Al-Taqrir: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Al-Taqrir: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan by Subject "pengubahan perintah"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seremban Noor Hasliza Binti Alias Lwn Rusli Bin Mohamad(No. Kes: 05008-022-0674-2019)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2025)Yuhanis YusopPlaintif dalam kes ini menuntut untuk mengubah perintah nafkah anak yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban bertarikh 6.3.2018. Dalam kes ini terdapat keperluan perbelanjaan anak-anak tersebut yang kini telah meningkat usia, iaitu anak pertama kini telah mencecah usia 20 tahun dan tinggal bersama Defendan. Pada masa yang material, anak kedua dan anak ketiga tersebut kini berada di bawah jagaan Plaintif dan tinggal bersama Plaintif. Oleh itu, tuntutan-tuntutan perbelanjaan yang dituntut oleh Plaintif adalah khusus kepada anak kedua dan anak ketiga yang masih bersekolah. Defendan dalam kes ini bersetuju dan mengakui bahawa kadar perintah nafkah bertarikh 6.3.2018 adalah perlu diubah berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan dalam Penyata Tuntutan Plaintif. Walau bagaimanapun, jumlah nafkah yang diperuntukkan dikekalkan untuk anak kedua dan anak ketiga. Persoalan yang perlu diputuskan ialah sama ada berlaku perubahan keadaan (material change of circumstances) yang membolehkan Mahkamah mengubah perintah nafkah anak yang berkuat kuasa, serta sama ada jumlah nafkah baharu yang dituntut adalah munasabah selaras dengan keperluan anak-anak dan kemampuan pihak Defendan.5 3