2021 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2021 SWAT by Subject "Ais, Pusat Rawatan Islam, Terapi Penyembuhan Masalah Kerohanian, Quran dan Sunnah"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Ais Di Pusat Rawatan Islam Dalam Terapi Penyembuhan Masalah Kerohanian Menurut Perspektif Quran Dan Sunnah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Najib 'Afif AripMohd Zohdi Mohd AminTerapi Penyembuhan Masalah Kerohanian dengan menggunakan ais merupakan salah satu kaedah rawatan yang dipraktikkan oleh sebahagian Pusat Rawatan Islam di Malaysia. Sejauh mana kaedah tersebut selari dengan kaedah yang dianjurkan oleh Islam serta keabsahan sandarannya dari perspektif Quran dan Sunnah menjadi fokus dan objektif utama kertas kerja ini. Kajian melalui metode analisis induktif, deduktif dan deskriptif terhadap sumber Quran dan Sunnah yang berkaitan dijalankan. Kajian berusaha meneliti dan menganalisis teks Quran dan hadis yang digunakan oleh pusat rawatan Islam dalam sokongan terhadap kaedah yang digunakan sebagai terapi rohani. Selain itu, beberapa sesi temu bual dan observasi dijalankan di empat pusat rawatan yang menggunakan kaedah terapi rohani dengan ais. Ini bagi mendapatkan maklumat berhubung proses perlaksanaan kaedah terapi tersebut ke atas pesakit. Hasil kajian mendapati bahawa perlaksanaan terapi menggunakan air dapat membantu dalam menangani sebahagian masalah rohani. Terdapat beberapa sandaran teks Quran dan hadis dalam menyokong penggunaan kaedah rawatan ini, walaupun ianya tidak diterangkan secara tepat, namun kaedah kefahaman secara tafsiran umum digunakan. Kajian mendapati bahawa kaedah dan amalan di beberapa pusat rawatan alternatif terpilih menggunakan ais dalam rawatan terapi rohani tidak bertentangan dengan petunjuk sunnah. Selain itu teknik tersebut turut mendapat perhatian pengamal perubatan moden serta mempraktikkannya sebagai elemen rawatan komplementari.30 264