Jurnal Sains Insani
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Jurnal Sains Insani by Department "#PLACEHOLDER_PARENT_METADATA_VALUE#"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Definisi, Konsep dan Teori Toleransi BeragamaTujuan artikel ini adalah untuk menghuraikan definisi, konsep dan teori toleransi beragama. Artikel ini menggunakan pendekatan kajian kepustakaan. Toleransi adalah sikap atau tingkahlaku individu dari segi dalaman atau luaran. Toleransi dari segi dalaman seperti persepsi, prejudis dan stereotaip tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun ia boleh berubah dan ditunjukkan melalui tingkah laku. Toleransi beragama pula boleh diertikan sebagai sikap atau tingkahlaku yang bersedia untuk menghormati dan membenarkan penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing tanpa sebarang halangan selagi mana tidak menyentuh sensitiviti agama lain dan tidak melanggar batas syariat yang ditetapkan agama. Dari segi teori pula, artikel ini mengupas teori toleransi beragama menunrut sarjana Islam dan Barat.52 79 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ethnicity versus National Language: A Study in Malaysian Universities Setting(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-05-31); ;Adlina Ab HalimThe national language is an assimilation instrument for fostering racial unity in a multi-ethnic society. Nonetheless, ethnocentrism always plays a crucial role in upholding the national language across ethnic groups in Malaysia. A study in Malaysian higher education institutions (HEI) was conducted on 407 undergraduate students from Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Selangor (UNISEL), and Multimedia University (MMU) using stratified random sampling to determine the differences in upholding the national language based on ethnic groups through three key dimensions, namely, i) fluency in speaking in the national language, ii) recognition of the importance of the national language, and iii) sophistication in the use of the national language. The results showed that there were significant differences in the upholding of the national language among the various ethnic groups. It was found that the Chinese students do not uphold the national language as much as the Malay and Indian students. This indicates that ethnicity plays a major role in determining the future of upholding the national language as the language of Malaysia. As Malaysian citizenship, ethnocentrism toward language should be managed to ensure assimilation of a multi-ethnic society through the most important medium, the Malay language as the national language of Malaysia. Abstrak: Bahasa kebangsaan merupakan instrumen asimilasi dalam memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat multi etnik. Walau bagaimanapun, etnosentrisme menjadi faktor penting yang sering dimainkan dalam isu memartabatkan bahasa kebangsaan oleh kumpulan etnik di Malaysia. Satu kajian di institusi pendidikan tinggi (IPT) telah dilaksanakan ke atas 407 mahasiswa sarjana muda dari Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Multimedia (MMU) menggunakan pensampelan rawak berstrata untuk menentukan perbezaan dalam pemartabatan bahasa kebangsaan berdasarkan kumpulan etnik melalui tiga dimensi utama, iaitu i) kefasihan dalam bertutur bahasa kebangsaan, ii) pengiktirafan berkenaan kepentingan bahasa kebangsaan, dan iii) kecanggihan dalam menggunakan bahasa kebangsaan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan dalam kalangan etnik pelbagai. Dapatan mendapati bahawa mahasiswa Cina kurang memartabatkan bahasa kebangsaan berbanding mahasiswa Melayu dan India. Ini menunjukkan bahawa etnisiti memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan pemartabatan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang menjadi tanda kesetiaan terhadap Malaysia. Sebagai warganegara Malaysia, etnosentrisme terhadap bahasa perlu dihindari bagi memastikan asimilasi masyarakat pelbagai etnik berlaku melalui medium paling penting, iaitu Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan Malaysia.33 51 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Paragraph Composition Via ‘Carousel with A Destination’: A CSR Project with Year 5 Students(USIM Press, 2021); ; ;Norhana Abdullah; ; ; ; ; Writing is a skill that amalgamates various knowledge like vocabulary, sentence structure, spelling, and grammar. ‘Carousel with a Destination’ (CwaD) is a concept that provides the students with the required knowledge which is to be pieced together in writing. Carousel refers to the stations arranged in a circle and each station offers different activities which are related to the chosen topic and skills for writing. This paper highlights CwaD - the project and more importantly, it discusses the concept of effective fun learning. Thus, to show its effectiveness, the paper puts forth a study as proof of the success of CwaD. This study utilised a simple and direct pencil-paper questionnaire. The respondents were 56 year five students who participated in the project. There are three findings that can be shared. Firstly, the students really enjoyed participating in the project. Secondly, the writing they produced was good as they used the vocabulary, the paragraph structure and correct grammar which they just learnt at the carousel stations. Thirdly, the words they chose to express themselves in the open-ended part of the questionnaire reflect the elements that they like about CwaD – either regarding the activities, the teachers or the ‘learning’ itself. All the words are positively-connotated. CwaD is sustainable in terms of scalability where it can be conducted for any subject and for any number of students. It is beneficial as an introduction or as a recapitulation of any topic.15 50 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Ilmu Saintifik dalam Trend Gastronomi SemasaGastronomi secara mudahnya difahami sebagai suatu bidang yang membicarakan tentang makanan dan pemakanan dalam kehidupan manusia. Tafsiran umum para pengkaji merumuskan gastronomi sebagai “food Knowledge”. Oleh kerana tanggapan umumnya adalah pengetahuan tentang makanan, maka gastronomi sering dikaitkan dengan bidang kulinari atau masakan. Perspektif sejarah merumuskan gastronomi sebagai suatu fenomena sosial yang mendapat perhatian para pemikir, pengamal kulinari dan juga masyarakat umum bermula pada awal abad ke 19. Perspektif akademik mengembangkan pemahaman gastronomi sebagai cabang ilmu yang boleh diteroka melalui penyiasatan secara saintifik. Banyak lagi pandangan dan justifikasi yang berbeza tentang bidang ini. Jean Anthelme Brillat-Savarin (1755-1826) memulakan usaha formal terhadap bidang gastronomi yang kemudian telah membuka jalan untuk kajian seterusnya. Pendekatan pelbagai disiplin ilmu dalam kajian gastronomi yang diperkenalkan oleh beliau telah menyebabkan bidang tersebut semakin mendapat perhatian. Kepentingan bidang tersebut mula dilihat dalam bentuk yang lebih dinamik serta tidak terhad kepada kajian kulinari semata-mata. Kajian kontemporari bidang ini lebih cenderung meneroka ilmu gastronomi dalam perspektif saintifik. Penulisan ringkas ini cuba membawa sorotan perkembangan bidang kajian gastronomi berdasarkan perbincangan dan wacana akademik yang lepas serta berdasarkan perkembangan semasa.23 46