Browsing by Author "Zurina Mustaffa"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Reka Bentuk Pembangunan Model Pedagogi Terbeza Berasaskan Elemen Kandungan Pelajaran Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah di Malaysia: Pendekatan Fuzzy Delphi(USIM Press, 2022) ;Zurina Mustaffa ;Zaharah HussinAbdul Muhsien SulaimanKajian ini bertujuan untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap keperluan elemen utama dan kedudukan (ranking) mengikut keutamaan bagi setiap item dalam reka bentuk pembangunan Model Pedagogi Terbeza berasaskan elemen kandungan pelajaran tilawah al-Quran di sekolah rendah. Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kajian kuantitatif dengan menggunakan pendekatan Fuzzy Delphi Method. Pengkaji juga menggunakan khidmat 16 orang pakar dari pelbagai bidang iaitu bidang pedagogi dan pendidikan al-Quran. Borang soal selidik mengandungi 16 item yang melibatkan tiga konstruk utama iaitu (i) perancangan pengajaran, (ii) pengetahuan isi kandungan pelajaran dan (iii) amalan guru dalam mengubah suai kandungan pelajaran. Data dianalisis dengan menggunakan software Fudelo. Dapatan kajian menunjukkan kesemua item yang dicadangkan oleh pengkaji melepasi ketiga-tiga syarat Fuzzy Delphi Method (FDM) iaitu nilai threshold (d) kurang atau sama daripada 0.2, jumlah kesepakatan pakar melebihi atau sama dengan 75% dan nilai alpha cut iaitu nilai defuzzification melebihi atau sama dengan 0.5. Dapatan keseluruhan menunjukkan terdapat konsensus pakar bagi item-item yang dicadangkan dalam reka bentuk Model Pedagogi Terbeza berasaskan elemen kandungan pelajaran tilawah al-Quran sekolah rendah. Reka bentuk model ini diharap dapat membantu guru Pendidikan Islam dalam menguasai kandungan pelajaran tilawah al-Quran dengan lebih baik dan kompeten.