Al-Azkiya : International Journal Languages and Education
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Al-Azkiya : International Journal Languages and Education by Subject "Bahasa Arab"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor Luaran Yang Mempengaruhi Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Pembelajaran Bahasa Arab: Kajian Perspektif Pelajar(USIM PRESS, 2024) ;Wan Muhammad Shaker Wan Adnan ;Azlan Shaiful BaharumMohd Nizwan MuslingKaedah nyanyian adalah kaedah pengajaran yang menggunakan lagu dan irama sebagai alat bantuan bagi mencapai objektif sesi pembelajaran. Kaedah nyanyian mempunyai keberkesanan dalam membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam subjek Bahasa Arab. Terdapat perbezaan yang ketara dihadapi oleh pelajar setelah diterapkan kaedah nyanyian dalam kelas, yang mana mereka dapat menguasai topik yang diajarkan dengan lebih baik dan efisien hanya setelah menggunakan kaedah nyanyian. Maka, secara umumnya jelas bahawa kaedah pengajaran menggunakan teknik nyanyian ini memberikan impak positif kepada pelajar secara khususnya dalam pembelajaran Bahasa Arab. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pandangan pelajar tentang faktor-faktor lain yang memainkan peranan dalam membantu meningkatkan keberkesanan sesi pembelajaran selain daripada modul dan kaedah pengajaran itu sendiri. Pengumpulan data dijalankan secara temu bual bersemuka dan analisis tematik digunakan bagi menganalisis data kajian. Pengkaji menjalankan temubual ke atas sepuluh orang responden kajian yang merupakan pelajar tahun satu program Sarjana Muda Pendidikan Islam, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Pelajar-pelajar ini mengaplikasikan kaedah nyanyian bagi menguasai kursus Nahu Gunaan 1 dalam Bahasa Arab. Hasil kajian menyimpulkan terdapat empat faktor luaran lain yang memberi kesan kepada keberkesanan kaedah nyanyian iaitu i) peranan guru, ii) peranan rakan-rakan, iii) peranan alat pengajaran (lagu), iv) peranan topik pembelajaran. Kesimpulannya, kaedah nyanyian ini mempunyai tahap keberkesanan yang berbeza ke atas pelajar bergantung kepada cara peranan-peranan ini dimainkan.10 29 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembelajaran Interaktif dalamPengajaran Bahasa Arab Tahun 1 Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA): Satu Tinjauan Literatur(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024) ;Nurul Fathinah Ahmad YusoffZarima Mohd ZakariaPembelajaran interaktif digunakan sebagai pendekatan terkini dalam dunia pendidikan 5.0. Elemen ketertarikan dan menyeronokkan yang terdapat dalam kaedah pembelajaran interaktif ini amat sinonim dengan perkembangan murid-murid di pelbagai tahap pendidikan lebih-lebih lagi pendidikan rendah yang melibatkan murid-murid yang berumur 7 hingga 12 tahun. Hal ini berikutan, murid-murid di sekolah rendah kebiasaannya lebih tertarik kepada cara pengajaran yang bersifat interaktif yang mampu merangsang perhatian fokus, semangat dan motivasi mereka untuk terlibat dalam aktiviti pengajaran guru. Penggunaan pembelajaran interaktif yang menggabungkan beberapa pendekatan pembelajaran yang menarik seperti pembelajaran berasaskan permainan, pembelajaran berpusatkan murid, pembelajaran koperatif serta pembelajaran aktif menjadikan ianya relevan dan sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab tahun 1 Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA). Dalam kajian ini, Modul Pembelajaran Interaktif (MPI) dibina oleh pengkaji bertujuan meningkatkan sumber pengetahuan guru mengenai kaedah pembelajaran interaktif (PPI) dalam proses PdP bahasa Arab tahun 1 KAFA. Modul ini dibina berdasarkan daripada kurikulum dan buku teks bahasa Arab KAFA tahun 1 yang memfokuskan kepada penguasaan kemahiran asas bahasa Arab iaitu kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan membaca melalui topik pembelajaran yang terdapat di dalam buku teks seperti huruf-huruf Arab, nombor dan bilangan, keluarga, kata sapaan dan sebagainya. Justeru, satu tinjauan literatur dijalankan bertujuan memastikan bahawa pembangunan modul serta kajian yang dijalankan mencapai tahap relevan berdasarkan kajian serta rujukan yang berkait dengan PPI dalam PdP bahasa Arab tahun 1 KAFA.