Browsing by Author "Wan Mohd Akmal Jayati"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Membangunkan Sistem Pengudaraan Mekanikal Smart Vehicle Ventilation (SVV) Pada Kenderaan Berasaskan IOT(Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM, 2021) ;Mohd Bekri Rahim ;Wan Mohd Akmal Jayati ;Faizal Amin Nur Yunus ;Khairul Anuar Abdul Rahman ;Nizamuddin RazaliKhairul Fahmi AliPengenalan- Pengguna kenderaan mempunyai risiko terhadap strok haba yang boleh membunuh jika tidak mempunyai pengudaraan yang baik. Menjadi masalah apabila pemandu meninggalkan kenderaan mereka yang parkir terus di bawah matahari memberi potensi besar memerangkap haba yang tinggi. Objektif – Objektif kajian adalah menghasilkan sistem pengudaraan mekanikal yang digunakan pada kenderaan dan boleh dikawal menggunakan IoT bagi menyingkirkan haba yang terperangkap di dalam kenderaan ketika diparkir bawah radiasi matahari. Methodologi – Pembangunan sistem ini berdasarkan model ADDIE yang mengandungi lima elemen utama iaitu Analisis (Analysis), Reka Bentuk (Design), Pembangunan (Development), Perlaksanaan (Implementation), dan Penilaian (Evaluation). Dapatan – Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan sistem pengudaraan ini, proses penyingkiran haba di dalam kabin kenderaan dapat ditingkatkan sehingga maksima 16.7% dan minimum 7.0%. Pemasangan sistem pengudaraan ini dianggap sebagai kaedah yang menpunyai kos rendah, mesra alam serta cekap tenaga kerana untuk menyingkirkan haba di dalam kenderaan. Berdasarkan ulasan dan cadangan pakar, penambahbaikkan terhadap kajian ini adalah menggunakan CFM yang betul berdasarkan saiz kabin dan reka bentuk produk yang bersesuaian dengan ruang di dalam kenderaan. Kepentingan – Pembangunan produk ini dapat mengelakkan pengguna kenderaan menghidapi strok haba. Ini kerana suhu yang terperangkap dalam kereta boleh melebihi 48℃. Malahan itu juga, suhu badan yang melebihi 40℃ juga memberikan risiko yang untuk menghidapi strok haba.