Browsing by Author "Yuseri bin Ahmad"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Elemen Akidah Dalam Novel Hamka: “Si Sabariah”(Penerbit USIM, 2022) ;Yuseri bin Ahmad ;Kamaluddin Nurdin Marjuni ;Mohd Rosmizi Abd RahmanMarina Munira binti Abdul MutalibArtikel ini akan menjelaskan mengenai elemen-elemen akidah Islam yang terdapat di dalam novel bertajuk “Si Sabariah”. Novel ini adalah sebuah karya sastera yang ditulis oleh seorang tokoh ulama’ nusantara yang terkenal iaitu Hamka. Sebagai ulama’ dan sasterawan, Hamka cukup dikenali sebagai penulis yang telah menghasilkan pelbagai genre penulisan termasuklah dalam bidang agama dan sastera seperti novel dan cerpen. Novel “Si Sabariah adalah karya pertama Hamka dalam bidang sastera, yang diselitkan di dalamnya banyak elemen atau topik-topik yang berkaitan dengan akidah Islam. Kajian mengenai novel ini menghasilkan natijah iaitu isu pokok berkaitan akidah dalam novel ini adalah peringatan tentang azab Allah swt bagi sesiapa yang berusaha mahu meruntuhkan rumahtangga orang lain, apatah lagi dengan disertai sifat tamak haloba dan cinta dunia. Elemen utama ini dapat dilihat dalam dialog-dialog dari beberapa watak utama dalam novel ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Kerohanian Dalam Menangani Gejala Dadah(Agensi Antidadah Kebangsaan, 2007) ;Yuseri bin Ahmad ;Sapora bt. SiponMarina Munira Abdul MutalibPelbagai pendekatan pencegahan dan pemulihan telah digunakan untuk menyelesaikan masalah penagihan dadah dan salah satu yang sering dibincangkan ialah pendekatan agama. Artikel ini membincangkan tatacara menangani masalah dadah dengan melihat kepada perspektif agama sebagai satu alternatif yang boleh memantapkan kerohanian generasi pewaris. Elemen ini sangat berperanan sebagai benteng sahsiah yang boleh menghalang individu daripada terjebak dengan masalah-masalah sosial hari ini. Antara perkara-perkara yang dihuraikan di dalam kertas kerja ini ialah peranan agama dalam kehidupan manusia, manusia sebagai khalifah Allah dan pemegang amanah, unsur-unsur yang membentuk manusia seperti unsur qalb (hati), aql, nafs, yang dilihat berperanan untuk menghalang manusia daripada terjebak dengan gejala ini dan cara-cara pembersihan jiwa melalui tingkatan-tingkatan nafs di dalam Islam