Al-Azkiya : International Journal Languages and Education
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Al-Azkiya : International Journal Languages and Education by Subject "balaghah, terminology, pembelahan, syaqqa"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Terminologi Pembelahan (Syaqqa) berdasarkan Fenomena Kiamat dalam Al-Quran Menerusi Elemen Ma’ani(Penerbit USIM, 2023-04)Khairul Asyraf Mohd NathirKajian ini bertujuan untuk membincangkan terminologi pembelahan (syaqqa)berdasarkan fenomena kiamat dalam al-Quran menerusi elemen ma’ani.Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti terminologi pembelahan (Syaqqa) dan fokus konteks pembelahan (syaqqa)berdasarkan fenomena kiamat dalam al-Quran menerusi elemen ma’ani. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan ma’anioleh Lāsyin (2009) dan teori Halliday’s Systemic Functional Linguistics(2004) sebagai asas kajian. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk meneliti teks secara tekstual dan kontekstual. Pendekatan menerusi gabungan ma’ani oleh Lāsyin (2009) dan teori Halliday’s Systemic Functional Linguistics (2004) ini memperlihatkan hubung kait antara ayat pembelahan (Syaqqa) dengan ilmu ma’ani serta kedudukan terminologi tersebut dalam konteks nahu. Bahan kajian merupakan potongan ayat al-Qur’an yang terkandung padanya terminologi pembelahan (syaqqa).Hasil penelitian awal, terdapat empat ayat dari tiga surah yang menjelaskan konsep pembelahan (Syaqqa) dalam al-Quran iaitu melalui perkataan tansaqqu(dalam bentuk fi’il mudari’)tasyaqqaqu,(dalam bentuk fi’il mudari’)syaqaqna (dalam bentuk fi’il madiy)dansyaqqa (dalam bentuk Masdar). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa konteks makna yang melibatkan terminologi pembelahan (Syaqqa)dalam al-Quran dan dua ayat sahaja berkait rapat dengan pembelahan (Syaqqa) yangmerujuk kepada fenomena saat kiamat berlaku iaitu melalui perkataan tansaqqu dan tasyaqqaqu. Kedua-dua ayat ini adalah merujukkepada situasi kehancuran bumi melalui pembelahan yang berlaku10 50