Browsing by Author "Wan Muhammad Shaker Wan Adnan"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor Luaran Yang Mempengaruhi Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Pembelajaran Bahasa Arab: Kajian Perspektif Pelajar(USIM PRESS, 2024) ;Wan Muhammad Shaker Wan Adnan ;Azlan Shaiful BaharumMohd Nizwan MuslingKaedah nyanyian adalah kaedah pengajaran yang menggunakan lagu dan irama sebagai alat bantuan bagi mencapai objektif sesi pembelajaran. Kaedah nyanyian mempunyai keberkesanan dalam membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam subjek Bahasa Arab. Terdapat perbezaan yang ketara dihadapi oleh pelajar setelah diterapkan kaedah nyanyian dalam kelas, yang mana mereka dapat menguasai topik yang diajarkan dengan lebih baik dan efisien hanya setelah menggunakan kaedah nyanyian. Maka, secara umumnya jelas bahawa kaedah pengajaran menggunakan teknik nyanyian ini memberikan impak positif kepada pelajar secara khususnya dalam pembelajaran Bahasa Arab. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pandangan pelajar tentang faktor-faktor lain yang memainkan peranan dalam membantu meningkatkan keberkesanan sesi pembelajaran selain daripada modul dan kaedah pengajaran itu sendiri. Pengumpulan data dijalankan secara temu bual bersemuka dan analisis tematik digunakan bagi menganalisis data kajian. Pengkaji menjalankan temubual ke atas sepuluh orang responden kajian yang merupakan pelajar tahun satu program Sarjana Muda Pendidikan Islam, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Pelajar-pelajar ini mengaplikasikan kaedah nyanyian bagi menguasai kursus Nahu Gunaan 1 dalam Bahasa Arab. Hasil kajian menyimpulkan terdapat empat faktor luaran lain yang memberi kesan kepada keberkesanan kaedah nyanyian iaitu i) peranan guru, ii) peranan rakan-rakan, iii) peranan alat pengajaran (lagu), iv) peranan topik pembelajaran. Kesimpulannya, kaedah nyanyian ini mempunyai tahap keberkesanan yang berbeza ke atas pelajar bergantung kepada cara peranan-peranan ini dimainkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perspektif Pelajar Terhadap Kebimbangan Berbahasa Arab: Suatu Kajian Tinjauan(Usuli Faqih Research Centre PLT, 2024) ;Wan Muhammad Shaker Wan Adnan ;Azlan Shaiful BaharumMohd Nizwan MuslingKebimbangan bahasa (Language Anxiety) adalah keadaan resah, gementar dan tidak tenang yang dialami oleh seseorang pelajar semasa mempelajari dan menggunakan bahasa kedua atau bahasa asing. Kebimbangan bahasa ini turut dihadapi oleh pelajar yang ingin mempelajari Bahasa Arab, selari dengan kedudukan Bahasa Arab yang dikategorikan sebagai antara bahasa yang sukar untuk dikuasai secara keseluruhan. Fenomena kebimbangan bahasa ini mempunyai kesan negatif terhadap perkembangan pembelajaran pelajar sehingga mengakibatkan pelajar tidak dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Maka, kajian ini dijalankan bagi mendapatkan pandangan pelajar tentang faktor utama yang memainkan peranan dalam mengurangkan tahap kebimbangan bahasa pelajar dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik pelajar. Sampel pelajar (N = 10) dipilih daripada pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sampel yang dipilih merupakan mereka yang mempunyai tahap kebimbangan bahasa yang sederhana atau tinggi menurut borang soal selidik FLCAS (Foreign Language Classroom Anxiety Scale). Pengkaji telah menemubual 10 orang pelajar bagi mendapatkan pandangan mereka tentang peranan utama yang perlu dimainkan dalam meningkatkan keberkesanan pembelajaran Bahasa Arab. Data dianalisis menggunakan kaedah tematik kod dan tema responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai peranan yang sangat penting dalam mengurangkan tahap kebimbangan bahasa para pelajar di dalam kelas. Antara peranan yang perlu dimainkan adalah dari sudut psikologi pembelajaran (35.7%), emosi guru (28.5%), pemilihan kaedah pengajaran (21.4%) dan karakter guru (14.3%). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perspektif Pelajar Terhadap Kebimbangan Berbahasa Arab: Suatu Kajian Tinjauan(Usuli Faqih Research Centre PLT, 2024) ;Wan Muhammad Shaker Wan Adnan ;Azlan Shaiful BaharumMohd Nizwan MuslingKebimbangan bahasa (Language Anxiety) adalah keadaan resah, gementar dan tidak tenang yang dialami oleh seseorang pelajar semasa mempelajari dan menggunakan bahasa kedua atau bahasa asing. Kebimbangan bahasa ini turut dihadapi oleh pelajar yang ingin mempelajari Bahasa Arab, selari dengan kedudukan Bahasa Arab yang dikategorikan sebagai antara bahasa yang sukar untuk dikuasai secara keseluruhan. Fenomena kebimbangan bahasa ini mempunyai kesan negatif terhadap perkembangan pembelajaran pelajar sehingga mengakibatkan pelajar tidak dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Maka, kajian ini dijalankan bagi mendapatkan pandangan pelajar tentang faktor utama yang memainkan peranan dalam mengurangkan tahap kebimbangan bahasa pelajar dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik pelajar. Sampel pelajar (N = 10) dipilih daripada pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sampel yang dipilih merupakan mereka yang mempunyai tahap kebimbangan bahasa yang sederhana atau tinggi menurut borang soal selidik FLCAS (Foreign Language Classroom Anxiety Scale). Pengkaji telah menemubual 10 orang pelajar bagi mendapatkan pandangan mereka tentang peranan utama yang perlu dimainkan dalam meningkatkan keberkesanan pembelajaran Bahasa Arab. Data dianalisis menggunakan kaedah tematik kod dan tema responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai peranan yang sangat penting dalam mengurangkan tahap kebimbangan bahasa para pelajar di dalam kelas. Antara peranan yang perlu dimainkan adalah dari sudut psikologi pembelajaran (35.7%), emosi guru (28.5%), pemilihan kaedah pengajaran (21.4%) dan karakter guru (14.3%).