2021 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2021 SWAT by Issue Date
Now showing 1 - 20 of 106
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Generasi Quran Mendepani Cabaran Revolusi Industri 4.0Kajian kertas kerja ini adalah berkaitan generasi al-Quran dalam mendepani cabaran semasa yang perlu ditangani dengan sebaik mungkin bagi mengekali keteguhan bersama nilai murni ajaran Islam yang di bawa al-Quran. Pendemik Covid 19 yang berlaku di masa ini telah banyak merubah kehidupan sosial manusia. Bagi mengekang wabak dari terus merebak masyarakat perlu menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN. Kesan pendemik ini, banyak rutin harian terhalang dilakukan termasuk dalam bab ibadat dan Syariah. Kejadian wabak covid 19 ini berlaku di permulaan perbincangan Revolusi Industri 4.0 yang hangat dalam media dan juga forum. Negara maju telah bergerak ke arah RI 4.0 dalam ertikata penggunaan teknologi lebih pantas dalam semua lapangan hidup. Keperluan tenaga manusia dalam kerja semakin berkurang. Objektif kertas kerja ini adalah melihat bagaimana generasi yang berpegang teguh dengan Quran dalam menghadapi RI 4.0. Ia juga melihat kepada ciri-ciri generasi Quran yang hidup semasa wahyu diturunkan yang telah melakar kejayaan yang cemerlang dalam sejarah peradaban manusia. Namun begitu keungggulan generasi al-Quran tersebut telah tidak muncul selepas zaman mereka. Perkara ini perlu dibincang dan dimuhasabah lebih-lebih lagi dengan kemunculan perkembangan RI 4.0 kerana dibimbangi kehidupan umat Islam akan hanyut dalam arus perkembangan semasa. Justeru al-Quran terus kekal menjadi panduan hidup manusia di setiap zaman. Tidak luntur relevensinya dek perkembangan yang berlaku dan amat membantu manusia untuk mencapai keharmoniaan hidup di setiap zaman.20 80 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kertas Konsep Pembangunan Modul Kesejahteraan Pintar Dan Berbakat (Qalbun Salim) Bagi Isu Kebimbangan Sosial Dalam Kalangan Pelajar Pintar Berbakat Muslim Di Kolej Genius Insan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Amnah Zanariah Abd Razak ;Wan Ahmad Zakry Wan Kamaruddin; ;Ahmad Fuad Mohd Amin ;Diani Mardiana Mat Zin ;Amirah Zainun ;Aisyah Nabihah SofeaDaniel Fandi NgiengPelajar pintar dan berbakat adalah merupakan pelajar yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi. Kebanyakan kajian lepas lebih memfokuskan kepada kajian tentang kognitif pelajar namun sebenarnya isu kesejahteraan sosioemosi pelajar sering diabaikan. Berdasarkan dapatan analisis keperluan yang dilaksanakan dalam kalangan pelajar dan guru, di dapati isu utama yang berlaku dalam kalangan pelajar ini adalah isu kebimbangan sosial. Isu kebimbangan sosial ini akan merencatkan potensi sebenar pelajar jika tidak ditangani segera. Isu kebimbangan sosial ni berlaku kerana kesilapan berfikir pelajar, penghindaran sosial dan tekanan (stres) dalam diri serta persekitaran. Oleh itu bagi membantu mengenali masalah sosioemosi kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat ini, pengkaji mencadangkan agar Modul Qalbun Salim dibangunkan dengan integrasi kaunseling Islam (Teori Kaunseling Psiko-Spiritual Al-Ghazali) serta teori kaunseling barat (Teori Kognitif Tingkah laku). Modul ini akan dibangunkan dengan melalui lima fasa reka bentuk dan pembangunan (Design development research-DDR) menggunakan pendekatan model ADDIE iaitu analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan dan perlaksanaan dan penilaian modul. Pembangunan modul ini juga merupakan inovasi dalam pengajaran pintar dan berbakat masa kini. Diharapkan Modul Qalbun Salim ini akan membantu pelajar dan memberi bimbingan kepada guru serta dalam mengenal pasti tahap kesejahteraan sosioemosi pelajar dan membantu perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh dalam usaha melahirkan pelajar sebagai Cendekiawan Islam di masa akan datang.47 228 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication الأخذ لأسباب الشرعية في مواجهة وبإ كورونا : دراسة تحليلية(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06)Moustapha Al-Amin8 14 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Panduan Ayat-Ayat Khawas Dalam Al-Quran Al-Karim: Analisa Buku Khawas Al-Quran (Teori Dan Praktikal) Oleh Dr. Turki Al-Huwaimil(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06); ; Syed M. Chaedar Syed Abdul Rahman Al-IdrusSetiap Muslim yang sebenar wajib mengimani dengan yakin Al-Quran sebagai wahyu Allah taala yang menjadi pedoman kehidupan menuju akhirat yang kekal abadi. Isi kandungan Al-Quran bukan hanya rujukan berbentuk syariah Allah dalam hal keimanan, ibadah dan muamalah sahaja. Ia adalah kitab yang bersifat mu’jiz dengan khasiat yang pelbagai dan salah satunya adalah mempunyai khawas pada surah dan ayat-ayatnya. Khawas sebagai salah satu tajuk kecil dalam Ulum Al-Quran ini walau bagaimanapun tidak dapat lari dari salah faham. Dr. Turki Bin Sa’ad Bin Fuhaid Al-Huwaimil telah menulis buku Khawas Al-Quran bagi tujuan menjernihkan pemahaman tentang ilmu khawas Al-Quran kerana terdapat kecelaruan yang berlaku dalam masyarakat muslim hari ini dalam beramal dengan ayat-ayat suci Al-Quran terutamanya bagi tujuan mencapai maksud tertentu seperti penyembuhan daripada penyakit. Buku karangan Al-Huwaimil ini menitikberatkan panduan Al-Quran dan Sunnah dalam menentukan surah, beberapa ayat atau ayat tertentu yang ada khawasnya. Analisa ini menggunakan rujukan beberapa metodologi analisa buku ilmiah dari panduan penulisan akademik. Dari analisa ini penulis berharap dapat berkongsi contoh metod penulisan buku yang mampu mendorong kepada kajian terhadap buku-buku dalam genre yang sama tetapi masih memerlukan kritik yang membina supaya ia tidak meyimpang daripada tujuan sebenar penurunan kitab suci Al-Quran Al-Karim. Ia akan memberi manfaat sebagai suatu panduan dalam beramal dengan ayat-ayat suci Al-Quran.23 292 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication الجامعون بين العلوم النقلية والعقلية من علمإ الحديث في الهند(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06)Syed Abdul Majid Ghouri7 35 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Teori Kewujudan Alam & Manusia Dari Perspektif Sarjana Islam Kontemporari(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Khairi Jalalluddin ;Roziah Sidik @ Mat SidekNorshariani Abd RahmanIsu kontroversi dalam sains yang masih dibincangkan sehingga kini ialah berkaitan dengan teori kewujudan alam & manusia yang cuba dinafikan unsur ketuhanan dalam penciptaan kedua-duanya. Hal ini terjadi kerana asal teori tersebut dicetuskan oleh para saintis Barat yang berfahaman saintisme. Fahaman saintisme ini yang menular sehingga kini menyebabkan ketidakharmonian antara hubungan sains dengan Islam, serta menganggu-gugat proses pengintegrasian dan pengislamisasian sains khususnya dalam dunia Islam. Kajian ini akan menganalisis pandangan sarjana Islam kontemporari berkaitan dengan teori kewujudan yang terkenal iaitu teori letupan besar (The Big Bang Theory) & teori evolusi Darwin (Darwin’s Theory of Evolution). Hal ini untuk melihat sejauh manakah perbezaan pendapat di kalangan mereka berkaitan integrasi sains dan ketuhanan dalam isu tersebut. Kajian ini juga merupakan kajian kepustakaan dengan menganalisis artikel jurnal, buku, tesis dan video dalam media sosial seperti youtube yang berkaitan dengan tajuk kajian. Dapatan kajian menunjukkan majoriti sarjana Islam menyokong teori kewujudan alam, manakala minoriti menyokong teori kewujudan manusia. Pandangan mereka juga diklasifikasi berdasarkan model-model interaksi antara agama dan sains oleh Ian Barbour iaitu konflik, pengasingan, dialog dan integrasi. Kesimpulannya terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana Islam dalam isu kewujudan alam & manusia, namun masing-masing membicarakannya dalam lingkungan wacana Islamiah dengan tidak mengenepikan unsur ketuhanan di dalamnya.51 34 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Ais Di Pusat Rawatan Islam Dalam Terapi Penyembuhan Masalah Kerohanian Menurut Perspektif Quran Dan Sunnah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Najib 'Afif AripMohd Zohdi Mohd AminTerapi Penyembuhan Masalah Kerohanian dengan menggunakan ais merupakan salah satu kaedah rawatan yang dipraktikkan oleh sebahagian Pusat Rawatan Islam di Malaysia. Sejauh mana kaedah tersebut selari dengan kaedah yang dianjurkan oleh Islam serta keabsahan sandarannya dari perspektif Quran dan Sunnah menjadi fokus dan objektif utama kertas kerja ini. Kajian melalui metode analisis induktif, deduktif dan deskriptif terhadap sumber Quran dan Sunnah yang berkaitan dijalankan. Kajian berusaha meneliti dan menganalisis teks Quran dan hadis yang digunakan oleh pusat rawatan Islam dalam sokongan terhadap kaedah yang digunakan sebagai terapi rohani. Selain itu, beberapa sesi temu bual dan observasi dijalankan di empat pusat rawatan yang menggunakan kaedah terapi rohani dengan ais. Ini bagi mendapatkan maklumat berhubung proses perlaksanaan kaedah terapi tersebut ke atas pesakit. Hasil kajian mendapati bahawa perlaksanaan terapi menggunakan air dapat membantu dalam menangani sebahagian masalah rohani. Terdapat beberapa sandaran teks Quran dan hadis dalam menyokong penggunaan kaedah rawatan ini, walaupun ianya tidak diterangkan secara tepat, namun kaedah kefahaman secara tafsiran umum digunakan. Kajian mendapati bahawa kaedah dan amalan di beberapa pusat rawatan alternatif terpilih menggunakan ais dalam rawatan terapi rohani tidak bertentangan dengan petunjuk sunnah. Selain itu teknik tersebut turut mendapat perhatian pengamal perubatan moden serta mempraktikkannya sebagai elemen rawatan komplementari.30 264 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication دواعي أخذ لقاح كوفيد- 19 في منظور النقل والعقل(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Mesbahul Hoque; ; ;Amran bin Abdul HalimKauthar Abd Kadir16 74 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembelajaran Tilawah Al-Quran Braille: Pengalaman Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (Ummi) USIM(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06); ; ; ; ;Nur Amalina Azhar ;Muhammad Shahril Azrie Zainudin ;Zakaria Yahya ;Sharipah Zainah Abdul RahmanAnisah RazaliTerdapat beberapa pendekatan yang popular dalam pendidikan tilawah al-Quran, antaranya adalah yang dimulai dengan penerapan kemahiran literasi. Pendekatan yang sama juga diaplikasikan dalam pengajaran asas tilawah al-Quran kepada komuniti OKU Penglihatan yang menggunakan medium tulisan Braille. Uniknya, di dalam mashaf al-Quran versi Braille, susunan penulisannya tidak sama seperti teks al-Quran tipikal, sebaliknya setiap huruf dan penandaan ditranskripsi ke dalam bentuk kod Braille dan disusun bersesuaian dengan keunikan cara OKU Penglihatan membacanya. Dari aspek pengajarannya pula, ia memerlukan kaedah serta teknik pengajaran yang berbeza daripada yang biasa dilaksanakan ke atas golongan tipikal. Fokus penulisan ini adalah untuk mengenengahkan dokumentasi ringkas ke atas beberapa kaedah dan modul pengajaran tilawah al-Quran bagi OKU Penglihatan di samping pengalaman dan usaha Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) dalam mengkaji keunikan yang terdapat dalam proses pengajaran asas tilawah al-Quran Braille pada modul-modul yang sedia ada ini. Dengan berasaskan metodologi kualitatif, dokumen-dokumen yang berkaitan dikumpul dan dianalisis secara deskriptif kemudian dibentangkan sebagai dapatan. Hasil daripada pemerhatian ke atas dokumen-dokumen ini, didapati bahawa terdapat keunikan yang perlu diterapkan pada kaedah yang digunakan bagi meraikan sensitiviti dan cara pembelajaran OKU Penglihatan membaca al-Quran, terutamanya pada sudut penerangan dan susunan bahan. Melalui maklumat yang diperolehi dari kajian ini, asas kaedah pembelajaran tilawah bagi OKU Penglihatan dapat dikenal pasti, seterusnya membawa kepada usaha pembangunan modul yang lebih komprehensif sebagai sumbangan yang terkini dalam bidang tilawah al-Quran khususnya bagi OKU Penglihatan.28 445 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gus Ridwan 'S Ma'rifat Treatment: A Psychotherapy-Phenomenological Study(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Atika Ulfia Adlina ;Mukhammad Agus Zuhurul Fuqohak ;Meta Malihatul MaslahatAbdul KarimThe study of Sufistic psychotherapy using the ma'rifat method is important, considering that such Sufistic psychotherapy is rarely mentioned in several studies. Even though the concept of ma'rifat is not a new thing in the scientific discourse of Sufism. This study will be read using an interpretive phenomenological approach. Gus Ridwan's personal experience regarding Sufistic psychotherapy using the ma'rifat method needs to be explored more deeply. It aims to gain understanding and new meanings in the context of the world of Sufistic psychotherapists. The study of interpretation will be used to complete the explanation of these new meanings. Sufistic psychotherapy treatment is also useful for helping patients to return to the way of Allah, carry out His commands, organize their minds and hearts and be able to behave well in their surroundings. The important point of this study is that as long as the psychotherapist does not give instructions that are outside the Shari'a, then a person is not allowed to have bad thoughts about him. Because the essence of Sufistic psychotherapy is not healing itself but being close to Allah.70 5 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sorotan Literatur Terjemahan Ayat Amthāl Di Dalam Terjemahan Al-Quran Berbahasa Melayu(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Siti Khadijah Ahmad Tajuddin; Al-Quran adalah sebuah kitab suci daripada Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai bimbingan dan panduan dalam kehidupan seharian bagi umat manusia. Kemukjizatan al-Quran ini telah memukau ramai pembaca kerana ia memiliki ketinggian bahasanya. Antara kaedah dalam memahami penjelasan al-Quran adalah melalui metafora ataupun ayat amthāl. Tujuan ayat amthāl adalah untuk membawa para pembaca lebih memahami atau mendekati kefahaman terhadap al-Quran. Gambaran mahupun perumpamaan yang dipersembahkan di dalam ayat amthāl mampu memberi kesan yang positif terhadap diri pembaca. Terjemahan al-Quran di dalam bahasa Melayu telah bermula pada abad ke-17. Namun demikian, di dalam penghasilan terjemahan kitab suci al-Quran memerlukan penterjemah yang menguasai ilmu-ilmu tafsir. Fokus kajian adalah untuk membincangkan kajian-kajian mengenai ayat amthāl terhadap terjemahan al-Quran berbahasa Melayu berdasarkan kajian-kajian lepas. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang berkonsepkan analisis kandungan terhadap artikel jurnal, buku, tesis dan sebagainya di dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai kajian berkaitan dengan terjemahan al-Quran yang menyentuh dari segi metodologi, hadith, gaya bahasa dan lain-lain, akan tetapi, kajian terhadap terjemahan ayat amthāl di dalam al-Quran berbahasa melayu perlu kepada kajian tambahan terhadap kualiti terjemahan yang dilakukan.21 111 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepentingan Pendidikan Integriti Individu Berteraskan Tafsir Tasawuf Ishāri Bagi Penjawat Perkhidmatan Awam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Mahyuddin HashimMohd Nur Adzam RasdiDalam menuju ke arah status negara maju berpendapatan tinggi, agenda pembanterasan rasuah telah menjadi keutamaan negara. Beberapa inisiatif di peringkat nasional telah dibangunkan seperti Pelan Integriti Nasional dan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023. Namun begitu, kajian Nik et al. menyatakan bahawa integriti penjawat perkhidmatan awam di Malaysia masih berada di tahap bermasalah. Kajian Barometer Rasuah Global menunjukkan sejumlah besar rakyat tidak percaya bahawa masalah rasuah bertambah baik. Lebih mendukacitakan, mulai 2014, skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menurun setiap tahun daripada skor 52 kepada skor 47 pada tahun 2018. Antara tahun 2005-2014, Malaysia telah kehilangan RM 1.8 trilion menerusi aliran kewangan tidak sah yang sebahagiannya berpunca daripada amalan rasuah. Berdasarkan trend rasuah di Malaysia dalam tempoh 2013-2018, sektor awam dilihat sebagai sektor yang paling berisiko terhadap amalan rasuah. Justeru, model baharu pendidikan integriti individu berteraskan tafsir Tasawuf Ishᾱri bagi penjawat awam sangat penting untuk dibangunkan. Ini kerana pendidikan integriti individu tidak akan berjaya kecuali melalui pembentukan rohani bersumberkan al-Quran yang terbukti telah menghasilkan keperibadian mulia. Pembentukan rohani adalah merupakan intipati ilmu Tasawuf berbanding model sedia ada yang tidak memfokuskan kepada aspek tersebut. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti kepentingan pendidikan integriti individu berteraskan Tasawuf Ishari bagi penjawat perkhidmatan awam. Metodologi kajian ini pula menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis teks induktif. Hasil dapatan utama kajian ini ialah pendidikan integriti individu berteraskan Tasawuf Ishari boleh meningkatkan integriti penjawat awam bagi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama (WBK) 2030. Salah satu pemboleh daya WBK ialah Tadbir Urus dan Integriti iaitu pengukuhan tadbir urus melalui ketelusan dan akauntabiliti bagi meningkatkan kepercayaan rakyat.301 38 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Development Of Online Integrated Quranic Website For Malaysian In Times Of Covid-19 Crisis(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Nusairah Ramli ;Abdul Rahman Roslan ;Khairur Rahim AbdullahMuhammad Syukri Mohd SarifAt the time of the crisis like Pandemic Covid-19, the world seems to be smaller as it limits people movements, social practices etc. yet, broaden wired or online communications as everything should be accessed online regardless the places and time. Covid-19 changes the traditional education systems into new norm education system drastically. This changes effects people from different stages of ages. Education seems to be affected the most and to cope with the situation especially Islamic educations including Quranic learning, a website has been developed to fulfil the needs of Malaysians whom in need to learn the Al-Quran. This website created to be the best platform as it accommodates their own schedule and time flexibly. This research aims to assemble renowned qur’anic website that notable to many Malaysian and come out with an integrated qur’anic website as an online platform for Malaysian to engage with qur’anic learning and education. This research implements a qualitative method and completes with ADDIE Model. This model highlights five different phases starts with Analysis, Design, Development, Implementation and Evaluation. The result demonstrate that the website specifically designed capable of solving community dilemma in learning Quran during Pandemic Covid-19 as it empowers qur’anic online classes to be reached by anyone who is interested in learning the Quran. In nutshell, this website help Malaysians to access the right sources especially related to the qur’anic based learning with online platform.3 33 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengurusan Stres Ketika Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Dalam Talian Era Covid-19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06)Zainora binti DaudPandemik Covid-19 telah memberi implikasi yang besar kepada seluruh negara termasuk Malaysia sehingga Kementerian Pendidikan Malaysia berganding dengan pelbagai pihak terlibat memutuskan sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan di rumah secara dalam talian. Namun begitu, pelaksanaan PdPR dalam corak norma baharu mendatangkan pelbagai cabaran dan kekangan terutama aspek emosi. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji pengurusan stres ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian era Covid-19. Kajian berbentuk kuantitatif dengan persampelan bertujuan. Responden kajian terdiri daripada para pelajar tahun dua, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian di USIM. Pengumpulan data berdasarkan instrumen soal selidik dan kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 19 (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengurusan stres berada di tahap sederhana dengan item beribadat berada di tahap yang tinggi berbanding tujuh item iaitu bertenang, bernafas dengan dalam, berkata "rilekslah / tidak mengapa", bercakap dengan seseorang, berehat dan mendengar muzik, beriadah dan berfikiran positif berada di tahap sederhana. Manakala item berurut berada di tahap rendah dalam kalangan responden. Kesimpulannya pengurusan stres yang baik dalam menangani gejala stres mampu membendung kesihatan mental dan meningkatkan kualiti pembelajaran, bahkan mampu mengukuhkan lagi jati diri, motivasi sekaligus membina modal insan yang baik kepada ummah dan negara.13 474 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Mendepani Kesedihan Di Dalam Kehidupan : Solusi Menerusi Surah Yusuf A.S(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06)Norwardatun Mohamed RazaliRealiti kehidupan manusia tidak sunyi daripada pelbagai ujian dan emosi. Di antara emosi yang menjadi tunjang kepada sesebuah ujian adalah kesedihan yang boleh mengakibatkan pelbagai kesan yang tidak diingini. Tambahan dengan situasi semasa yang mendorong serta menyumbang kepada kesedihan tersebut akibat tekanan perasaan dan sebagainya. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji hakikat kesedihan yang disebutkan di dalam Surah Yusuf serta menganalisis kisah di sebalik kesedihan di dalamnya bagi mencari solusi mendepani kesedihan menurut perspektif surah Yusuf Alaihissalam. Kertas kerja ini menggunakan kaedah induktif dengan mengumpulkan ayat berkaitan kronologi peristiwa yang terdapat di dalam surah Yusuf kemudian merujuk kitab tafsir muktabar untuk melihat bagaimana para Nabi terdahulu mendepani kesedihan sebagai iktibar. Melalui analisis tekstual yang dijalankan, kajian mendapati bahawa para Nabi juga tidak terlepas dari menghadapi ujian kesedihan, dan solusi mendepaninya telah ditunjukkan menerusi perbuatan mereka sebagai teladan untuk dijadikan panduan hidup tanpa melampaui batas takdir Allah SWT.21 295 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication طر ق تعليم القرآن الكريم وحتدياتها لدى حدثإ عهدبالإسلام في مركز الدعوة الإسلامية مبنطقة باروي, نجري سمبيلان دار الخصوص(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06); ; ;Imran Abdul Halim; ; ; ; Safura Yaakob8 93 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication الاعتراض على أسانيد صحيح البخاري بوجود التدليس أو الاضطراب وأجوبة الحافظ ابن حجر عنها في "فتح الباري"، دراسة تحليلية من أول كتاب بدء الوحي إلى آخر أبواب سترة المصلي(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Fouad BounamaMuhammed Muallem Addo Kolo7 1 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication ركائز الدعوة في خطاب الرسول صلى الله عليه وسلم إلى الملوك والأمرإ المنهج النبوي في العلاقات الدبلوماسية(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Sulaiman Ismail ;Zulkipli Bin Isa; ; Muhammad Marwan Bin Ismail38 62 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Conceptual Model Of Communication Politeness Based On Quranic Rhetoric And PshycologyThe concept of communication politeness in Islam can be referred through the discussion contained in the Quran (al-Khatib, 2012). The Qur'an contains rhetorical verses that illustrate the beauty of communication between people in accordance with the purpose to educate noble character. The ethics of communication are found in several surahs in the Quran. First, the qaulan sadida (QS.4 an-Nisa': 9) which speak words of appropriate justice, valid, and precise. Second, qaulan ma'rufa (QS.4 an-Nisa': 8) which suggests that humans communicate with language that does not touch the soul and feelings of the audience. Third, Qawlan baligha (QS.4 al-Nisa': 63) which emphasizes that information disseminated to the community can have a profound impact on their souls. Next is the qaulan maisura (QS.17: al-Isra': 28) which warns humans that the information disseminated must be understandable according to the level of capability of the listeners. Fifth, qaulan karima (QS.17: al-Isra': 23) which explains that the language and words expressed must have good and noble values. This paper explores the beauty of rhetorical language style in communication-themed verses in the Quran and brings new models with the addition of several new elements. The methodology of the study is qualitative by analyzing Quranic verses related to the theme of communication impressions as well as tafsir and Arabic rhetorical books, journal articles and other related sources. The study finds that the ethics and practices of polite communication in the Quran contain rhetorical elements. In addition to the qaulan verses mentioned above, the aspect of tone of voice, the use of the best and appropriate language as well as the technique of repetition are very important rhetorical elements in the communication process. This can be described as a guidance of strategies and methods in the characteristics of effective communication.20 364 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Makna Diri Sebagai Hamba Allah Menerusi Perspektif Badiuzzaman Said Nursi Dalam Mendepani Musim Pandemik(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06); ;Mohd Nazree Mohd YunusCelal AkarMalaysia digemparkan dengan ujian Pandemik Covid 19 pada tahun 2020. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berwajib agar keadaan pandemik yang memberikan kesan yang ketara kepada masyarakat keseluruhannya dapat di kawal dengan baik. Walau bagaimanapun, setiap usaha itu haruslah bermula dengan diri yang berada dalam sesebuah masyarakat itu. Malah usaha yang dijalankan di peringkat individu masyarakat ini diangkat oleh Allah SWT dalam Quran sebagai usaha yang akan membawa kepada perubahan (surah Ar Ra’du:13). Justeru, kajian ini ingat meneliti konsep hamba pada diri manusia yang menurut Badiuzzaman Said Nursi merupakan kunci untuk menarik rahmat Allah SWT kepada seseorang dan aplikasinya dalam mendepani ujian pandemik ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian dokumen analisis. Sampel utama adalah Kilauan Pertama, surat ketiga puluh satu buku Risalah An-Nur karya Badiuzzaman Said Nursi. Dapatan kajian mendapati, konsep hamba yang dijelaskan melalui risalah ini adalah hamba Allah yang benar-benar merasai kelemahan dan kefaqiran diri lalu menyerahkan pergantungan mutlak kepada Allah taala, melalui pergantungan itu dia melazimi Quran untuk mengetahui apa yang harus dilakukan dan menerima takdirnya yang sedang dihadapi. Kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran praktikal kepada setiap individu yang sedang berhadapan dengan ujian pandemik ini dengan perspektif yang benar menerusi kaca mata Quran.26 259