Browsing by Author "Yusri Adam"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Kajian Tahap Kesedaran Terhadap Kepentingan Kemahiran dan Keyakinan Berkomunikasi secara Interpersonal dalam Kalangan Kru Kabin(Faculty of Leadership and Management, 2024) ;Yusri Adam ;Suria Hani A. RahmanSafiyyah Ahmad SabriKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran kru kabin tentang kepentingan kemahiran komunikasi secara interpersonal serta mengukur tahap keyakinan berkomunikasi mereka sewaktu bertugas. Kajian ini turut bertujuan untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan dapatan kajian berdasarkan tiga faktor utama iaitu jantina, tahap pendidikan dan tempoh berkhidmat. Penyelidik menggunakan pendekatan teori SERVQUAL sebagai kerangka konseptual dan reka bentuk kajian. Teori SERVQUAL digunakan kerana ia adalah teori yang sangat bertepatan dalam menilai kualiti perkhidmatan. Teori yang juga menekankan lima dimensi utama iaitu ketara, kebolehpercayaan, responsif, jaminan, dan empati dalam perkhidmatan. Model ini memberikan panduan yang teratur untuk menilai kualiti perkhidmatan dengan teliti dalam pelbagai situasi dan industri. Seramai 726 responden dipilih secara rawak bagi menjawab borang soal selidik, yang mewakili 3030 responden daripada tiga syarikat penerbangan iaitu Capital A Berhad, Malaysia Airlines Berhad dan Batik Air Malaysia. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan statistik deskriptif dan statistik inferensi atau ujian-t (t-test). Dapatan kajian menjangkakan pengukuran terhadap tahap kesedaran kru kabin tentang kepentingan kemahiran dan keyakinan berkomunikasi secara interpersonal yang dapat menggambarkan tahap kepuasan dan kualiti perkhidmatan kru kabin. Selain itu, serta terdapat perbezaan dapatan kajian yang melibatkan tiga faktor utama yang berbeza iaitu jantina, tahap pendidikan dan tempoh berkhidmat.