Browsing by Author "Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Mohd Razali"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Memahami Aspek Penghinaan Terhadap Agama Islam Di Malaysia(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-26) ;Roslizawati Mohd Ramly ;Marina Munira Abd Mutalib ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Mohd Razali ;Nurhafizah Mohd Shukor ;Mohd Rosmizi Abd Rahman ;Eizan Azira Mat Sharif ;Muhamad Zaki MustafaIzzudin Mohd HarisIsu penghinaan agama Islam di Malaysia terutamanya di media sosial masih tidak dapat ditangani dengan sebaiknya melalui sistem perundangan sedia ada. Sehingga ke hari ini masih berlaku perbuatan mencerca, menghina dan merendahkan martabat agama Islam di negara ini. Melihat kepada situasi semasa maka satu langkah pencegahan perlu diambil bagi menangani isu ini. Untuk tujuan tersebut kajian ini telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menyebakkan berlakunya penghinaan agama Islam di Malaysia. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif, di mana data diperolehi melalui analsis teks (textual analysis) dan temu bual mendalam (in-depth interview). Para informan dipilih dari kalangan individu yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan untuk menjelaskan isu dan permasalahan kajian ini. Data temu bual telah ditranskip dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai aspek dan konteks berlakunya penghinaan agama yang secara asasnya saling berkait rapat. Oleh itu, pendekatan pencegahan perlu dimulakan daripada aspek pendidikan dan da’wah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Pemimpin Terhadap Punca Penghinaan Agama Islam di Media Sosial dan Langkah Pencegahannya(Penerbit USIM, 2022) ;Roslizawati Mohd Ramly ;Marina Munira Abdul Mutalib ;Mohd Rosmizi Abd Rahman ;Nurhafizah Mohd Shukor ;Eizan Azira Mat Sharif ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Mohd RazaliMuhamad Zaki MustafaIsu penghinaan terhadap Agama Islam di media sosial merupakan isu yang masih tidak menemui jalan penyelesaian yang tuntas sehinga ke hari ini. Penghinaan yang paling kerap dilakukan adalah menghina Rasul umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW. Rentetan daripada itu, menyebabkan segelintir umat Islam mengambil tindakan menyerang individu yang bukan sahaja menghina agama Islam malahan membuat provokasi kepada umat Islam. Isu ini mendapat perhatian yang serius daripada pihak pemimpin kerana boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian negara. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti isu ini berdasarkan persepsi pemimpin di Malaysia. Bagi tujuan tersebut kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif berdasarkan analisis kandungan. Data-data dikumpul melalui analisis dokumen daripada laporan-laporan akhbar di Malaysia. Enam akhbar atas talian berbahasa Melayu telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Mstar, AstroAwani dan Sinar Harian. Data-data diambil daripada laman web rasmi akhbar-akhbar tersebut. Analisis dilakukan dengan memfokuskan kepada dua aspek iaitu punca-punca berlaku penghinaan, dan kaedah membanteras isu ini. Hasil kajian mendapati bahawa punca berlaku penghinaan agama dikaitkan dengan Gerakan yang mendokong fahaman Liberalisme, Pluralisme, ketagihan dadah, gangguan mental, kejahilan, dan ekstremisme. Justeru kaedahyang disarankan untuk mencegah penghinaan agama perlu melalui pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tema Penghinaan Agama Islam Di Media Sosial: Satu Tinjauan Awal(Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM, 2020-11-04) ;Roslizawati Mohd Ramly ;Eizan Azira Mat Sharif ;Marina Munira Abd Mutalib ;Mohd Rosmizi Abd RahmanWan Mohd Fazrul Azdi Wan Mohd RazaliPenghinaan agama khususnya terhadap agama Islam sejak akhir-akhir ini seolah-olah menjadi satu trend di media sosial. Unit Pemantauan lsu Hina Agama, Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) melaporkan bahawa terdapat 431 aduan berkaitan penghinaan terhadap Islam di media sosial sehingga 30 Jun 2020. JAKIM turut mengenal-pasti sebanyak 83 pautan yang menghina agama Islam. Walaupun tindakan undang-undang telah diambil terhadap pesalah yang melakukan penghinaan agama sekitar tahun 2019 namun, isu ini masih sukar dibendung. Justeru, satu pendekatan yang lebih jitu dan efektif perlu dibina. Untuk tujuan itu, sebagai langkah permulaan, kajian ini cuba mengenal pasti tema-tema penghinaan agama Islam yang terdapat dalam media sosial. Metode kajian yang digunakan adalah analisis kandungan terhadap akaun sosial media Facebook dan Twitter yang telah dikenal pasti mengandungi mesej penghinaan agama Islam. Terdapat pelbagai tema yang telah ditemui menerusi kajian analisis kandungan terhadap beberapa akaun sosial media Facebook dan Twitter ini. Penghinaan-penghinaan terhadap agama Islam ini dibuat dengan mengaibkan serta mempersendakan beberapa elemen yang terdapat dalam ajaran Islam. Hasil kajian lanjut kepada tema-tema ini akan menyumbang kepada usaha mengatasi isu penghinaan agama Islam yang semakin berleluasa kesan daripada kelemahan sistem perudangan dan tiadanya modul khusus berkaitan pencegahan penghinaan Islam di Malaysia.