta mengurangkan jurang agihan pendapatan dan kekayaan dalam kalangan rakyat di dalam sesebuah negara. Sumbangan zakat simpanan daripada jumlah keseluruhan kutipan zakat dilihat masih lagi secara relatifnya kecil berbanding kutipan zakat pendapatan. Kepentingan membayar zakat terutamanya zakat simpanan telah lama diwar-warkan dan pelbagai program telah dijalankan oleh pihak yang berwajib bagi memastikan golongan yang mampu menjalankan tanggungjawab mereka dengan membayar zakat. Dalam menyediakan produk patuh syariah Bank Islam telah berkerjasama dengan pihak zakat bagi membantu meningkatkan jumlah kutipan zakat simpanan. Persoalan kajian ialah sejauhmanakah institusi perbankan Islam boleh berperanan membantu pihak institusi zakat meningkatkan jumlah kutipan zakat ke atas simpanan. Kajian ini adalah penting kerana tidak banyak kajian yang berkaitan dengan aspek perbankan Islam yang turut sama berperanan meningkatkan jumlah kutipan zakat ke atas simpanan. Objektif kajian ini dilakukan untuk melihat mekanisme yang telah dilancarkan oleh pihak BIMB bagi membayar zakat simpanan dan pelaburan bagi pihak pendeposit mereka menggunakan konsep wakalah di antara pelanggan dan bank. Kajian ini merujuk kepada beberapa laporan Bank Islam dan laporan yang tidak diterbitkan untuk meneliti aspek tersebut. Kajian ini mendapati telah wujud satu mekanisme yang komprehensif peranan BIMB dalam bertindak sebagai wakil (al-wakil) dalam membayarkan zakat ke atas simpanan bagi pihak pelanggan (al-mutawakkil). Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dijelaskan dalam kajian ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan dan Peranan Medium Promosi:Kajian di Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cawangan Kajang, Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Mohd Razali, M. S. A.Wahid, H.Zakat Fitrah adalah sesuatu ibadah wajib yang akan dilakukan oleh setiap umat Islam apabila menjelmanya bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh muslim seluruh dunia, iaitu Bulan Ramadan. Pada bulan ini juga merupakan bulan puncak bagi semua amil-amil zakat yang dilantik bagi menyempurnakan ibadah zakat mereka, tidak terkecuali para amil yang berkhidmat di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Pada tahun 2018, LZS memperkenalkan satu kempen yang dijelmakan sebagai Galakan Bayaran Zakat Fitrah Mengikut harga beras yang dimakan. Justeru kajian ini dijalankan bagi memperlihatkan keberkesanan kempen galakan berikut, tumpuannya menjurus kepada pembayar zakat fitrah yang membayar zakat fitrah di cawangan. Cawangan yang dipilih menjadi sampel kajian adalah di cawangan Kajang dan 110 responden dipilih secara rawak dan data dianalisis menggunakan pendekatan diskriptif. Hasil kajian ini mendapati majoriti responden memilih menurut galakan yang dicadangkan oleh pihak LZS berdasarkan jenis dan harga beras yang dimakan oleh responden. Kempen ini dianggap berjaya namun pendekatan promosi perlu ditingkatkan untuk memberi kesedaran kepada pembayar zakat fitrah terutama di Selangor. Beberapa implikasi dasar juga turut dibincangkan dalam kajian ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cadangan Bantuan Zakat Asnaf Al-Riqab Terhadap Banduan Melalui Latihan Vokasional di Penjara: Kajian di Penjara Wanita Kajang, Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Ishak, K. ;Dawi Cahyono, I. M. ;Wahid, H.Ahmad, S.Program pemulihan di penjara yang melibatkan program vokasional dijangka dapat mengubah sikap banduan ke arah yang lebih positif dan menarik minat mereka untuk menjadi usahawan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bantuan modal zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada banduan melalui program latihan vokasional di penjara dan juga kepada bekas banduan yang berminat menjadi usahawan setelah keluar daripada penjara. Justeru kajian ini akan mengkaji sejauh manakah banduan ini telah berubah sikap setelah menjalani latihan di penjara dan memungkinkan mereka mendapat bantuan modal zakat dan pemantauan secara berterusan untuk menjadi usahawan yang baik setelah dibebaskan. Kajian memfokuskan kepada banduan dalam dua jenis bengkel vokasional iaitu (1) bengkel amanah (banduan mahir) dan (2) bengkel perusahaan (banduan pelatih) di penjara. Data kajian berdasarkan responden seramai 68 responden yang mewakili 152 orang jumlah keseluruhan peserta bengkel vokasional dari Penjara Wanita Kajang Selangor termasuklah pandangan daripada seorang pegawai penjara di Seksyen Vokasional dan Industri. Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis faktor untuk membentuk beberapa konstruk serta analisis varian. Hasil kajian mendapati wujud perubahan sikap yang positif di dalam diri tahanan dan kajian juga mendapati majoriti responden daripada bengkel Amanah amat berminat untuk membuka perniagaan sendiri dengan bantuan modal zakat dan mengharapkan bimbingan berterusan daripada pihak LZS. Kajian ini dilihat amat bermanfaat kepada LZS di dalam mempelbagaikan bentuk pengagihan dana zakat dan secara tidak langsung mengharapkan keberkatan zakat terhadap proses mendidik jiwa golongan ini menjadi insan yang lebih berguna, amanah dan bertanggungjawab serta dapat meneruskan kehidupan disamping menyesuaikan diri dengan masyarakat. Beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cadangan Mewujudkan Logo Pengiktirafan Zakat Perniagaan: Kajian Terhadap Usahawan Muslim di Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Adenan, F. ;Abd Rahghni, S. A. ;Wahid, H.Ahmad, S.Kesedaran membayar zakat perniagaan dalam kalangan usahawan Muslim di Selangor masih lagi rendah. Malah kajian ini mendapati sumbangan kutipan zakat perniagaan juga masih lagi rendah berbanding pembayaran zakat pendapatan di Selangor. Fenomena ini sebenarnya akan mengurangkan ruang dan potensi pengagihan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang lebih menyeluruh dan adil. Persoalannya adakah isu ini dapat diatasi oleh pihak LZS dengan memperkenalkan satu bentuk anugerah kepatuhan membayar zakat perniagaan dalam bentuk logo tertentu. Sudah pastilah penganugerahan logo ini sebagai satu pengiktirafan kepada organisasi yang patuh membayar zakat perniagaan secara konsisten dan telah menjalankan tanggungjawab sosial syarikat (CSR). Logo ini sebenarnya merupakan satu bentuk imej korporat yang baik kepada sesebuah organisasi yang berkemungkinan menjadi satu bentuk medium pemasaran produk kepada masyarakat dan akhirnya akan mendapat keuntungan ekonomi. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan cadangan pengenalan logo ini terhadap kemungkinan usahawan tersebut membayar zakat perniagaan. Kajian ini juga turut menguji beberapa pemboleh ubah yang lain yang mempengaruhi kepatuhan membayar zakat perniagaan termasuklah faktor sikap usahawan, imej korporat, serta faktor untung ekonomi. Kajian menemu bual seramai 210 responden usahawan Muslim di daerah Klang dan daerah Petaling, Selangor. Satu model kepatuhan pembayaran zakat perniagaan dibina dengan memasukkan pemboleh ubah logo kepatuhan membayar zakat. Hasil kajian mendapati kesedaran membayar zakat perniagaan masih lagi rendah namun sekiranya pengenalan logo kepatuhan membayar zakat ini diperkenalkan oleh LZS, kajian mendapati kemungkinan berlaku peningkatan dalam pembayaran zakat korporat. Kajian mendapati cadangan-cadangan mewujudkan logo ini mendapati reaksi yang positif dan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembentukan identiti serta imej CSR sesebuah organisasi atau syarikat. Beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cadangan Penyetaraan Ukuran Nisab Zakat Emas Perhiasan di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Rosele, M. N. ;Mohd Noor, M. A.Wahid, H.Zakat terhadap emas sama ada dalam bentuk simpanan atau perhiasan merupakan salah satu daripada jenis-jenis zakat yang diwajibkan. Namun disebabkan harga emas yang� lazimnya sedikit berbeza mengikut negeri, kadar zakat terhadap emas perhiasan juga didapati berbeza nilainya. Bahkan perbezaan ini bukan sahaja disebabkan perbezaan harga emas semasa bahkan kaedah pengukuran kadar nisab zakat emas perhiasan yang berbeza diamalkan di sebahagian negeri-negeri di Malaysia. Terdapat negeri yang mengambil kira nilai uruf emas perhiasan dalam menentukan nisab emas perhiasan manakala yang lainnya tidak mengambil kira nilai uruf.� Justeru, kertas ini cuba menganalisis kesan perbezaan pengukuran ini di beberapa negeri terpilih seperti Pulau Pinang, Selangor, Pahang dan Melaka. Kajian mendapati bagi negeri yang mengambil kira nilai uruf dalam pengiraan nisab zakat emas perhiasan, kadar zakat yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding negeri yang tidak mengambil kira uruf. Kajian ini juga mencadangkan penyetaraan kiraan zakat emas perhiasan dibuat di seluruh negeri bagi melancarkan kutipan zakat emas perhiasan serta mengelakkan zakat emas perhiasan dibayar di negeri yang bukan tempat pembayar bermastautin - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Mangsa Banjir Sebagai Penerima Zakat dan Cadangan Pengaplikasiannya di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Siti Fariza M.F. ;Azman A.R ;Ahmad, S.Wahid, H.Pada 24 Disember 2014, bencana banjir telah melanda Malaysia khususnya di kawasan Pantai Timur yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit dan mengorbankan banyak nyawa. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah negeri Kelantan, yang melibatkan jumlah mangsa banjir di sembilan jajahan seramai 34,955 orang mangsa. Mereka yang terlibat dengan bencana banjir kehilangan harta seperti tempat kediaman, kenderaan, ladang punca pendapatan dan peralatan asas untuk menjalani kehidupan. Keadaan yang dialami oleh mereka tidak terlepas daripada mata-mata masyarakat yang prihatin untuk menyalurkan bantuan. Timbul persoalan tentang kedudukan mangsa banjir sebagai asnaf yang berhak menerima zakat. Justeru, kajian ini akan menilai kedudukan mangsa banjir sebagai penerima zakat. Kajian ini juga akan mencadangakan skim bantuan yang sesuai untuk diberikan kepada mangsa banjir sekiranya mereka berhak menerima zakat. Hasil kajian mendapati mangsa banjir layak menerima bantuan zakat di bawah kategori asnaf al-gharimin menepati syarat sebagai penerima zakat. Skim bantuan yang dicadangkan adalah bantuan berbentuk keperluan asasi seperti skim bantuan tempat tinggal, makanan dan pakaian. Implikasi kajian memberikan garis panduan kepada institusi zakat dalam menyediakan bantuan kepada mangsa banjir. Kajian lanjutan boleh dilakukan dalam mengenalpasti keberkesanan skim bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepatuhan Membayar Zakat Fitrah: Analisis Kutipan dan Ketirisan Pembayaran Zakat Fitrah di Terengganu(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Mohd Tahir, S. S. ;Wahid, H.Ahmad, S.Jumlah kutipan zakat di negeri Terengganu menunjukkan peningkatan yang besar setiap tahun, namun wujudkah pengurangan ketirisan pembayaran zakat fitrah di negeri Terengganu setiap tahun. Justeru itu, pengenalan tiga kadar zakat fitrah di negeri Terengganu diandaikan akan mengurangkan jumlah ketirisan memandangkan pembayar mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran melalui tiga kadar bayaran yang berbeza. Lantaran itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis jumlah ketirisan kutipan zakat fitrah di Terengganu. Dengan menggunakan data kadar zakat fitrah, jumlah kutipan zakat fitrah dan jumlah� penduduk Islam di negeri Terengganu, kajian mendapati ketirisan tidak berlaku pada kadar zakat minimum sebaliknya berlaku ketirisan pada kadar zakat pertengahan dan maksimum. Ketirisan yang wujud bukan disebabkan oleh pelaksanaan tiga kadar zakat, sebaliknya disebabkan oleh, kemungkinan berlaku ketidakpercayaan individu untuk membuat pembayaran kepada institusi formal. Justeru itu, wujud persoalan sejauh mana keberkesanan pelaksanaan tiga kadar� zakat fitrah sedangkan peratusan ketirisan yang wujud semakin meningkat setiap tahun kecuali pada kadar zakat minimum. Individu lebih tertumpu kepada satu kadar zakat fitrah iaitu kadar minimum berbanding kadar zakat pertengahan dan maksimum. Oleh itu, kajian mengenai kefahaman serta kepatuhan masyarakat tentang������� pembayaran zakat fitrah mengikut tiga kadar perlu dijalankan agar segala masalah yang wujud dapat diatasi dengan mudah. Pihak institusi zakat juga perlu meletakkan syarat-syarat kelayakan berdasarkan kadar ke atas individu bagi membolehkan mereka membuat pembayaran mengikut kadar yang sesuai dengan kelayakan diri mereka berdasarkan beras yang dimakan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesan Bantuan Zakat Terhadap Kualiti Hidup: Kajian Kes Asnaf Fakir dan Miskin(Universiti Sains Islam Malaysia, 2004) ;Wahid, H. ;Ahmad, S.Mohd Noor, M. A.Kajian ini menjelaskan kesan bantuan zakat oleh pihak institusi zakat terhadap kualiti hidup asnaf fakir dan miskin dengan menggunakan data primer melalui soal selidik di daerah Jerantut, Pahang, daerah Taiping Perak dan daerah Sandakan, Sabah. Kajian ini menganggar kebarangkalian perasaan penerima zakat iaitu sama ada mereka berpuas hati atau tidak dengan kualiti hidup mereka kesan daripada penerimaan zakat dengan menggunakan model logit. Hasil kajian mendapati bantuan zakat memberi kesan yang siginifikan kepada kualiti hidup golongan miskin terutamanya aspek pendidikan dan penyertaan sosial. Beberapa implikasi penting dicadangkan dalam kaiian ini untuk memastikan kualiti hidup golongan miskin tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan negara. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Lokalisasi Tadbir Urus Zakat di Masjid: Kajian di Bandar Baru Bangi Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Ismail, N. ;Ahmad, S.Wahid, H.Pada masa kini terdapat hampir setiap daerah mempunyai pejabat zakat yang diuruskan oleh institusi zakat. Namun begitu perlaksanaan kaedah ni masih menimbulkan perdebatan dalam kalangan ahli akademik berkenaan sejauhmanakah ia dapat menyelesaikan masalah permohonan dan penerimaan dana zakat kepada asnaf yang akhirnya dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan zakat. Ini kerana terdapat beberapa kajian lepas yang telah mencadangkan peranan masjid dalam menguruskan zakat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi masyarakat Islam terhadap cadangan melokalisasikan pejabat zakat di masjid di Bandar Baru Bangi. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metod kuantitatif untuk menganalisis persepsi responden terhadap isu lokalisasi pejabat zakat di masjid serta mengkaji peranan masjid sebagai tempat utama dalam mengagihkan zakat. Hasil kajian juga menunjukkan, majoriti masyarakat setempat bersetuju melokalisasikan pejabat zakat di masjid. Hasil kajian juga mendapati terdapat dua faktor utama persetujuan ini. Pertamanya ialah lokasi masjid yang strategik dan mudah untuk diakses oleh masyarakat dan keduanya, masjid sebagai tempat aktiviti utama umat Islam. Akhirnya beberapa cadangan dan implikasi polisi turut dicadangkan dalam kajian ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Lokalisasi Unit Zakat Institusi Pengajian Tinggi Sebagai Model One Stop Center Agihan Zakat Pendidikan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Jalil, M. R. ;Wahid, H.Ahmad, S.Isu desentralisasi kuasa serta lokalisasi pentadbiran zakat adalah penting dalam meningkatkan keefisienan pengagihan zakat di Malaysia. Kajian ini didorong oleh satu hipotesis dimana perlaksanaan lokalisasi pentadbiran agihan zakat dijangkakan mampu memberikan impak yang signifikan dan positif sebagai "One Stop Center" kepada pelajar asnaf fakir miskin. Kajian ini berupaya menyelesaikan masalah serta mengenal pasti keperluan pelajar selari dengan prinsip agihan zakat yang telah digariskan iaitu isti'ab, ikhtisas, hak, muraqabah, al-kifayah dan fauran. Persoalannya adakah konsep ini diterima dengan baik oleh penerima perkhidmatan zakat iaitu para pelajar yang digolongkan sebagai asnaf terutamanya dalam aspek pendidikan dan pembangunan modal insan yang merupakan elemen penting dalam kategori asnaf fisabilillah. Justeru kajian ini bertujuan mencadangkan satu model pentadbiran pengagihan zakat di institusi pengajian tinggi (IPT) yang berasaskan konsep lokalisasi serta konsep disentralisasi kuasa dalam aspek kutipan dan agihan zakat. Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak berstrata melibatkan responden para pelajar yang menerima bantuan pendidikan di bawah kategori asnaf fakir dan miskin zakat di Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju dan menerima konsep ini dilaksanakan di institusi pendidikan. Beberapa implikasi dasar serta cadangan turut dibincangkan dalam kajian ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan dan Peranan Amil Kariah: Satu Kajian di Daerah Hulu Langat, Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Abdul Rahman, S. N.Wahid, H.Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Zakat fitrah pula adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim. Kadar zakat fitrah yang ditetapkan oleh negeri Selangor ialah RM7 bagi satu kepala. Walaupun demikian, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengadakan kempen galakan Jom Bayar Zakat Fitrah Ikut Harga Beras Yang Dimakan yang bertujuan untuk memastikan individu Muslim di negeri Selangor membayar zakat fitrah berdasarkan status ekonomi mereka yang diukur berdasarkan beras yang dimakan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesedaran pembayar zakat di negeri Selangor terhadap kempen galakan tersebut, medium penyampaian kempen tersebut dan sambutan masyarakat dalam melaksanakannya. Selain itu, kajian ini juga turut mengkaji faktor-faktor yang mendorong masyarakat Muslim membayar zakat fitrah termasuklah peranan amil kariah zakat fitrah dalam menjayakan kempen galakan tersebut. Kajian ini menumpukan kepada responden masyarakat Muslim di daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini tertumpu kepada responden yang menunaikan solat secara berjemaah di masjid. Hasil kajian mendapati majoriti responden membayar zakat fitrah pada kadar RM7 bagi satu kepala mengikut beras yang dimakan iaitu beras "Super Special Tempatan". Kajian ini juga mendapati majoriti responden mendengar kempen galakan tersebut melalui medium khutbah Jumaat dan ceramah di masjid serta mereka juga bersetuju peranan amil kariah zakat fitrah dalam menyampaikan kempen galakan tersebut. Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dibincangkan dalam kajian ini.