Browsing by Author "Walid Said"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Quran: Kitab Pembangunan Sinergi Umat Manusia Sejagat(Penerbit USIM, 2023) ;Nidzamuddin Zakaria ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed HassanWalid SaidKertas kerja ini membahaskan tentang takrifan, kedudukan dan peranan al-Quran sebagai rujukan dan panduan kehidupan dunia dan akhirat. Ciri-ciri keunggulan dan kemuliaan kitab suci al-Quran bersumberkan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah dikemukakan dalam perbahasan topik yang dikemukakan. Di samping itu, peranan dan fungsi kitab suci al-Quran sebagai sinergi pemangkin pembangunan umat sejagat dalam menjalani kehidupan kita di dunia dan meraih kesenangan abadi di negeri akhirat nanti. Untuk itu, metod tadabur dan aplikasi kitab al-Quran ini perlu dijadikan amalan dalam usaha membumikan kurikulum langit ini sebagai way of life yang efisyen dan tuntas. Peminggiran kitab suci al-Quran daripada kehidupan dan ketamadunan insan akan mengakibatkan kemunduran jiwa dan iman serta kehinaan berkekalan dalam kehidupan. Usaha penghayatan al-Quran ini tidak akan berjaya melainkan perkara ini berlangsung secara komited dan konsisten dalam proses pendidikan yang holistik, teratur dan bersepadu demi mencapai Khaira Ummat atau kecemerlangan umat manusia sejagat.